TAHANAN ISA 6 TAHUN: Keluarga juga didera oleh KDN.

| |
“ Terimakasih kerana sudi hantar duit belanja untuk baiki gigi dan buatkan cermin mata baru untuk menggantikan cermin lama yang dah patah tu” itulah sebahagian dari isi kandungan surat yang diterima dari Mat Sah, suami saya yang masih tinggal di salah satu sel di Kem Kamunting.Saya menghantar RM300.00 untuk dijadikan duit belanja dan membaiki gigi palsu beliau.

Setiap bulan saya akan hantar duit poket antara RM100.00 hingga RM200.00 yang akan digunakan oleh Mat Sah untuk membeli barang-barang keperluannya atau untuk membeli makanan yang tidak disediakan oleh Kemta.Selain itu, setiap kali melawat beliau, saya akan membawa majalah atau buku-buku yang sesuai untuk bacaan beliau.Majalah atau buku boleh dibawa tetapi tidak melebihi 3 buah sahaja.Diakhir lawatan, saya akan membayar harga makanan yang dipesan oleh beliau untuk dibawa masuk ke sel persendiriannya.Selain memberi wang poket ,membetulkan cermin mata, saya juga terpaksa memberi wang yang lebih untuk beliau memperbaiki kerosakan gigi palsu nya.


Saya pernah mempersoalkan kepada warden kemta, pihak Kementerian Dalam Negeri yang menahan suami saya,sepatutnya segala perbelanjaan itu dikeluarkan oleh pihak KDN.Seperkara lagi, tahanan sendiri tidak bekerja dan tiada pendapatan dari pekerjaan yang dilakukan ketika belum ditahan dulu, amat lah tidak adil, isteri pula yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk membeli keperluan peribadi suami.namun, pihak Kem hanya mengatakan ,itu hanyalah peraturan biasa dimana isteri mesti mengeluarkan perbelanjaan untuk memenuhi keperluan suami.

Inilah sebahagian kecil dari reality kehidupan sebagai isteri kepada mangsa ISA. Isteri dan anak-anak sebenarnya lebih terdera dan teraniaya dengan penahanan tanpa bicara ini. Tahanan memang sudah jelas di kurung di kawasan itu jadi, ahli keluarga yang merdeka seperti isteri dan anak-anaklah yang terpaksa banyak berkorban untuk memastikan hubungan kekeluargaan terus terjalin.

Bersambung...

1 ulasan:

Ayiem berkata...

Saya sendiri tidak dapat menyatakan apakah perasaan saya yang sebenar,marah,geram,sakit hati dan macam2 perasaan yang tidak enak bila mengenangkan kezaliman kerajaan terhadap tahanan tanpa bicara neh.Kalu nak katakan saya simpati memang simpati cuma tuh la sekadar simpati yang tidak membantu apa2,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...cuma sekadar berkongsi kesedihan yang tidak memberikan apa2 makna...harap puan sabar didalam menghadapi ujian dari 4JJI....

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]