Kes 3.
"Ketika ditahan pada akhir 2001 dulu, kami ada perniagan bernilai berjuta ringgit, kini semua telah musnah dan dia diisytihar muflis. Setelah dibebaskan dari ISA, kehidupan kami masih di pantau oleh SB . Dia juga mesti membuat laporan di Balai Polis terdekat. Peluang perniagaan juga terhad. Dia juga diminta oleh SB menghubungi keluarga tahanan ISA yang masih ditahan dan mengingatkan mereka supaya jangan mendedahkan kejahatan ISA.Perkara ini memang diluar kerelaan suami kerana dia juga benci ISA yang menyebabkan kami hilang kehidupan" demikian yang saya dengar dari isteri bekas tahanan ISA yang ditahan hampir 6 tahun.
Kes 4.
"Sejak bercerai dengan dia, saya rasa bebas dari masaalah.SB pun sudah tidak mengganggu saya lagi.Anak-anak saya faham saya tiada ikatan dengan Ayah mereka lagi. Anak-anak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.Mereka malu hendak mengaku punya Ayah yang menjadi tahanan ISA..." saya rasa pening kepala dan hendak pitam mendengar kata-kata tersebut.
Itu hanya sebahagian dari luahan hati mereka yang tidak dapat dibendung dalam diri mereka lagi.Mereka tidak mampu menahan perasaan tanpa meluahkan pada sesiapa.Terlalu berat untuk ditelan....
Kenapakah mereka yang terpaksa menerima akibat dari perlaksanaan akta zalim ini? Sampai bilakah ianya akan terus digunakan oleh pemimpin keatas rakyat?
Note: SB-SB sibuk mengambil gambar dan mencatit kata-kata di banner.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan