Shamsiah Fakeh Meninggal Dunia- Malaysiakini.

| |
Pertama kali mendengar nama Shamsiah Fakeh, seorang anggota PKM, saya mempunyai pandangan negatif terhadap beliau. Hati tertanya-tanya, bagaimana seorang Islam seperti beliau boleh menyertai pergerakan komunis itu.Bagi saya, tiada apa istimewanya seorang wanita Melayu seperti beliau yang menjadi PKM untuk ketahui, apatah lagi untuk dikenang.

Namun, bila saya menjadi mangsa ISA dan turut bersama GMI, saya terpaksa meluaskan pembacaan untuk mencari pelbagai semangat baru yang boleh memberi kekuatan untuk mendedahkan akta zalim ini.Saya terjumpa buku Shamsiah berjodol"Memoir Shamsiah Fakeh".
Buku yang sederhana tebalnya turut dimuatkan beberapa keping gambar Shamsiah ketika muda.

Pandangan saya terus berubah sebaik saja membaca buku itu, bukan kerana rayuan dan luahan hati Shamsiah, tetapi kerana ketegasan dan kesungguhan beliau berjuang dalam serba kekurangan untuk mendapatkan kemerdekaan dari penjajah. Saya teringat kisah Maharajalela yang dituduh membunuh JWW Birch di Pasir Salak, yang telah dijadikan bahan sejarah oleh Kementerian Pelajaran awal tahun 70an. Semua orang akan membenci Datuk Maharajalela yang dituduh sebagai pembunuh dan amat simpati pada Birch yang diangkat sebagai wira.

Nasib Shamsiah dan Maharajalela adalah sama.Mereka adalah pejuang kemerdekaan haluan kiri yang menggunakan pelbagai platform bagi menyuarakan keinginan untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang merdeka.Mereka berjuang dengan penuh kepayahan, tidak seperti United Malay Nation Organisation yang dengan mudah diberikan kemerdekaan oleh penjajah.

Dan kini, lebih 50 tahun,segala fakta pejuang kemerdekaan terdahulu, masih ditutup dan diputarbelitkan oleh parti yang memerintah.

Saya amat menkagumi kekuatan semangat serta tindakan beliau dan saya doakan semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Shamsiah dan dikumpulkan dikalangan orang yang beriman.

2 ulasan:

azhar berkata...

nasionalisme merangsang semangat..matlamat yang satu..cara saja yang berbeza...al fatihah buat serikandi negara...

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL berkata...

InsyaALLAH..semoga selepas kita akan lebih jelas tentang pengorbanannya..Al Fatihah..

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]