Mat Sah dan 7 tahanan “JI” yang sudah 6 tahun ditahan, sedang menjalani kehidupan seperti banduan, walaupun mereka masih dalam proses siasatan.Itulah realiti kehidupan seharian mereka, selain dosoal-siasat SB, mereka diberi kursus “pemulihan” oleh para pegawai dari JAKIM dan Jabatan Pertanian.
Pegawai JAKIM memberi kursus cara membaca quran mengikut tajwid dan ceramah tentang Islam Hadhari. Jabatan pertanian pula memberi penerangan tentang menternak kambing lembu, membela ikan air tawar dan menternak ayam secara besar-besaran.
Pelik tapi benar. Mereka ditahan itu dibawah ISA sebagai ahli kumpulan militant yang mengancam keselamatan Negara, tetapi tiada tanda-tanda kes itu dibawa ke mahkamah untuk di buktikan dakwaan dan seterusnya diberi hukuman setimpal dengan tuduhan itu.Sebaliknya tahanan terus menerus ditahan, diberi pemulihan mengenai Islam Hadhari dan diajar kaedah menternak haiwan sebagai persediaan bila dibebaskan kelak.
Itulah nasib dan kisah benar tahanan ISA di Kem Kamunting. Mereka dijadikan mangsa oleh PM Mahathir dulu dan kemudiannya diteruskan oleh PM Badawi. Mereka dipisahkan bertahun-tahun dari keluarga, kehilangan pekerjaan dan mata pencarian. Bukan setakat itu saja, tahanan ISA itu juga dipaksa supaya mengaku , bahawa mereka adalah kumpulan pengganas “JI”.Tuduhan itu terlalu berat buat tahanan ISA "JI"dan keluarga kerana melibatkan maruah , nama baik dan juga menyebabkan orang lain memandang serong terhadap Islam.
Siapakah yang zalim sebenarnya?
TAHANAN 6 TAHUN ISA: Dituduh militant, tapi dipulihkan oleh JAKIM!
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 9:28 PTG
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan