LAYAK KE DIA JADI MENTERI DALAM NEGERI ?

| |
" Hamid Albar adalah Menteri Dalam Negeri yang paling bodoh!!!5 Hindraf masih disiasat,tapi sudah dipenjarakan. Mereka tidak dibebaskan kerana tidak beri kerjasama..." begitulah bunyinya sms yang saya terima ketika pulang dari rumah terbuka anak saudara saya di bukit Antarabangsa.

Saya telefon si penghantar sms yang sedang marah itu. Saya ingin tahu, kenapa dia marah sangat. Rupa-rupanya, ketika ditanya wartawan dalam sidang akbar siang tadi, kenapa Hindraf masih belum dibebaskan sedangkan pertubuhan itu telah diharamkan, "mereka masih disiasat dan terus ditahan kerana tidak bekerjasama" itulah jawapannya Hamid Albar,Menteri Dalam negeri yang menjaga ISA.Siaran itu ditayang di TV 3 suku!!

Bayangkanlah, mereka "masih disiasat", tetapi dah menjalani kehidupan macam tahanan. Dan mereka akan terus ditahan kerana tidak bekerjasama. Apa punya undang-undang ni? (Akta ISA
merendahkan martabat peguam ,hakim dan mahkamah kerana menghina ketiga2 institusi itu)

Saya baca sms tu pun dah rasa menggelegak. Geram! Memang geram dengan manusia bernama Hamid Albar ni. Dan lebih geram bila mengenangkan, suami sendiri masih diperlakukan demikian selama lebih 6 tahun.... iaitu "masih disiasat dan terus ditahan kerana tidak bekerjasama".

Namun geram saja, tentu tak cukup. Buatlah sesuatu yang boleh menghilangkan rasa marah itu. Contohnya?

1- Pakai badge ISA setiap masa.
2- Pakai baju bertemakan merah hitam.
3- Sokong program ISA.

Nota: Gambar Puan Pushpaneela, isteri YB Manoharan, salah seorang dari 5 Hindraf.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]