ISA:Pemimpin manakah yang buta kebenaran?

| |

Saya ucapkan syabbas pada YB Saifuddin Nasution, YB Sivarasa, YB Zulkefly yang ternyata berhempas pulas untuk menerangkan tentang isu "tahan tanpa bicara" dari sudut Islam.
Walaupun saya tidak berada di Dewan Rakyat ketika itu, laporan Nyza itu sudah cukup mendidihkan darah saya ketika membacanya.Rujuk laporan HARAKAHDAILY > Isu ISA hangat di Dewan Rakyat.


Kalau saya kata Dr Fuad Zarkashi tu bodoh, orang kata saya kurang ajar. Tapi , memang itu kenyataannya. Memang dah jadi dasar setiap YB dari UMNO, hati mereka memang busuk,kejam,zalim,tidak berperikemanusiaan pada manusia lain.Demi kuasa ,pangkat dan kedudukan, mereka lupa pada nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya diberikan pada yang berhak.


Kalau semua rakyat Malaysia ni mentalitinya kurang normal macam YB Fuad tu, maka sesiapa saja boleh ditahan dan tidak payah dibicarakan .Mahkamah boleh ditutup, peguam dan hakim boleh cari kerja lain dan biarkan SB-SB yang menjadi 'prosecutor" kepada orang yang di tuduh bersalah.


Sebab itulah jika dikatakan mentaliti pemimpin UMNO ni cuma di kelas kedua, nanti ada saja SB telefon dan ugut bahawa suami saya tak boleh di bebaskan sampai bila-bila. Tetapi, apa yang berlaku di Dewan Rakyat ini, apa jawapan Dr Fuad ini adalah satu bukti jelas, bahawa sistem yang berakar umbi dalam UMNO itu sudah terlalu teruk dan tiada langsung nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian didalamnya sehingga mereka yang berada di sistem itu, tidak berdaya membezakan perkara yang hak dan yang batil...
Selagi suami saya masih menjadi mangsa ISA, saya tidak akan redha dan maafkan setiap saat dari kezaliman yang telah dilakukan terhadap kami. 6 tahun di kurung macam binatang dalam zoo, belum cukup zalim ke?

Note: Gambar ini diambil pada 2006 ketika bertemu YB Barisan Alternatif di Parlimen. Hujung sekali gambar Teresa.Siapa sangka,termasuk YB Teresa sendiri, pada tahun 2008, beliau pula ditahan dibawah ISA....

4 ulasan:

abdrahim kassim berkata...

Merah Hitam,

Saya pun hairan dengan YB Fuad. Dulu dia tu budak baik. Kenapa sekarang jadi tidak baik. Apakah kerana UMNO.

YB Fuad tu kawan baik YB Saifuddin. Mereka sama-sama dari PAS menyeberang masuk UMNO bersama Ust. Nakhaie.

Mungkin untuk jaga periuk nasi kot. Tapi ada orang kata "kalau hidup hanya untuk perut, nilai orang itu tidak lebih dari apa yang keluar dari pertu".

Betuk ke?

indraputra80 berkata...

Memang dah jadi dasar setiap YB dari UMNO, hati mereka memang busuk,kejam,zalim,tidak berperikemanusiaan pada manusia lain.Demi kuasa ,pangkat dan kedudukan, mereka lupa pada nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya diberikan pada yang berhak.

Ini lah penyakit,yg.sangat jelas berlaku pada masyarakat kita hari ini.

Benar kata Allah,Hamba ku bila di beri kesenangan selepas dari kesusahan,die akan gembira dan sombong.

Mereka langsung tidak takut dgn amaran amaran Allah s.w.t yang sangat banyak dalam Alquraan.

Mereka menyangka dgn duit,pangkat ,kedudukan dan kuasa
tidak ada apa yg. bole menghalang.

Atau mereka merasa buat hari ini,esok taubat.

Orang lain buat tak kena apa apa balasan pon,malah lebe senang.

Mereka benar benar lupa ada nya hari perhitungan dan mereka lupa kematian akan datang bila tiba masanya.

Kita perlu bersabar dan Berdoa.,

"Yakinlah kemenagan hanya akan datang kepada mereka yg.bersabar dan bertaqwa"itu janji Allah.

Merah Hitam berkata...

abdrahimkassim,
Agaknya YB Fuad tu hidup menongkat langit dan lupa hari akhirat....
Saya doakan Allah memberi peringatan yang setimpal dengan perbuatannya.

Merah Hitam berkata...

Indraputra80,
Thank you for your tazkeerah and kind words.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]