Pada hari Khamis17 April 2002, ketika sepasukan polis SB bersama seorang Inspektor polis bertag nama “Raja Salim” datang kerumah saya untuk menangkap suami, beliau mengatakan, “En Mat Sah diminta membantu siasatan….” Itulah sebabnya beliau ditahan dibawah ISA. Ketika itu, saya sendiri terlalu naïf dan tidak tahu menahu tentang akta ini.
Keesokan harinya, saya mendapat tahu melalui akhbar Utusan dan Berita Harian, suami saya ditahan ISA kerana beliau menjadi ahli Kumpulan Militan Malaysia (KMM) , Nik Adli anak guru Nik Aziz salah seorang ahlinya yang terlebih dulu ditahan dibawah ISA.
Tiga minggu kemudian, saya berpeluang melawat Mat Sah di IPD Jalan Hang Tuah, dan ketika itu, tuduhan keatas nya telah ditukar dari ahli KMM kepada ahli Jemaah Islamiyyah (JI).Beliau kelihatan terlalu pucat dan tidak banyak bercakap.Pertemuan kami dikelilingi oleh 10 orang SB.Diantara SB itu, ada dua orang memegang kamera dan yang lain-lain mendengar apakah butir bicara yang keluar dari mulut kami ,dan mencatit di buku nota kecil mereka. Diakhir lawatan, saya diingatkan, sekiranya saya bertemu peguam, peluang Mat Sah dibebaskan amat tipis!
Ketika Mat Sah disiasat dibawah seksyen 73 ISA, saya dapat bertemu dengannya selama 3 kali.Setiap kali lawatan keluarga, ketua team SB itu pasti akan mengingatkan saya supaya tidak berhubung dengan peguam, wartawan, aktivsi dan mana-mana NGO yang anti-ISA. Saya akur dengan peringatan itu.
Cukup 55 hari, saya mendapat tahu, Mat Sah telah dihantar ke Kem Kamunting . Saya mengetahuinya melalui satu berita kecil di Utusan Malaysia.”Menteri Dalam Negeri masih belum berpuas hati dengan hasil siasatan selama 55 hari , dan dibawah seksyen 8 ISA, siasatan diteruskan di Kem Kamunting pula, mungkin selama 2 tahun” itulah yang dilaporkan di akhbar arus perdana itu. Kejam betul mereka (SB) kerana tidak memberitahu saya tentang penghantaran itu.
Suami saya selalu berkata, jika mematuhi semua peraturan Kem, tidak berurusan dengan peguam dan berdiam diri, dia dijanjikan oleh SB untuk segera dibebaskan.Saya tidak menghadiri mana-mana program anjuran GMI dan menumpukan sepenuh masa terhadap kerjaya dan menyesuaikan diri sebagai “ibu tunggal”.
Namun pada pertengahan tahun 2003, ada satu peristiwa pelik berlaku. Tahanan ISA Al Maunah, yang sangat baik dan mengikut peraturan telah tidak dibebaskan sebaik saja cukup 2 tahun mereka ditahan, manakala kumpulan REFORMASI yang dikatakan jahat, bising dan mengambil Habeas Corpus, telah dibebaskan sebaik saja cukup 2 tahun tahanan mereka tamat. Peristiwa ini membuka lembaran baru pada saya dan suami. Kami mula berani bertemu peguam…
“Menteri Dalam Negeri masih belum berpuas hati dengan keadaan siasatan dan tahanan dilanjutkan dua tahun berikutnya….” itulah antara yang tertulis dalam surat pelanjutan pada 12 Jun 2004 itu di tandatangani oleh Menteri Dalam Negeri yang lama, Abdullah Badawi.
Pada 12 Jun 2008, selepas 6 tahun, surat dan ayat yang sama diterima oleh Mat Sah ,cuma kali ini di tandatangani oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, iaitu Hamid Albar. Nampaknya sudah lebih 6 tahun, siasatan masih juga belum selesai dan tahanan masih dikurung di Kem, tanpa sebarang peluang untuk dibicarakan dimana-mana Mahkamah.
Lebih 6 tahun, kerajaan masih belum ada cukup bukti untuk mendakwa tahanan ISA dimahkamah?
TAHANAN ISA 6 TAHUN: Selepas 6 tahun, siasatan masih belum selesai?
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 5:53 PTG
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan