TAHANAN 6 TAHUN ISA: Suhaib paling teraniaya.

| |
Jika diikutkan perasaan, ingin sekali saya melawati suami saya setiap minggu. Tetapi, dimasa yang sama, saya juga terpaksa memikirkan anak yang perlukan perhatian lebih kerana beliau sedang meningkat remaja.


Suhaib, seawal usia 9 tahun, setiap hujung minggu, sebahagian besar cuti persekolah dua hari itu di habiskan dalam kereta sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping.Perjalanan sepanjang hampir 700km pergi dan balik sudah menjadi rutin mingguan kami.Semuanya terpaksa diharungi sendirian, tanpa bantuan dari adik-beradik mahupun kawan-kawan.


Bila Suhaib bertambah besar, aktiviti persekolahan juga bertambah dan akhirnya, saya tidak dapat membawa Suhaib bertemu bapanya setiap minggu. Rutin itu saya tukar kepada dua minggu sekali dan ketika Suhaib sibuk dengan kelas tambahan, kami hanya melawatnya sebulan sekali sahaja.


Rutin kami berdua berubah dari kehidupan normal manusia lain.Tiada balik kampong, tiada percutian dan tiada masa lapang untuk berehat-rehat. Masa, tenaga dan wang ringgit di kumpulkan khas untuk pergi ke Taiping.

Saya juga amat risau dengan perkembangan diri Suhaib kerana saya amat memahami keadaan dirinya yang sering berhadapan dengan situasi yang mendera perasaan. Contohnya, beliau pernah nampak saya bergaduh dengan warden kerana warden wanita itu telah menghilangkan buku yang saya hantar pada suami.Dan pernah suatu ketika, dalam perjalanan pulang dari Taiping ke Kuala Lumpur, kereta yang saya pandu mengalami kerosakan enjin. Ketika itu hari hampir gelap dan kami berdua berada di lebuhraya yang merentasi kawasan lading getah dari Tapah ke Ulu Bernam.Kami bernasib baik kerana ada sebuah kereta yang berhenti dan pemandunya berjaya membaiki kerosakan dan kereta dapat dipandu ke bengkel yang berhampiran.

Ini belum termasuk gangguan polis berpakaian biasa@Special Branch@SB kepada kami.

Nota: Percutian terakhir pada February 2002 sebelum ditahan dibawah ISA, pada April 2002.

4 ulasan:

uncle nano berkata...

Abih nak wat cane...jgn le suka wat keje-keja yg tak masuk akal..
Silap leh duduk dlm smpai bila-bila..
Malaysia aman dengan ISA..

Ahmadkmz berkata...

bijaknya uncle nano berkate2....tergambar pemikirannya tahap UMNorian yg lain...

Tanpa Nama berkata...

Chekamala, apa yang uncle nano kata tu memang benar, makanya kita janganlah buat keja-keja yang tak masuk akal...dah kena tahan nanti, baru minta kesian, anak terbiarlah,isteri terabailah, kenapa tak fikir dulu masak-masak, baru dimakan kenyang-kenyang??

roh_insan berkata...

Persoalan nye ade ke bukti yg die org tu bersalah,msk akal ke kite klu menghukum org tampe dibicare n terbukti bersalah.Sbnr nye kite yg tak berakal bile menghukum org tampe bukti.

Sayu sgt sye melihat telatah due beranak ni,tp org yg menghukum senang lenang dlm bilik sejuk,mkn kenyang2 smp buncit perut,pas tu terlupe dlm mknn tu bnyk aji no moto,tau2 kepale makin berkilat,pas tu kene gaut,darah tinggi,kencing manis,skt jantung,duit bnyak pun dah tak gune,kumpul bnyk2 jd bale,anak2 berebut,ade yg jd bohsia ade yg jd penyamun,bini meragam,pelok jantan india,sape bkk rahsia kene colik,silap2 kene tembak atau kene bom,adus...aman nye negare ku...

Kate atok aku punce kencing manis sbb org tu suke kencing org dgn ayat pawer yg manis2,atau pun kaki kencing.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]