RAZAK BEBAS, RPK??Malaysiakini.

| |
Razak Baginda (RB) yang dikatakan bersubahat membunuh Altantuya, telah bebas dari tali gantung.Dan dua lagi lelaki yang dituduh, dibenarkan untuk terus membela diri.Yang paling malang ialah keluarga mangsa.Anak kesayangan mereka, sudah mati dan tidak akan hidup kembali.

Rakyat biasa yang mengikuti perkembangan kes itu, pastinya akan rasa geram yang amat sangat bila mendengar keputusan tersebut.Walaupun sebelum ini sudah ada sumber-sumber mendedahkan, perbicaraan ini ada campur tangan dari VVIP, tapi tak sangka, ianya jadi kenyataan. Inilah undang-undang Malaysia, VVIP adalah "above the law". Seorang manusia yang jiwanya sihat dan normal, tentunya tidak sanggup melihat perkara seperti ini berterusan. Tapi apakah yang berlaku bila ada yang berusaha untuk mendedahkan penyelewengan dan kejahatan ini? Walaupun pendedahan itu diluahkan di laman maya milik persendirian, ianya tetap diintip dan penulisnya di tahan polis, disiasat dan di penjarakan tanpa sebarang bicara.

Ini adalah realiti suasana di Malaysia.Buktinya, Raja Petra Kamarudin (RPK), yang hanya menulis mengenai kisah pembunuhan Altantuya, telah di ISA kan oleh Menteri Dalam Negeri yang mungkin juga kuncu utama VVIP yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya. Di Malaysia, walaupun mendakwa ugama resminya Islam Hadhari, segalanya boleh saja berlaku.

Yang jelas ketika ini, melalui undang-undang yang ada, Razak telah bebas dari tali gantung, tetapi melalui undang-undang lain yang juga ada di Malaysia, RPK meringkuk di Kem Kamunting tanpa sebarang perbicaraan.

RPK adalah mewakili tahanan ISA di Kem Kamunting , yang semuanya ditahan tanpa bicara oleh pihak berkuasa , supaya mereka semua diam dari menyatakan kebenaran.Bagaimanakah nasib mereka semua???

2 ulasan:

donplaypuks® berkata...

Apa makna keputusan Hakim?

Kalau Razak Baginda tidak terlibat, apa motivenya dua orang yang tidak mengenali Altantuya membunuh dia?

Takkan Azilah dan Sirul bangun satu pagi dan bercakap 'Ah, hari ini suasanna nya bagus. Mari kita cari satu perempuan namanya Altantuya dari Mongolia yang kita bermimpi dan C4 dia! Jom!!'

Pembunuhan tampa motive? Ini bukan Hollywood atau Bollywood!!
http://donplaypuks.blogspot.com

Merah Hitam berkata...

donplaypuks,
Ini buktinya orang UMNO semuanya "above the law" sebab tu mereka selamat sentiasa. Ya, didunia mereka selamat, diakhirat...belum tahu lagi.
Betul kata TG Nik Aziz, orang UMNO ni jenis yang tak percaya hari akhirat.Dah terbukti!!!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]