Bila RPK, YB Teresa dan wartawan Sin Chew ditahan ISA bulan lepas, rakyat memang marah dan semakin benci pada ISA. Akta kesayangan UMNO itu sudah tidak begitu aneh di telinga rakyat Malysia.Orang ramai mula berani menyebut ISA sama dengan tahan tanpa bicara." Tahan tanpa bicara " itulah yang zalim.
Saya pasti, bila Ahli Parlimen sanggup bertegang urat di Parlimen tentang ISA, ianya satu petanda buruk pada Menteri yang menjaga akta itu. ISA cuba dicabut dari politik Malaysia...ini membahayakan parti yang berkuasa!!!
Tidak mustahil, Menteri Dalam Negeri akan melakukan apa saja untuk memperlihatkan ISA itu adalah akta yang baik dan tidaklah jahat sangat. Saya duga, Seksyen 28 ISA ini di jadikan contoh bahawa ISA berperikemanusiaan kerana orang yang ditahan, tidak tertakluk pada kuasa polis (sepertimana Seksyen 73 ISA 60hari jadi tawanan polis) dan mangsa ISA seksyen 28 akan dibawa ke mahkamah dalam masa 24 jam!!
Perjuangan GMI adalah jelas itu, semua tahanan ISA tidak kira seksyen apa, mesti di dakwa di mahkamah, orang yang di tuduh mesti diberi kemudahan bertemu peguam dan boleh dijamin dengan duit atau bon sementara menunggu tarikh perbicaraan.Dan perbicaraan mestilah dijalankan dimahkamah umum.
Rakyat Malaysia, anda semua mesti jelas dengan ISA.
Seksyen 73 ISA - Tahanan berada dalam tawanan polis yang bebas berbuat apa saja terhadap mereka.
Seksyen 8 ISA - Tahanan ditahan 2 tahun bermula sebaik saja selesai 60 hari di Pusat Reman Polis. Seksyen 8 adalah milik mutlak Menteri Dalam Negeri yang boleh melanjutkan penahanan dari 2 tahun pertama pada 2 tahun berikut dan seterusnya.
Contohnya. Tahanan ISA Mat Sah telah ditahan selama 55 hari dibawah seksyen 73 bermula dari 17 April 2002. Kemudian bermula dari 12 Jun 2002 ditahan selama 2 tahun hingga 12 Jun 2004. Setelah tamat, Menteri Dalam negeri telah sambung lagi dua tahun dari 12 Jun 2004 hingga 12 Jun 2006. Tamat tempoh, Menteri Dalam Negeri sambung lagi dari 2006 hingga 2008. Tamat tempoh dua tahun pada 12 Jun 2008, disambung lagi dari 12 Jun 2008 hingga 12 June 2010.
Fakta ini benar kerana tahanan ISA itu masih lagi dikurung disebuah sel di Kem Kamunting.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan