AL MARHUM FADHIL NOOR PENGERUSI GERAKAN MANSUHKAN ISA PERTAMA.

| |
Al Marhum Ust Fadhil Noor Presiden PAS pertama mengetuai Gerakan Mansuhkan ISA yang ditubuhkan pada 2001.Ketika itu, DS Anwar Ibrahim sedang dikurung dibawah ISA di Penjara Sg Buloh kerana disabitkan dengan pelbagai kes lain.

Ketika suara mansuhkan ISA bergema, saya tidak tahu berada dimana ketika itu. Saya tidak tahu mahupun terfikir, pada suatu hari nanti saya pula yang dijadikan mangsa ISA sepertimana Kak Wan (DS Wan Azizah) dan yang lain-lain.
Semalam di Dewan Perhimpunan Cina, masyarakat Cina yang menganggotai lebih 300 persatuan Cina di Malaysia,telah sebulat suara mendesak kerajaan supaya segera mansuhkan ISA yang ternyata sangat jahat dan zalim.
Saya tidak pernah menyangka akan bertemu Pn Marina, isteri blogger terkenal Raja Petra yang telah dikenakan ISA untuk kali ke dua. Pertama kali kena ISA, RPK ditahan dan disiasat selama 60 hari pada tahun 2001, namun penahanan kali kedua pada 2008 kerana penulisannya mengenai isu arwah Altantuya, beliau telah dihantar ke Kem Kamunting.
Sebelum ini, rakyat Malaysia memang menentang penggunaan ISA, namun usaha-usaha untuk memansuhkan akta zalim itu hanya dilakukan secara aggresif ketika penahanan 6 orang yang digelar sebagai Ahli Reformasi.Puan Marina (kelihatan manis dan ayu baju bunga2 dan bertudung biru turqoise) adalah antara isteri dan ahli keluarga tahanan ISA yang turut berjuang untuk membebaskan tahanan dan memansuhkan ISA ketika itu.

Kini ,pada tahun 2008, tiada siapa menyangka ,Pn Marina lebih lantang menyuarakan ISA dimansuhkan berikutan penahanan suaminya RPK buat kali kedua. Itulah buktinya, selagi ISA masih wujud, tiada siapa ada kebebasan untuk bersuara kerana ISA akan digunakan bagi membunuh suara rakyat yang inginkan kebenaran.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]