HINDRAF HARAM, YANG LAIN???

| |
HINDRAF DIISYTIHAR PERTUBUHAN HARAM.- Malaysiakini.


Hindraf tidak berdaftar.

Hamid Albar sanggup bersusah payah mendapatkan maklumat dari Jabatan pendaftaran syarikat (ROS) hanya untuk memastikan Hindraf tidak memenuhi kriteria akta pertubuhan 1966 seksyen 5 (1) , supaya beliau ada alasan untuk mengistiharkan bahawa kumpulan itu adalah HARAM!!! Dan punca pada pengharaman itu hanyalah disebabkan Hindraf pergi beraya ke rumah Terbuka PM di PWTC baru-baru ini.Kesihan Hindraf….pertubuhan itu dituduh mengacau, menggugat ketentraman awam, keselamatan dan kedaulatan Negara.

5 Hindraf patut bebas.

Bila Hindraf telah diisytihar haram maknanya lima pemimpin Hindraf yang masih ditahan di Kem Kamunting itu sepatutnya dibebaskan pada hari yang sama dengan peristiharan itu. Kalau pertubuhannya dah diharamkan, buat apa Hamid Albar perlu menahan mereka yang bukan pemimpin pertubuhan itu?

Jenama lain bagaimana?

Bagaimana pertubuhan lain seperti Jemaah Islamiyyah (JI), Darul Islam (DI), Agen Perisik Asing (APA) ,sms rumour sekadar menyebut beberapa nama, yang semuanya di labelkan oleh Menteri Dalam Negeri? Adakah pertubuhan itu berdaftar dibawah akta syarikat?

Alangkah murni dan solehnya jika Hamid Albar sanggup bersusah payah mendakwa semua tahanan ISA ke Mahkamah. Sudah tentu mereka akan tahu apakah kesalahan masing-masing , menjalani hukuman dan ada tarikh tetap untuk bebas.


JI wujud?

Pada awal 2008, suami saya telah dibawa ke Bukit Aman untuk menjalani sesi “brainwash” sebagai satu ujian kelayakan samada beliau boleh dibebaskan atau tidak.Pada hari terakhir sessi brainwash itu, kami sekeluarga telah dibawa berjumpa Mat Sah disebuah tempat rahsia di ibu pejabat polis Bukit Aman. Disana, Mat Sah telah dipujuk oleh SB supaya mengaku dihadapan kami ahli keluarganya, bahawa beliau adalah seorang ahli Jemaah Islamiyyah,sepertimana yang ditulis di kertas pertuduhan.

Jemaah Islamiyyah (JI) berdaftar?

Saya bertanya samada SB ada menyimpan surat pendaftaran syarikat atau pertubuhan “Jemaah Islamiyyah” yang menjadi punca utama suami saya ditahan hampir 6 tahun di Kem Kamunting. Saya hanya ingin pastikan adakah suami saya salah seorang ahli berdaftar pertubuhan itu kerana selama hampir 6 tahun dia menjalani kehidupan bagai banduan, saya tidak tahu apakah bukti kesalahan beliau kerana tidak pernah dibicarakan di hadapan mana-mana Hakim ,dimana-mana mahkamah.


Kurang ajar.

SB itu terus menjadi marah dan menuduh saya bersikap kurang ajar kerana menyoal mereka dengan perkara remeh temeh. Sebagai balasan, SB Ayub berkata, disebabkan saya suka bertanya, maka itu akan menyebabkan suami saya tiada peluang untuk dibebaskan. Dan Hamid Albar telah mengotakan janji SB itu dengan menandatangani surat lanjutan Mat Sah yang bertarikh pada12 June 2008 , ditahan di Kem Kamunting untuk dua tahun berikutnya.

Hindraf dan semua pertubuhan yang dilabel oleh Menteri dalam Negeri adalah mangsa kerakusan pemimpin UMNO/BN

Hindraf di haramkan kerana Hamid Albar tidak dapat memperalatkan pertubuhan itu untuk kebaikan UMNO/BN. Oleh sebab itu, jabatan pendaftaran syarikat, yang semua gaji pekerjanya dibayar oleh kerajaan, sudah tentu tidak berani meluluskan pendaftarannya.

Manakala pertubuhan “Jemaah Islamiyyah” (JI) pula tidak di ketahui samada wujud atau berdaftar dengan ROS, tetap halal digunakan kerana ianya mungkin memberi pulangan lumayan kepada UMNO/BN.Saya tidak tahu apakah yang diperolehi oleh Mahathir atau Badawi bila mereka bersekongkol dengan Amerika dalam pakatan memerangi keganasan …

Pemimpin UMNO/BN mengancam keselamatan rakyat.

Yang jelas, Hamid Albar dan semua pemimpin BN lah anasir-anasir jahat yang sedang menggunakan ISA untuk mengacau, menggugat ketenteraman dan keselamatan awam . Sangat jelas, penahanan tanpa bicara adalah satu tindakan yang mencemar kedaulatan Negara kerana mencabul hak asasi individu dan ianya bertentangan dengan semangat deklarasi hak asasi manusia sejagat.

Sejarah telah membuktikan, ISA telah digunakan bukan saja pada pembangkang, tetapi juga pada semua yang di benci oleh UMNO /BN. Siapakah mangsa ISA selepas ini?
Tunggu dan lihat!

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]