ISA UNTUK TUTUP RAHSIA??

| |

ANGGOTA KABINET BN MULA JAUHI PAK LAH ??- Malaysiakini in blog.


Dato Johari Baharom bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, Pak Lah sedang meniti hari-hari akhir kareernya sebagai seorang PM. Antara perubahan yang berlaku ialah ,sebilangan anggota BN khabarnya sudah mula menjauhkan diri bila Pak Lah kata dia tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang.


Johari begitu yakin berkata demikian kerana beliau yang suatu ketika dulu pernah menjadi salah seorang S/U Mahathir, iklim pengunduran Pak lah adalah sama sebijik ketika Mahathir berundur pada 2003 dulu.


Saya rasa, jika setakat dijauhi anggota kabinet, masih ok lagi.Tapi jangan pula ada peluang di tahan bawah ISA sepertimana nasib beberapa tahanan ISA yang sedang dikurung di Kem Kamunting sekarang. Dari penceritaan isteri masing-masing, mereka ni ni dulu adalah orang kanan beberapa ahli politik dizaman Mahathir. Bila bos dah tak berkuasa, mereka nilah yang akan disumbat di ISA kerana hendak menutup rahsia "pihak tertentu".


Memang berkesan sungguh ISA ni dijadikan alat untuk menutup segala kejahatan ahli politik yang sedang berkuasa!!
Nota: Kami menziarahi Puan N, yang mendakwa rapat dengan Mahathir dulu,tetapi kini suaminya ditahan dibawah ISA dengan label "Ajen Perisik Asing"(APA). Kena tanya Hamid Albar, APA tu berdaftar atau tak.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]