Tiada siapa di Malaysia ini, meletakkan perkataan "menjadi mangsa ISA" dalam perancangan hidup mereka. Orang gila pun tidak akan berbuat demikian, apatah lagi bagi orang yang waras otak dan fikiran.
Tapi , inilah realitinya kami yang menjadi mangsa ISA. Penahanan yang dikatakan cuma "beberapa hari untuk membantu siasatan" akhirnya berlalu selama bertahun-tahun dan siasatan itu belum selesai dan tiada tanda menunjukkan ianya akan diselesaikan dan pesalah dibawa kemuka pengadilan.Tahanan ISA sudah jelas mereka di kurung di Kem.Tiada siapa yang mengetahui, kehidupan isteri dan anak-anaklah yang amat terseksa gara-gara perpisahan ini.
Bagi Puan N, dari Kedah, ketiadaan suaminya, memang memberi tamparan hebat kepada kehidupan sehariannya. Beliau hanya belajar setakat SPM, mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang boleh memberi pendapatan yang mampu untuk membiayai kehidupannya bersama seorang anak lelaki berusia 13 tahun. Dulu kehidupan mereka memang selesa, tetapi segalanya berubah setelah suaminya ditahan ISA setahun yang lalu. Keadaan lebih teruk bila beliau tidak dapat membayar ansuran rumah dan kereta yang dulu semuanya diselesaikan oleh suaminya.Beliau yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, pening kepala memikirkan kos kehidupan yang terpaksa diselesaikan.
Buat masa ini, Puan N melakukan katering secara kecil-kecilan dan membuat bunga telur untuk majlis perkahwinan.
Seorang lagi isteri yang saya ziarahi ialah Puan I, yang tidak mahu wajahnya diabadikan di gambar kerana khuatir, SB yang sering memantau isteri tahanan akan memberi laporan yang tidak baik( kerana beliau telah diziarahi saya), dan amat khuatir kesannya, suami beliau tidak akan dibebaskan dari ISA bila ckup dua tahun kelak.
Puan I, yang mempunyai seorang anak berusia 8 tahun, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta di Sg Petani.
Saya menziarahi mereka kerana ingin berkongsi masaalah yang mereka hadapi.Itu saja.We are on the same boat. Sama amat memahami perasaan mereka dan meminta mereka lebih kuat menghadapi kenyataan hidup ini kerana mereka ada anak -anak yang sedang membesar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan