Menghadiri majlis perkahwinan AJK GMI, Saudara Ramadhan Fitri dan isterinya, Khadijah adalah salah satu acara dalam rangka ziarah keluarga tahanan ISA di Kedah. Sebelum itu, saya dan Suhaib sempat singgah menziarahi suami di Kem Kamunting. Beliau amat gembira menerima lawatan dari kami kerana tentunya beliau amat rindu kepada anak bujangnya, Suhaib.
Alhamdulillah, permusafiran kami agak lancar dan kami tiba di rumah pengantin pada jam 2.45 petang. Melihat tetamu yang hadir memenuhi 15 khemah dan 8 stesen hidangan buffet, majlis itu boleh dikatakan "wedding of the year" di daerah itu .
Pasangan pengantin kelihatan manis bagai pinang dibelah dua.Ust Ramadhan yang kelihatan segak, mengenakan sepasang baju Melayu paduan warna hijau muda keemasan, sedondon dengan pakaian isterinya.Kehadiran kami disambut mesra oleh kedua mempelai yang kelihatan sentiasa tersenyum.
"Ini AJK GMI yang baru " begitulah Ust Ramadhan memperkenalkan isterinya kepada kami sambil tersenyum penuh makna.Ramadhan adalah Pengarah Program Malam Himpunan Rakyat Anti ISA di Stadium Malawati ,June tahun ini dimana ianya adalah salah satu dari pelbagai siri aktiviti dalam program khas Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA.
Semoga perkahwinan ini akan memberi suntikan semangat baru pada keduanya untuk terus menyumbang tenaga bersama Gerakan Mansuhkan ISA dalam siri kempen anti-ISA yang akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan