Double Standard Deepavali VS Aidilfitri:Menteri Dalam Negeri memang jahat!!!-Malaysiakini.

| |


"Aiyoo Laila, why dont you fight to bring food for your husband?" demikian suara terperanjat Madam Indera, isteri kepada Peguam Uthaya Kumar ,salah seorang dari 5 ketua Hindraf yang telah di ISA kan oleh Menteri Dalam Negeri.

" We fought since 2002. Now, I dont want to fight for small things like that. I would just fight for his release! He has been too long inside. I dont want him to feel comfortable with the special Raya treat that can disturb the attention to the abolition of ISA" itu saja jawapan ku.


Sebelum itu, saya sempat menyaksikan video Malaysiakini tentang perasaan sedih Madam Pushpaneela yang menyambut Deepavali di Kem Kamunting bersama YB Manoharan. Saya amat memahami perasaan Puan Pushpa dan Puan Indera. Saya pun pernah merasai pengalaman itu pada tahun 2002, enam tahun yang lalu.Segala kenangan masih segar di ingatan. Saya dan Suhaib memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping, bermula seawal jam 4 pagi, konvoi bersama dua buah kereta isteri tahanan ISA yang lain.Ketika itu, pihak pengurusan Kem membenarkan keluarga membawa makanan untuk tahanan ISA.


Itu cerita 6 tahun lalu. Selepas peristiwa rusuhan 2004, ketika semua tahanan bersemangat untuk meperjuangkan hak dan kebenaran, rupanya perkembangan itu tidak menggembirakan Menteri Dalam Negeri .Satu rusuhan telah di cipta . Polis SB, FRU dan UTK telah diarahkan "provoke', pukul dan serang tahanan dan akibatnya, satu peraturan baru telah diperkenalkan .Keluarga hanya dibenarkan bercakap dengan tahanan melalui interkom. Sekiranya tahanan tidak protes dan menurut kemahuan warden, tahanan boleh bertemu keluarga tanpa interkom.


Pada sambutan Aidilfitri 2008, tahanan ISA berugama Islam, dapat bertemu tanpa dipisahkan lapisan dinding kaca. Kami boleh bersalam , boleh memesan makanan dan makan bersama-sama. Ada keluarga yang membawa kueh Raya dan memujuk warden supaya menyerahkan kueh itu pada tahanan,tetapi permintaan di tolak.Pada Aidilfitri, kami dapat berjumpa selama hampir 1 jam.(Ketika pertemuan itu, ada beberapa warden @SB yang duduk berhampiran kami dan tangan mereka memegang buka nota dan pen, ligat mencatit perkataan yang keluar dari mulut kami. Saya rasa nak simbah je kepala mereka dengan mee kari yang saya order, tapi mengenangkan itu adalah perjumpaan Raya, saya pendamkan saja rasa geram itu)


Layanan untuk Hindraf mungkin lain sikit. Mereka dibenarkan membawa makanan yang dimasak sendiri dari rumah. Mereka dapat bertemu selama dua jam di meja yang besar dan boleh dihadiri ramai ahli keluarga. Meriah sikit dan tentunya tahanan pun rasa gembira ketika itu.(Lawatan Keluarga Hindraf pada hari biasa diperuntukkan selama sejam setengah tanpa dinding kaca dan tak perlu menggunakan interkom)


Saya tidak cemburu dengan layanan double standard pengurusan Kemta kepada tahanan. Macam mana istimewa pun, semua mereka adalah mangsa ISA. Saya tidak membangkitkan isu ini kepada pwngurusan Kemta,kerana tidak mahu Hindraf juga akan dihukum / didenda seperti kami.


Saya hanya ingin melihat suami dan semua tahanan ISA dibebaskan dengan segera.itu saja!!!
Note: Saya bersama Puan Pushpa.

1 ulasan:

babazahra' berkata...

dulu masa melawat Reformasi 6, keluarga dibenarkan duduk bawah khemah khas, ada meja panjang macam kenduri kahwin, boleh bawak food sendiri dan lebihan makanan diorang boleh bawak balik ke sel. saya rasa layanan double standard itu adalah satu penganiayaan dalam penganiayaan. mereka bimbang dengan tahanan yang ada nama, dan ada sokongan yang kuat di belakang mereka jadi layanan pun mereka berikan secara berbeza. Mereka melihat tahanan JI dan yang lain tidak begitu vokal maka mereka berterusan 'memijak'. di sini ada baiknya kewujudan GMI dan penyertaan ahli keluarga tahanan secara total. teruskan usaha.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]