ISA MALAFIDE- niat jahat.

| |
Inilah kumpulan REFORMASI yang memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat yang ditindas oleh akta zalim ISA dengan pelbagai cara hingga akhirnya, cukup dua tahun, kesemua mereka dibebaskan dari Kem Kamunting. Perkataan MALAFIDE di sebut sebagai "malafide" bermaksud berniat jahat. Perkataan ini telah disebutkan oleh Hakim Hishamuddin yang mengadili kes Habeas Corpus mereka. Kumpulan REFORMASI telah memenangi kes itu pada bulan oktober 2002 tetapi tetapi hanya dibebaskan dari Kem pada bulan Jun 2003.

Memang jahat sungguhlah akta ISA tu. Walaupun ada hakim yang berani memberi keadilan kepada orang yang didakwa/dituduh, namun pengadilan itu tidak menjadi penentu untuk tahanan ISA itu dibebaskan.Ini membuktikan ,kedudukan ISA lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya menjadi penjaga keamanan,kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia dari sudut perundangan.

Tidakkah akta ini telah mencabul ketinggian Perlembagaan Persekutuan itu????


Enam REFORMASI ini juga adalah pelopor kepada perjuangan mendedahkan kejahatan dan kezaliman ISA pasca peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet. Mangsa ISA sebelum mereka, pun ramai yang telah berjuang menuntut hak supaya dibebaskan ,namun 6 Reformasi melakukannya agak berbeza sedikit kerana telah membawa kes ini ke mahkamah hingga akhirnya pengadilan Hakim telah membuktikan bahawa ISA memang akta yang berniat jahat dan segala penahanan dibawah ISA adalah bermula dari niat jahat orang yang menggunakannya akta itu.
(Sekiranya tidak berpuas hati dengan penulisan ini, boleh rujuk pada mana-mana tahanan itu untuk mendapatkan note of judgement )

Note: 6 Reformasi bersma peguam Latheefa Koya dan Syed Ibrahim(gambar atas) Bawah, gambar Hishamudin Rais (Tukar tiub) dan YB Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang).Kedua-dua mereka adalah bekas tahanan ISA REFORMASI tahun 2001-2003, di Kem Kamunting.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]