Semalam, saya dapat sms bertanyakan tentang keluarga mangsa ISA di Sabah dan adakah duit sumbangan orang ramai ketika Ramadhan tempohari telah disampaikan pada mereka.
Ya, sebahagian sudah disampaikan dan lima puluh peratus lagi akan diserahkan hujung bulan ini. Harakah penyumbang terbesar bantuan itu, begitu komited untuk membantu mereka hingga ketuanya En Lutfi sanggup turun ke Sandakan untuk menyerahkan bantuan itu pada mereka secara in -person.
Selain tabung Harakah, pembaca blog juga boleh berhubung dengan Bendahari Pusat Sokongan Keluarga GMI, Pn Nashita di hp 013 2096373 atau hp saya 0126892608
Hari ini, diberitakan minyak turun 10 sen. Tapi, harga barang yang semuanya dah naik, siapa pula yang hendak menurunkannya? Yang tetap menjadi mangsa ialah kami, mangsa ISA. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, suami yang sepatutnya mencari nafkah untuk keluarga, telah bertahun-tahun di kurung, tanpa sebarang pendapatan.....
Isteri dan anak-anak yang di golongkan sebagai kelompok yang sewajarnya diberi perlindungan, terpaksa keluar dari rumah untuk mencari rezki demi survival hidup mereka dan anak-anak.
Tega sungguh hati manusia yang menahan suami-suami itu bertahun-tahun, tanpa memikirkan nasib pada ahli keluarga yang di tinggalkan. Inilah realiti kezaliman ISA...
Bukan itu saja, SB juga masih tetap mengekori isteri-isteri yang dipisahkan dari suami. Semasa di Sandakan baru-baru ini, SB turut berada disana memantau dan membuat laporan tentang kegiatan saya. Moga Allah membalas yang setimpal dengan perbuatan mereka.
Nota: Saya bersama Anis Nazri wartawan HARAKAH. Hingga kini, terasa-rasa semangat saya hilang kerana terlalu khuatir terjatuh ke atas air selut di kawasan perumahan atas air....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan