TAHANAN ISA 2002(Mat Sah) VS ISA DETAINEE 2008(YB Teresa Kok)

| |
Tahanan ISA 2008.

Sejak Pakatan Rakyat menang Pilihanraya ke 12, media arus perdana memberi sedikit ruang untuk isu-isu sensitif seperti ISA. Itu pun dalam kadar yang sangat minimum.Utusan Meloya terpaksa masukkan berita ISA untuk menunjukkan media itu juga "adil" sepertimana media BA, mungkin juga untuk mengelakkan dari masaalah tidak laku dipasaran.Maka, tahanan ISA di Kamunting pun dapat mengetahui berita yang berlaku diluar tembok batu ciptaan Pak Lah dan semua pemimpin UMNO.

Ketika YB Teresa Kok ditahan selama 7 hari pada awal September, media telah memberi laporan positif diatas penahanan itu kerana secara kebetulan, beliau adalah seorang "public figure". Dan bila YB dibebaskan, beliau berani membuat sidang media menceritakan pengalamannya.

Abah Suhaib terbaca kenyataan YB Teresa yang ditahan selama 7 hari, komplen beliau makanan yang disediakan amat teruk dengan apa yang dimakan oleh rakyat Malaysia yang lain. Kenyataan itu kemudian jadi "backfire' pada YB kerana setiap kata-kata beliau di rakam oleh kamera dan dibandingkan dengan menu sebenar ketika itu.Bagus juga YB Teresa sebut mengenai makanan di bawah jagaan polis semasa beliau kena ISA. Sekurang-kurangnya rakyat tahu ,apa yang berlaku sewaktu beliau ditahan.

YB hanya ditahan 7 hari.Mungkin belum sempat beliau diperlakukan oleh SB@pegawai penyiasat sepertimana tahanan ISA lain yang ditahan sebelum itu.

Tahanan ISA 2002.

Namun, bagaimana dengan nasib tahanan ISA yang didakwa ahli Jemaah Islamiyyah(JI) yang ditahan pada tahun 2002? Rakyat masih terlalu naif dengan ISA. Semua orang tidak tahu, apakah yang dilakukan oleh SB@ pegawai penyiasat kepada tahanan ketika itu.Tahanan dan keluarga juga tiak tahu, apakah nasib mereka. Lebih memburukkan keadaan, tahanan serta keluarga tidak tahu hak-hak mereka, tidak mendapat kemudahan berhubung dengan peguam dsb. Mereka dan keluarga dalam kegelapan.

Beberapa tahun kemudian, ramai tahanan ISA yang didakwa ahli"JI" dibebaskan secara berperingkat. Namun, tiada siapa diantara tahanan yang dah bebas itu"berani" menceritakan kisah sebenar yang berlaku ketika mereka dalam tahanan, kerana "sebab-sebab" tertentu.

Menurut Abah Suhaib, jika YB Teresa diberi makanan yang beliau dakwa teruk dan menjemukan, tahanan ISA "JI" dulu diberi makanan yang lebih dahsyat lagi teruknya.
Abah kata, beliau pernah diberi nasi goreng yang sudah basi untuk sarapan pagi, air teh yang sudah berbau, lauk kari basi yang disiramkan keatas nasi dan ikan goreng yang disimpan beberapa hari untuk dijadikan makanan tengahari.

Ini belum lagi kisah nasi di siram dengan air kencing, yang dipaksa dimakan oleh tahanan dihadapan beberapa pegawai penyiasat@SB.(lihat gambar atas).Tidak dinafikan, mungkin deraan dan penghinaan yang dilakukan keatas mereka terlalu dahsyat, hingga mereka tidak sanggup mengingati saat-saat hitam itu lagi.

Siapakah yang melakukan semua ini?Siapa yang memberi arahan kepada semua perlakuan jahat ini?Siapa yang masih meneruskan kerja-kerja jahat yang mendera dan menghina sesama manusia ini?


Nota: Maaf, gambar ini kurang terang.Ianya dilukis oleh Tahanan ISA Suhaimi Mokhtar. Ketika tahanan di soal-siasat, mereka tiada sebarang alat untuk merakamkan peristiwa buruk itu.Semuanya terpahat diminda kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak dapat dibuang.Suhaimi dapat melakarkan peristiwa itu dengan begitu baik sekali. Gambar menunjukkan, tahanan dipaksa memilih samada minum kencing -ditangan kiri atau makan najis beliau- ditangan kanan.Suhaimi telah ditahan sejak tahun 2001 dan hingga kini masih ditahan di Kem Kamunting.

10 ulasan:

roh_insan berkata...

Salam.

"Tiadalah hidup didunia ini,melainkan permainan dan pergurauan.Sesungguhnya kampung akhirat lebih baik bagi org2 yang taqwa.Apa tidakkah kamu memikirkan?"-Al-An'Aam-32.

Inilah ujian ketentuan dari Nya,bersabar lah,sye percaye jauh dilubuk hati "penyekse2" tersebut "tersemat" kesedihan n kepiluan atas keperitan yg di deritai olih tahanan2 tersebut.

Namun apekn daye mereke,demi sesuap nasi utk anak2 dirumah terpakse jua dilakukan nye.

Ini lah ujian tiap2 insan yg mengaku diri nye bartaqwa kpd Allah.Tiap sesuatu itu ade penghujung nye.

Unknown berkata...

ISA PROTEST!

Sila tandatangan surat protes untuk mendesak kerajaan agar segera membebaskan Raja Petra Kamaruddin dan semua tahanan ISA lainnya.

Sila KLIK DI SINI untuk menandatangani surat tersebut.

Thanks.

razzi-media.blogspot.com

Pa'chik berkata...

rukang seksa terpaksa kerana nak bg makan anak?

itu bukan alasan... rezeki tuhan ada di mana-mana, tak perlu jadi tukang seksa...

cuba quote ayat 113 surah hud

CheWal berkata...

wah...sedapnya membuat cerita...hehe

Kerajaan Rakyat berkata...

SB = Syaitan Buruan.

Merah Hitam berkata...

Roh Insan,
Terimakasih dengan tazkiran ini.6 tahun saya jadi isteri pada mangsa kekejaman ISA dan masih lagi terpaksa melalui hari-hari derita itu.Saya selalu berjumpa SB ni samada di Kem atau yang masuh mengekori saya.Pasti, tiada rasa simpati dihati mereka terhadap kami.Mereka ni lebih buruk dari iblis yang keluar dari syurga kerana membantah keputusan Allah yang memilih Adam sebagai khalifah di dunia ini.Kalau saya tak sabar, saya tak akan sanggup 6 tahun "dimandulkan" oleh penguasa ISA dan berjuang untuk suami saya.Didunia saya tak diadili, saya tunggu di akhirat nanti. itu PASTI!!!!

Merah Hitam berkata...

chewal,
saya bukan buat cerita, tapi meluahkan apa yang benar-benar dialami.Suami saya ditahan bukan setakat 6 hari,6 minggu atau 6 bulan, tapi dah lebih 6 tahun. Mana ada manusia waras dalam dunia ini yang sanggup mengurung manusia lain tanpa sebarang bicara, melainkan di Malaysia ini.Di negara bukan Islam seperti di UK, tahanan yang dituduh sebagai teroris, akan di soalsiasat dalam masa 42 hari(jika tak silap) selepas itu tahanan itu akan dibicarakan di Mahkamah.Tapi di negara Islam Hadhari, semua nya boleh.... Saya doakan Allah beri ganjaran setimpal dengan perbuatan zalim penguasa ISA...

Merah Hitam berkata...

sharp-shooter,

Semoga usaha anda akan dikira sebagai satu amalan soleh yang tinggi nilai pahalanya.

roh_insan berkata...

Saye pernah terbace ulasan seorang blogger didlm siasah(mls pulak nak cari name nye),bercerite tentang kejayaan menangkap seorang peragut.Setelah di soal siasat didapati peragut itu didlm keadaan yg amat terhimpit keluarge nye,die sdr akn kesalahan itu,tp ape daye die lagi yg sdg didlm keperitan hidup yg kian melampau wkt ini.

Begitu hal nye juge dgn polis2 n tukang2 sikse itu,mereke ade ketue n ketue n ketue yg memegang remote control tugasan mereke,beban hutang rumah,beban anak2 sekolah,beban hutang kerete,n beban kehidupan yg kian mencengkam membawe mereke kearah tdk lg mempunyai pilihan selain menuruti PERINTAH PEMERINTAH MEREKE.N itu jg lah latihan yg mereke terime swkt bersetuju menandatangi tugasan yg mereke pikul.

Sye bersetuju sgt2 dgn ayat dr surah hud itu,persoalan nye berape ramai umat islam yg benar2 memahami segale ayat2 Allah itu,olih krn itu juge lah make nye nabi berkate drpd 73 kaum hanye 1 kaum sahaje yg lepas ke syurge,n nabi juge berkate dlm 1000 org itu hanye satu sahaje yg terselamat,999 itu dicampak kn kedalam nerake.Wallahhuallam./sekadar bertukar pandangan.

Merah Hitam berkata...

Roh Insan yang di hormati,
Harap sangat, janganlah samakan/bandingkan isu ISA dengan mana-mana kes dalam seerah nabawiyyah.
Secara mudahnya,Allah yang Maha Besar, Maha Kuasa dan Maha Pencipta, juga menyediakan pengadilan untuk menentukan samada hambanya layak ke Syurga atau di humbankan ke neraka saja.

Tetapi ISA ciptaan Hickling yang diubahsuai dan digunapakai oleh pemimpin UMNO ini, didalamnya tiada proses perbicaraaan, orang yang di tuduh(OKT) itu terus saja di humbankan ke neraka dunia seperti penjara/kem yang sedia ada ini....

Siapakah yang keterlaluan???

Kenapa saya menentang habis-habisan? Saya tak mahu ada orang lain akan kena ISA dimana, yang paling menderita dan terkesan ialah isteri dan anak-anak!!!!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]