PAK LAH BAPA DEMOKRASI?

| |
"I will arrest you!" kata polis bertag nama "SYDNEY" kepada kami, Syed Ibrahim -Pengerusi GMI dan saya.Sangat jelas kata-kata itu. Ada seorang SB perempuan tidak jauh dari tempat kami membuka kain banner, yang kemudiannya dirampas oleh polis-polis Pak lah.Sekiranya rakyat tidak dalam keadaan panas dengan isu ISA akibat penahanan RPK,Teresa dan Tan, tak mustahil kami pun mungkin beraya di lokap!!

Kami cuma nak buka banner, nak beritahu pada rakyat bahawa ada tahanan ISA dah 7 tahun tidak beraya bersama keluarga, tanpa sebarang perbicaraan, jauh sekali ada perintah hakim dari mana-mana mahkamah..... seolah-olah di Malaysia ni, tiada peguam,tiada hakim dan tiada mahkamah!!! Itu pun tak boleh ke?? Demokrasi apa ni??

Suami saya kena ISA pada 2002, sewaktu era Mahathir jadi PM. Memang rakyat tahu dia tu Mahazalim. Pada 2003, dia bersara dan diganti oleh Pak Lah. Semua orang ingat, PM keturunan cucu ulamak ni, ada kot rasa simpati sikit pada tahanan yang dah 2 tahun merengkok di sel tanpa bicara, tapi.... rupanya, dia ni lagi teruk.Dah lah lembab, tidur dan semua kerja serah bulat-bulat pada SB. Yang buat keputusan tentang nasib tahanan bukan Menteri Dalam Negeri, tapi SB-SB jahat yang tak tiada perikemanusiaan langsung.Dari 2 tahun, tahanan dilanjutkan hingga tahun ke 8, tak zalim ke tu???

Tahun 2008, Pak Lah beri jawatan Menteri Dalam Negeri pada Hamid Albar...tak a da perubahan pun, ISA tetap digunakan nampaknya, perangai beliau sama saja dengan Pak Lah.... zalim!!! Hamid Albar sama teruk dengan Pak Lah kerana beliau tangkap mangsa tak pilih jantina.Perempuan pun di balun juga masuk ISA....

Saya akan rasa berdosa jika setuju dengan cadangan bahawa Pak lah adalah bapa demokrasi .Beliau tu lebih tepat dan sepatutnya dicadangkan sebagai bapa kezaliman, kejahatan dan tiada perikemanusiaan. Selagi suami saya masih ditahan di Kem, saya yakin hidup Pak lah tidak akan aman.

Saya agak mungkin dalam UMNO masih ada ahli2nya yang bersembahyang , percaya hari akhirat dan takut Tuhan.Mungkin puak-puak ni yang menyebabkan akhirnya Pak lah terpaksa rela menetapkan March 09 sebagai tarikh beliau bersara......

Dan jangan lupa, doa orang yang masih dizalimi. Hanya Allah yang terbaik dalam memberi pembalasan diatas segala kezaliman itu. masa akan tiba jua...

4 ulasan:

angah berkata...

salam...

sabar dan teruskan perjuangan...
pak lah bukan bapa demokrasi..
paklah lebih sesuai sebagai bapa kuat tidur...

Saya... berkata...

Laila,

I am so proud of you. You are a fighter.

You got over 20 people free.

Your time will come.

Mak Sakinah Al Amin...

Merah Hitam berkata...

Angah dan Malaysian tigress,
Thank you for your kind words.

I have to do it...no choice, jika tak buat, nanti di akhirat Allah akan tanya, kenapa masa dizalimi, I tak buat sesuatu....

And...I dont one orang lain jadi mangsa ISA ni...jom lah sama-sama hapuskannya

Merah Hitam berkata...

Angah dan Malaysian tigress,
Thank you for your kind words.

I have to do it...no choice, jika tak buat, nanti di akhirat Allah akan tanya, kenapa masa dizalimi, I tak buat sesuatu....

And...I dont one orang lain jadi mangsa ISA ni...jom lah sama-sama hapuskannya

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]