Kem Kamunting akan di pindah??

| |
Saya tahu, MB Perak antara aktivis anti ISA yang amat vokal menyuarakan isu ISA ini.Tak sampai sebulan dilantik jadi MB Perak, beliau telah menyuarakan pada PM Badawi supaya membebaskan semua tahanan ISA. I really appreciate his effort to voice up the fate of the detainees....

Jika semua MB ,semua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyebutkan isu tahan tanpa bicara ini dalam ucapan mereka, tak mustahil lebih cepat ISA dapat dimansuhkan dan semua tahanan dapat menghirup udara kebebasan....

Ingin dijelaskan , ISA bukanlah isu 60 tahanan yang masih ditahan di Kem Kamunting sahaja,tetapi perjuangan memansuhkan ISA adalah satu usaha untuk memulihkan demokrasi dan menyelamatkan rakyat Malaysia dari ancaman akta zalim ini.

Note: GMI bersama MB Perak.

3 ulasan:

armouris berkata...

apa kata kalau kita lihat isu lokasi kem ini di Perak dari segi perspektif berbeza? oleh kerana PR memerintah Perak, ia merupakan satu advantage.

1. dari semasa ke semasa, keluarga tahanan pasti akan melawat tahanan ISA ini. kerajaan perak harus melihat mereka ini sebagai 'tetamu kehormat' negeri perak!!

2. tubuhkan satu sekretariat untuk keluarga tahanan. apabila mereka ingin datang berkunjung, mereka harus memaklumkan sekretariat ini.

3. apabila diketahui mereka akan datang berkunjung, selaku 'tetamu kehormat', kita layan mereka sebaik mungkin. bahkan mereka ini pada pendapat saya, sebenarnya tergolong dalam golongan yang boleh menerima zakat (musafir, fakir, miskin, mungkin berhutang). kerajaan perak boleh memperuntukkan dana/wang zakat untuk 'sponsor' tempat penginapan, pengangkutan dan makan minum selama mereka menjadi tetamu di perak. tabung juga boleh ditubuhkan so kita juga boleh menyumbang sama.

saya rasa cara ini adalah lebih baik dan menonjolkan PAS dan PR sebagai parti dan kerajaan yang mengutamakan kebajikan dan mengambil berat nasib yang menimpa keluarga tahanan.

kalau setuju, harap saudari boleh panjangkan kepada kerajaan perak

armouris berkata...

tambahan : sekretariat (atau pegawai) yang saya maksudkan dilantik dan dibayar gaji oleh kerajaan Perak sendiri. sekretariat ini hendaklah mengumpul data-data 'tetamu kehormat' ini.

info-jariah

Merah Hitam berkata...

armouris,
Terimakasih dengan cadangan ini.GMI memang ada hubungan baik dengan kerajaan Perak.Masa Vigil di Kamunting 7 Jun lepas, YB Lih Kang telah sediakan sebuah rumah tumpangan untuk kami.Its good for the beginning.
Yes, as you suggest, lot more things could be done to ensure the detainees families will not left behind.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]