Semua masih merasai kepahitan dan kesunyian di tinggalkan arwah nenek......Suhaib adalah salah seorang dari kami semua yang amat terasa dengan perpisahan itu. Dari bayi lagi, arwah nenek amat senang dengan Suhaib.Sejak Abah ditahan dibawah ISA tujuh tahun lalu, tiap kali memandang Suhaib, nenek akan menangis tersak-esak lebih-lebih lagi bila Suhaib sudah besar seperti sekarang. Nenek selalu kata, sikap dan perangai Suhaib yang "cool", pendiam dan mudah tersenyum itu, amat menyamai dengan Abah.
Sebaik saja selesai upacara pengkebumian, kami semua sangka Abah akan dibenarkan pulang ke rumah Tok Mat di Kg Pandan, tetapi ternyata segalanya penantian adalah hampa belaka. Walaupun Tok Mat (bapa Abah) beberapa kali memohon supya Abah dibenarkan pulang sekejap untuk menghadiri majlis tahlil , namun segala permintaan itu tidak dilayan.
Suhaib dan adik beradik Abah yang lain semuanya kecewa kerana Abah cuma pulang 30 minit ke rumah dan selebihnya berada di perkuburan. Cara KDN melayan Abah juga menyedihkan. Setiap kali Abah pulang, sekumpulan polis berpakaian biasa akan berkumpul di jalan menuju kerumah Tok Mat. Dari kenderaan berjalan menuju kerumah, biasanya tidak kurang 5 -10 polis berpakaian biasa digunakan untuk mengiringi Abah, seolah-olah ingin menggambarkan kepada orang ramai dan masyarakat bahawa Abah adalah "penjenayah" yang paling ditakuti dan paling menggugat keselamatan negara.
Adakah KDN dan Menteri Dalam Negeri masih berpendapat bahawa rakyat Malaysia tidak tahu bahawa penahanan Abah tanpa bicara selama 7 tahun itu adalah satu kezaliman yang paling besar?
8 ulasan:
BERSABARLAH. KITA AKAN HUKUM BN DLM PILIHANRAYA KE 13
kita harap sgt Allah izinkan kuasa rakyat menghukum UBN pada setiap peluang yg ada dr sekarang hingga PRU-13..Moga Allah membalas sesiapa jua yg condong menyokong apa jua jenis kezaliman dengan seksa dan kehinaan di dunia lagi..Moga mereka golongan ni sedar sebelum terlewat atau pergi jahanam.
"I see in the near future a crisis approaching that unnerves me
and causes me to tremble for the safety of my country....
corporations have been enthroned and an era of corruption in high
places will follow, and the money power of the country will
endeavor to prolong its reign by working upon the prejudices of
the people until all wealth is aggregated in a few hands and the
Republic is destroyed."
--U.S. President Abraham Lincoln, Nov. 21, 1864
"Extremism in the defense of liberty is no vice. Moderation in the pursuit of justice is no virtue."
--Barry Goldwater
Salam takziah dari Imm sekeluarga utk ela dan keluarga. Tabahkan hati...
Sebuah kisah yang memilukan hati insan yang masih punya hati,namun tidak kepada mereka yang memenjarakan,yang tidak punya hati dan belas kasihan.Kalaupun mereka ada hati,hati mereka bagai hati syaitan itupun kalau syaitan ada hati.. wallahualam..
Sejahat-jahat namrud diberinya peluang kepada Nabi Ibrahim a.s untuk membela diri didalam mahkamahnya begitu juga firaun,Nabi Musa a.s diberikan kesempatan untuk menunjukkan kebenaran dengan menentang ahli sihirnya..
ISA tahanan tanpa bicara..tidak diketahui benar atau salah ,hanya dikurung dalam tembok bangunan yang penuh dengan kejahatan..
Kalau salah buktikan dimahkamah...mengapa harus dikurung tanpa bicara,mereka punya anak ,ibu, ayah, keluarga, sahabat handai..
BN memang kejam...
Kami Pemuda PAS Kemahang 1 (PPK1) akan tetap bersama-sama kalian memperjuangkan penghapusan Akta Zalim I.S.A yang dipergunakan untuk menutup kejahatan pimpinan Umno BN.
Sabar dengan segala ujian. Solat dan doa banyak2, kerana itulah dua senjata paling ampuh buat kita yang dizalimi.
Allahuakbar!
Semuga tabah menempuh ujian.. . "Jalan keluar yang tidak ada jalan keluar adalah KESABARAN..."
Kami tetap bersama GMI.
Sabar kak laila....i just know about u from a news article i read today.......
why is human....so not afraid with Allah Punishment?...they just forgot that one day we All will be standing infront of Him...we will be answerable for all the thing that we do now....
cuba lah kira...berapa lama lagi kita di dunia yg singkat ini....
Apalah lah yg mereka dapat hasil penderitaan org lain...selain dosa yg sememangnya diri sendiri tidak terpikul kelak...
Oh Allah....permudahkanlan urusan kami di dunia dan di akhirat kelak....sememangnya kami takut dengan azab Mu...Amin...
Catat Ulasan