IBU MADRASAH PERTAMA KU- Tribute untuk Wanita (JIM).

| |

Jumaat 8 Mei 2009, buat pertama kalinya aku berpeluang menghadiri satu sidang akhbar yang diadakan oleh Wanita JIM Pusat, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di Kompleks JIM, Taman Melawati. Pastinya sidang akhbar itu telah pun diberikan liputan oleh media yang hadir pada hari tersebut.
Amanat penting yang telah ditekankan oleh Ketua Wanitanya, iaitu Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj dalam kenyataan itu ialah peranan ibu sebagai agen penting membangunkan masyarakat agar bebas dari jenayah dan gejala sosial. Perutusan Hari Ibu Wanita JIM ini lebih istimewa dengan kehadiran buku baru bertajuk "IBU- Madrasah Pertama Ku" ,satu koleksi puisi dan luahan rasa kasih, sayang, hormat dan bangga dengan ibu mereka masing-masing dimana kesemua 29 orang penyumbang artikel itu adalah mereka-mereka yang telah di didik oleh ibu masing-masing untuk menjadi insan yang soleh dan memberi kebaikan kepada ummah seluruhnya. Sungguh hebat setiap hasil tulisan tersebut yang disampaikan mengikut pelbagai gaya tulisan masing-masing.

Aku rasa sungguh bertuah kerana dapat mengabadikan sebuah kenangan dalam bentuk gambar bersama wanita comel, penyusun buku itu iaitu Saudari Roha Hassan, seorang aktivis Wanita JIM yang sentiasa peka dengan kehidupan masyarakat. Beliau saya usik sebagai seorang "opportunist" ternyata amat pintar mengambil peluang menjadikan pelbagai isihati, keindahan perasaan dan pengalaman anugerah Allah dalam kehidupan ini, kepada sesuatu yang lebih bermakna dan boleh dikongsikan dengan orang lain.
Menurut Roha, buku amat istimewa kerana bukan mudah untuk mengumpulkan karya "masterpiece" mengenai ibu masing-masing dari 23 orang penulis yang datang dari hampir seluruh daerah di Semenanjung Malaysia.... namun berkat keyakinan dan kesabaran, akhirnya... lahir juga buku yang istimewa ini.


"Semua anak-anak yang ada di kawasan kita, adalah anak kami..." itu ditegaskan oleh Dr Harlina sewaktu menjawab satu pertanyaan dari salah seorang wartawan yang hadir.Buktinya, kehadiran rumah amal Rhaudatus Sakinah(RS), yang di tubuhkan untuk membantu anak-anak gadis yang kurang bernasib baik yang kemudiannya di bimbing, diasuh hinggalah mereka kembali ke pangkal jalan. Puan Rosmawati@Ummi Roses orang kuat RS , senyumannya beliau membayangkan ketulusan hati dan memberi ketenteraman kepada sesiapa saja yang memandangnya....mungkin senyuman itu salah satu rahsia kejayaan WJIM mengendalikan RS!!!

Kenangan bersama Ketua WJIM , Prof Madya Dr Harlina (tudung purple) dan Puan Azlina Roszy seorang Kaunselor.... mereka berdua adalah antara 23 orang penulis yang telah menyumbangkan artikel masing-masing dalam buku Ibu-Madrasah Pertama Ku. "Nak tulis tentang ibu kita, setiap baris ayat disulami dengan air mata..."kata Dr Harlina kepada saya ketika meminta beliau menurunkan tanda tangan di buku tersebut. Begitulah mahalnya isi yang terkandung di buku tersebut dan ianya adalah satu penerbitan untuk dikongsi dengan semua....
Akhir sekali, "Selamat Menyambut Hari Ibu" untuk semua wanita tidak kira yang telah atau belum bergelar ibu, semoga terus tabah dan sabar dalam mengurus keluarga ......
















0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]