Aku, ISA dan Gen Y.

| |
Aku bersyukur kepada Allah kerana berpeluang untuk berkongsi kejahatan UMNO/BN yang sedang mendera aku sekeluarga menggunakan ISA dengan generasi Y, yang sangat aktif dan sentiasa peka dengan maklumat terkini. Tidak susah untuk memahamkan mereka tentang ISA. Dan aku tidak merasa sebarang kerugian memperuntukkan banyak masa untuk mendidik generasi ini betapa mereka wajib menolak ISA. Merekalah yang bakal menerajui negara satu hari nanti!!


Sekiranya Menteri Dalam Negeri dan SB2 yang tidak berperikemanusiaan itu sangka mereka telah berjaya meyakinkan orang ramai bahawa Abah Suhaib adalah benar-benar pengganas sepertimana tuduhan mereka, maka tunggulah saja beberapa tahun dari sekarang samada mereka masih relevan lagi atau tidak.Berapakah usia Menteri Dalam Negeri dan SB2 itu kini?? Ramai yang memberitahu, orang-orang yang jahat dan zalim ni Allah akan panjangkan usia mereka untuk beri peluang supaya bertaubat.... betul ke? Wallahualam.

Namun yang jelasnya karektor generasi Y amat jauh bezanya dari generasi yang berusia lebih 50 tahun yang hanya diperlukan oleh UMNO/BN untuk memberi kemenangan ketika pilihanraya saja.Mereka ini hanya bergantung kepada maklumat suratkhabar dan TV yng semuanya tidak pernah melaporkan berita tentang kesusahan hidup keluarga tahanan ISA.
Mungkin ada yang celik IT tetapi jumlah itu masih belum mencukupi untuk memberi satu daya juang untuk menolak ISA.

Aku juga amat bersyukur kerana mempunyai pengalaman sebagai seorang guru yang mampu berkomunikasi dalam dua bahasa utama iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris , banyak memudahkan kerja-kerja penerangan terutamanya untuk menceritakan tentang kejahatan ISA kepada masyarakat Gen Y.Menjadi ahli keluarga tahanan ISA paling lama, 7 tahun, memberi banyak kelebihan untuk dikongsikan kerana terbukti aku tidak bercakap kosong saja!!! Dan sedikit kebolehan menulis adalah pemberian Allah yang amat mahal harganya, tanpa aku sedari, kemampuan ini telah melonjakkan lagi penyebaran tentang ISA kepada generasi baru yang amat dahagakan informasi terkini.


Aku sering berpendapat, kejamnya dunia ini dan betapa deritanya hidup kerana teman baik ku @ Abah Suhaib terus-menerus ditahan ...namun, penahanan ini rupanya telah membuka lebih banyak ruang dan peluang bagi ku untuk terus mendidik generasi Y dan yang hampir-hampr sewaktu dengannya, supaya lebih peka dengan penderaan mental yang digunakan oleh pemerintah keatas rakyat menggunakan ISA. Apakah penderaan mental itu? ISA mendera mental rakyat kerana unsur "tahan tanpa bicara" dan "kuasa mutlak Mneteri Dalam Negeri" yang menjadikan akta itu mewujudkan suasana " wall of fear" diminda setiap rakyat supaya sentiasa takut untuk mempersoalkan hak sebagai rakyat Malaysia ,yang semuanya telah termaktub di Perlembagaan Persekutuan!!!

Merdekakanlah minda anda semua dari ISA dengan cara menolaknya dari sistem perundangan kita..... Gen Y mampu melakukannya!!!!



( Toh dan Nalini dari SUARAM )
( Genereight - Generasi ke 8. Al Amin Kuala Lumpur )

(DEMA dan KLSCAH)


Krew TV PAS dari GAMIS.



2 ulasan:

Unknown berkata...

InsyaAllah kami 'pakatan blogger bebaskanmereka.blogspot.com'(Gen Y) akan cuba memperjuangkan hak semua kita sbg insan & juga berusaha memberi tekanan untuk membebaskan semua tahanan ISA supaya diberikan hak asasi sewajarnya seperti diadili di mahkamah untuk membuktikan sebarang pertuduhan atau dibebaskan segera tanpa pertangguhan. Jika seorang penjenayah yg berjela-jela rekod jenayah di HQ PDRM di Bukit Aman masih boleh menuntut hak asasinya untuk pembicaraan untuk sebarang salah laku, kenapa tidak untuk suami kakak?
Allah Maha Adil, maka kami pasti keadilan & kebenaran akan terserlah jua pada suatu hari dgn pembebasan suami kakak yg tersayang.

Merah Hitam berkata...

Hanz_Azdi,
Terimakasih. Boleh tak beri no hp pada kakak, tru my email ni
laila6306@yahoo.com.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]