Sebaik saja keluar dari klinik, aku menemani Suhaib sarapan disalah sebuah restoran di kawasan itu. Suhaib kelihatannya menyudahkan kepingan roti canai terakhir terakhir dengan
agak cepat memandangkan aku hanya tunduk sambil memegang dahi. Dalam keadaan itu, kami berdua sempat meluahkan perasaan masing-masing sambil membaca laporan berita ISA. "Are you ok with all these news?" tanyaku pada Suhaib. "Tension gak...tapi Suhaib nak buat macam mana...terpaksa lalui gak" katanya sambil tunduk memotong roti bakar. Roti bakar kegemarannya tiba-tiba tidak habis dimakan. Menyesal pula aku bertanya soalan seperti itu .Mataku berair mendengar jawapan Suhaib.Kesihan dia.....
agak cepat memandangkan aku hanya tunduk sambil memegang dahi. Dalam keadaan itu, kami berdua sempat meluahkan perasaan masing-masing sambil membaca laporan berita ISA. "Are you ok with all these news?" tanyaku pada Suhaib. "Tension gak...tapi Suhaib nak buat macam mana...terpaksa lalui gak" katanya sambil tunduk memotong roti bakar. Roti bakar kegemarannya tiba-tiba tidak habis dimakan. Menyesal pula aku bertanya soalan seperti itu .Mataku berair mendengar jawapan Suhaib.Kesihan dia.....
Telefon bimbitku berbunyi bertalu-talu. Ohhh... ada beberapa "miss calls" dari hp emak nun jauh di Sabak Bernam."Assalamualaikum.... mak!!! ".Belum sempat aku membuat panggilan, emak telah terlebih dulu menalifonku."Dah sarapan?" itulah soalan Emak yang paling popular. Setiap kali aku demam, sakit kepala atau sedang menghadapi masaalah peribadi, biasanya semua itu akan turut dirasai oleh emak."Kakak ok ke?" tanya emak padaku lagi. Aku tidak dapat menjawab pertanyaan itu, kerana semuanya tersangkut di kerongkong.Rasa berat untuk bersuara. Terasa pipiku panas dengan airmata yang turun dengan lajunya."Ok je" jawabku pendek. Suhaib yang duduk disebelahku hanya mendiamkan diri.
"Mak..doakan kakak kuat ya mak" tambahku lagi." Ye!! Tiap lepas Solat mak doakan" jawab mak dengan suara yang agak nyaring."Mak, Selamat Hari Ibu.... kakak ada hadiah untuk mak ..." aku cuba menukar tajuk." Mak dengar suara kakak pun dah cukup!...." tiba-tiba hp emak terputus dan aku terus menangis sepuas hati....
Sepanjang 7 tahun menjadi "ibu tunggal", emaklah orang yang sentiasa cuba memahami setiap tindakanku.Beliau bukan aktivis anti-ISA,tetapi beliau cuba sedaya upaya memberi sokongan moral yang tinggi kepadaku.Pernah satu ketika, beberapa tahun yang lalu, ketika aku memulakan langkah bersama GMI, semua adik-beradikku menghalang tindakan itu, namun...emaklah satu-satunya yang bertegas menyatakan sokongan terhadap keputusanku .Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana mendapat seorang ibu yang begitu "sporting and understanding" seperti beliau....
Aku mengambil dua biji ubat sakit kepala dan terus berehat dibilik. Ketika tidur, aku seolah-olah terdengar suara Suhaib meminta izin untuk keluar.Mungkin kesan ubat itu, aku merasa berada diawang-awangan dan kemudian pandanganku gelap kembali. Aku terjaga jam dua petang, dan menunaikan solat Zohor. Mataku terpandang sesuatu diatas meja.....Hati tertanya-tanya, siapa yang membeli kek kegemaranku dan jus tersebut???
"Ini untuk Umi.." Suhaib tiba-tiba muncul dari belakangku sambil menghulurkan sebuah bungkusan. Beliau mencium tanganku dan kemudian, ciuman itu terus singgah sebentar di kedua-dua belah pipiku....
"Tima kasih Tuait..." ujarku sambil tersenyum......
Pada bondaku Hjh Wassini, moga Allah berikan kebahagian buat mak, di dunia dan di akhirat. I luv you mak....
Pada Ibu Hjh Saodah, emak Abah Suhaib, semoga terus tabah dan sabar dengan dugaan yang berat ini...
2 ulasan:
'Seorang Ibu dan Satu Umi'
{Dedikasi Buat Ukht Norlaila}
"Ibu mithali
Ibu yang sejati
melahirkan diri
menjaga sepenuh hati"
Moga dirimu tabah dan sabar
menghadapi segala onar
dan doaku moga bahagia
di dunia dan akhirat sana
Teruskan langkah menuju falah
berpaling diri jangan sekali
moga mendapat ganjaran Allah
kerana setia menanti suami
Fasbir sabran jamila
peganglah sentiasa
dan itulah kekuatan kita
senjata utama dengan berdoa
moga ukht diberi kekuatan. Uhibbuki Fillah
SALAM PERJUANGAN KAK
Salam utk akak n shuib. Sabar dan terus bersabar itulah ramuan yang terhebat Allah SWT sajikan untuk akak dan shuib. tidak semua orang yang mampu sabar dengan tempoh yang panjang seperti akak n shuib mencecah tahun ke 7 tanpa suami dan abah shuib.
Tapi ana yakin kesabaran itu sudah sampai ke penghujungnya. InsyaAllah berkat doa akak n shuib diaminkan oleh seluruh umat Islam yang memahami bahawa suami akak akan dibebaskan dalam tempoh terdekat. Kemenangan MB Nizar mungkin ada rahmah Allah SWT bersamanya setelah dia dizalimi walaupun dalam tempoh 3 bulan. InsyaAllah dengan kemenangan ini rahmah Allah SWT juga akan terjelma dengan pembebasan suami akak n abah shuib serta ISA berkubur untuk selamanya.
Amin... amin... amin YA RABB ISTAJIB DOA'ANA.
Catat Ulasan