Semalam, jam 1.40, jenazah nenek telah selamat dimandikan dan di sembahyangkan. Ramai sungguh yang datang memberi penghormatan terakhir kepada nenek. Kenapa ya? Aku yakin, simpati itu ditunjukkan kerana nenek adalah ibu kepada mangsa ISA yang telah ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun yang lalu....
Selain dari saudara mara dan sahabat handai, aku perasan dengan kehadiran Ahli Palimen seperti YB Dr Lo Lo dan YB Dr Siti Mariah, Ustazah Nuridah Ketua Muslimat Pusat, Aiman Athirah dan beberapa orang ketua Muslimat PAS kawasan .
Aku hanya sempat mengucapkan terima kasih dengan kehadiran Presiden JIM, En Zaid Kamarudin dan Naibnya, Hj Zairul . Selain itu, ramai juga aktivis lelaki dan wanita JIM dari daerah Ampang Jaya bertali arus datang untuk memberi penghotmatan terakhir ada arwah nenek.
Tok Mat, suami arwah nenek dan datuk pada Suhaib, masih ingat kata-kata yang diberikan oleh Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, iaitu Tuan Syed Ibrahim yang berpesan beberapa kali supaya beliau meminta pada SB memberi peluang Abah Suhaib menziarahi keluarga keesokan harinya pula.
Tetamu semakin ramai dan hampir setiap dari mereka mempunyai satu soalan yang sama iaitu "bila Abah Suhaib akan tiba dari Kem Kamunting???"
Aktivis wanita JIM Ampang Jaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Deepest Condolences. God Bless her soul.
Anak Bangsa Malaysia
My deepest condolences...Kak Laila.
Be strong.
Catat Ulasan