Dalam poskad bebaskan tahanan 6 tahun ini, semua Hindraf telah dibebaskan, Abdullah Minyak Silam, berkopiah putih kiri sekali, telah dihantar pulang ke Indonesia. Yang tinggal hanyalah Samsudin di tengah dan Mat Sah di sebelah kanan, pakai spek.
Ketika memandu ke SUARAM pagi tadi, saya mendapat panggilan telefon dari Rahmah Malaysiakini dan beberapa orang wartawan media bebas. Saya terkejut juga sebab tidak mengetahui apa-apa dari berita pembebasan itu.Kemudian saya cuba telefon Kem Kamunting untuk minta pengesahan samada abah Suhaib salah seorang yang di bebaskan, jawapannya ialah, pejabat tutup kerana hari Jumaat.
Namun sekitar jam 2 petang, Rahmah sms saya mengatakan ada 13 dibebaskan iaitu 5 Filipina, 2 Indonesia dan 6 orang Malaysia termasuk 3 Hindraf. Nama abah Suhaib tiada dalam senarai!!!
Sedih juga juga .... tapi seperti kata Mun Hui, pembebasan ini diluar kawalan kami. Kalau KDN rasa gembira menahan tahanan yang sudah merengkok lebih 7 tahun ini.... kami tak dapat berbuat apa-apa.....
Namun, ramai juga yang memberi cadangan bahawa perjuangan menentang ISA mesti di teruskan!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Salam Kak Laila, amatlah sedihnya kerana abah Shuaib masih belum dilepaskan. Hikmah Allah yang kita tidak nampak. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya. Boleh dikatakan setiap kali buka laman blog ni, setiap kali airmata pasti laju sekali. Saya pun seorang isteri dan seorang ibu. Apalah ertinya mempunyai seorang lelaki bernama suami tapi dikurung tanpa bicara. Bila titsan airmata mengalir, anak saya yang kecil pasti bertanya, "kenapa ibu sedih?" lagi lah banyak airmata mengalir. Bak kata seorang yg bg tag, tak tahu nak baca doa yang macamana buat kak laila. InsyaAllah, saya akan mengunjungi Baitullah dan saya akan memohon doa untuk akak semoga akan disegerakan Allah dalam menyelesaikan kemelut yang akak dan Shuhaib hadapi. Semoga dilapangkan dada Kak Laila dan Shuaib dengan musibah ini dan mendapat ketenangan selalu. Amin.
Salam perkenalan untuk kak laila dan shuib. Terharu bila melayari blog ni buat kali pertama. Kesusahan yang dihadapi mungkin ada kesenangan yang Allah SWT sediakan yang tidak kita ketahui.
Saya yakin dan percaya, telah ramai yang mendoakan untuk akak tapi masih belum Allah SWT perkenankan mungkin ada sesuatu yang istimewa Allah SWT anugerahkan untuk akak dan shuib.
Oleh itu, akak dan shuib TABAHKAN HATI DAN SABAR dan kami terus berdoa dan terus berdoa agar abah shuib dibebaskan dan ISA ditiadakan.
Allahuakbar...
salam perjuangan bro,
mohon kehadiran suara ke blog kami "Misi Membebaskan Tahanan ISA" dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.
sila lawat: http://bebaskanmereka.blogspot.com
seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:
http://www.petitiononline.com/mujahid/petition.html
JZK
Good day to all,
We would like to invite you to our blog "Misi Membebaskan Tahanan ISA" to push the the PAS/PKR leaders to step forward and offered 2 ADUN/Parliamentary seats up for resignation as a way to threaten the govrnment into releasing more ISA detainees. Details of the strategy can be followed here:
http://bebaskanmereka.blogspot.com
We would appreciate it if you drop by and sign our petition as well.
Justice for all.
Ibu Sha Mulm,
Thanks for your kind words and doa.
Albelurani,
Thanks for your sweet comment and care to come again.
Evelyn,
The petition really touch my heart...keep it up.
Kak Laila
Catat Ulasan