
Aku juga bersyukur kerana Suhaib mendapat sokongan yang amat baik dari guru-guru dan kawan-kawan di sekolahnya.Selain itu, kesyukuran itu semakin bertambah kerana Suhaib mendapat rakan-rakan sebaya yang baik akhlak serta menjaga amalan harian sebagai seorang Islam dan dimasa yang sama, ada diantara bapa rakan sebayanya yang turut melayani Suhaib seperti anak mereka sendiri. Alhamdulillah.... dalam kesusahan, rupanya masih ada terselit pelbagai nikmat dan keindahan ....

Sejak aku mendirikan rumahtangga dengan Abah Suhaib, hampir setiap hari suamiku akan memastikan beliau membantuku melakukan kerja-kerja rumah, tanpa perlu disuruh.Sebab itu, ramai kawan-kawan mengusikku "your hubby spoilt you" kerana aku terlalu dimanja oleh suami.Sejak aku disahkan mengandung,beliau lebih-lebih lagi memanjakanku. Abah telah berjanji akan sentiasa memberi perhatian yang lebih pada anak yang bakal lahir.Sebab itu, dari hari pertama Suhaib dilahirkan, Abah cuba sedaya upaya untuk berada disampingnya setiap masa. Ketika bayi, bila Suhaib demam, Abahnya lah yang sering mengambil cuti untuk menjaga dan merawat beliau hingga sembuh. Aku tidak perlu risau untuk mandikan atau menukar lampin kerana semua itu dilakukan oleh Abah dengan sukarela, tanpa perlu di minta.
Kehidupan kami amat bahagia dan kehadiran Suhaib melengkapkan kebahagiaan tersebut.Akulah orang yang paling bahagia sekali.Apa tidaknya, punya seorang suami yang kacak dan soleh... (Abah Suhaib seorang lelaki yang lembut pertuturannya dan beliau tidak pernah meninggikan suaranya kepadaku. Beliau amat rajin membaca Al Quran dan setiap bulan, beliau akan memastikan kami bertiga bercuti atau pulang kekampung).
Tiada siapa yang tahu, apakah perasaan sebenar yang sedang bersarang dihati Suhaib.Aku juga tidak memahaminya kerana aku membesar dalam keluarga yang sempurna, dimana ibu dan bapa sentiasa bersama sepanjang masa. Aku sentiasa berdoa ke hadrat Allah supaya Suhaib dikurniakan mental dan spiritual yang stabil dalam mengharungi hari-hari sebagai anak yang terpaksa membesar tanpa kasih-sayang seorang ayah sedangkan bapanya masih hidup.Perjalanan yang jauh, pemandangan Kem , layanan warden dan suasana perjumpaan menggunakan interkom...semuanya amat menyakitkan hati .Aku akui, ujian itu adalah berat bagi seorang remaja yang sedang membesar sepertinya... Namun, aku amat bersyukur kerana setakat ini, Allah masih memberi kestabilan emosi dan perasaan kepadanya.....
Doakanlah agar Suhaib akan terus tabah mengharungi hari-hari mendatang sebagai anak seorang tahanan ISA yang tidak diketahui bila akan dibebaskan dari penjara itu....
3 ulasan:
kenapa mudah sangat perasaan kakcik tersentuh bila membaca catatan laila ini??? (Naluri biasa seorg ibu agaknya...)
Salam buat Suhaib..
Moga akak senantiasa tabah melalui segalanya ini.
Maaf lama tak berinteraksi di laman akak ni.. Sekadar membaca dan mengertikan sendiri.
Salam perjuangan kak...
:) God is great!
Take care my dear!
Catat Ulasan