Dilema seorang Melayu.......

| |

”Umi, adakah Abah is one of the unfortunate Malays?” tanya Suhaib kepada ku. Terkejut “beruk” dengan soalan yang tidak diundang itu. Buat beberapa ketika otak mula mencongak dengan ligat, apakah jawapan yang paling sesuai untuk soalan itu.



Kenapa Suhaib bertanya soalan seperti itu ?? Apakah yang ada dalam fikiran Suhaib???



Mungkin Suhaib membandingkan penahanan Abah beliau dengan tahanan lain seperti rakyat asing dan Hindraf, yang semuanya telah dibebaskan.Mereka semua tidak pernah dibicarakan di mahkamah,tetapi semuanya telah dikeluarkan dari Kem Kamunting.



Dari sejumlah 29 Juta rakyat Malaysia, bapanya telah dipilih oleh kerajaan UMNO/BN untuk dijadikan mangsa ISA. Tambahan pula beliau berugama Islam, memang sesuai sangatlah mereka di jadikan salah seorang ”pengganas” yang masih perlu disiasat walaupun telah ditahan tanpa sebarang bicara lebih tujuh tahun lamanya.Abah ditahan bersama –sama 50 orang lelaki Melayu-Islam pada tahun 2002 yang dilabelkan sebagai ahli ”JI” tetapi tahanan yang lain, termasuk Yazid Sufaat yang didakwa sebagai ketua dan anggota ”JI” paling bahaya , serta Faiz Bafana yang mengaku sebagai salah seorang ”mastermind” dalam gerakan ”JI”, semuanya telah dibebaskan secara berperingkat...Memang amat malang bagi Abah Suhaib yang dikatakan sebagai ahli biasa saja, masih lagi disiasat dan diberi pemulihan di Kem Kamunting.Penahanan Abah sudah cukup 7 tahun pada 17 April yang lepas. Dah lebih tujuh tahun ditahan tetapi masih disiasat dan sedang dipulihkan!!!!



Satu perkara lagi malang ialah disebabkan Abah berasal dari kelompok orang Melayu, yang memang amat terkenal dengan sikap lemah lembut, sopan santun dan tidak suka melawan. Orang Melayu sejak 50 tahun yang lalu, memang telah diajar supaya sentiasa bersyukur dengan apa saja yang ada dan tidak boleh meminta-minta kerana hak hak orang Melayu telah di peruntukkan dalam perlembagaan.Bila bercakap tentang ISA, satu akta yang ditakuti oleh semua orang, maka bertambah kecutlah hati orang Melayu. Kalau ikutkan hati, tak mau ada sebarang hubungan langsung dengan mangsa ISA disebabkan terlalu takut dikaitkan dengan akta tahan tanpa bicara itu.Justeru, bila Abah, seorang rakyat biasa kena ISA, amat sedikit pembelaan yang diberikan oleh orang Melayu untuknya. Majoriti orang Melayu berpendapat, Abah sepatutnya berdoa dan bersabar sahaja dengan ujian Tuhan ini dan menunggu balasan dari Allah di akhirat nanti......Ya, mungkin ada benarnya....Namun yang lebih menyedihkan, ramai juga orang Malayu berpendapat lebih baik jika ikut saja kehendak SB dan bekerjasama dengan polis berpakaian biasa itu supaya mudah dibebaskan!!!!



Dan, perkara malang yang paling dahsyat sekali ..... Abah dijadikan mangsa ISA oleh Menteri Dalam Negeri yang juga orang Melayu, SB-SB yang sentiasa mempermainkan Abah juga mendakwa sebagai orang Melayu yang berugama Islam...”Kami pun sembahyang, kami pun ada Tuhan, tapi kami cuma ikut arahan orang atas je....” itulah jawapan standard dari SB.



Jadi sebagai kesimpulannya, bolehlah aku jawab soalan itu dengan mengatakan bahawa ” ya, Abah adalah seorang lelaki Melayu yang amat malang di Malaysia ini kerana masih dijadikan tahanan ISA.......

3 ulasan:

the hazim berkata...

saudara..saya simpati dan impati dengan apa yang berlaku.. benar, dia pilihan ALLAH.

Baginya dunia adalah penjara, dan akhirat adalah syurga.

Semoga dirahmatiNya

MAKMAN berkata...

Ya Allah..bukakanlah hati mereka2 yang menzalimi mangsa2 ISa dan keluarga mereka.BUKAKANLAH HATI MEREKA YA ALLAH UNTUK MENERIMA HIDAYAH MU YG MAHA LUAS.....
YA ALLAH YG MAHA KUASA,YA ALLAH YANG MAHA BESAR, YA ALLAH MILIK MU SEGALA2NYA...BANTULAH MANGSA2 ISA NI BERSAMA KELUARGA MEREKA DGN MEMBERI KEKUATAN/KEIMANAN UTK MELAWAN KEZALIMAN DAN MENERUSKAN PENGHIDUPAN YG SEMENTARA INI....AMIN...AMIN ..AMIN YA RABULLALAMIN...

Zanie berkata...

Rasanya seperti tidak layak bagi saya memberi ulasan apalagi nasihat kerana saya tidak berada di tempat saudari.Tetapi percayalah, Allah maha adil, bapa Shuaib dikurung 7 tahun, 7 tahun dianiaya, disiksa jiwa raga kerana berjauhan dari anak isteri..7 tahun pahala Allah himpunkan buat bapa Shuaib yang penyabar dan 7 dosa dilambakkan buat menteri yang mengurung beliau.Kamu tuntutlah hak kamu di mahkamah Allah kelak..insya'allah.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]