Rakyat Malaysia sudah lupa ISA?

| |
DEMO BERSIH pada akhir tahun 2007 amat besar ertinya dalam perjuangan rakyat Malaysia menuntut satu piihanraya yang lebih adil,telus dan bersih dari anasir penipuan. ISA bukanlah isu utama tetapi turut menambah nilai "kejahatan"kerajaan BN keatas rakyat.
Pada hujung tahun yang sama, iaitu Disember 2007, HINDRAF, kumpulan yang di pelopori oleh seorang Peguam Hak Asasi, P.Uthayakumar telah mengadakan satu demo khas menuntut hak orang India yang telah 50 tahun dinafikan oleh UMNO/BN. Demo itu memang berjaya mengubah persepsi kaum India terhadap kerajaan BN dan sebagai penawar kepada kesedaran itu, lima orang penasihan undang-undang Hindraf telah ditahan dibawah ISA." ISA sudah ada di Malaysia lebh 40 tahun dan sudah lebih 10,000 rakyat dari pelbagai kaum dan latar belakang akademik telah menjadi mangsanya....." kata saya dalam satu ceramah di Seremban.
Barulah orang-orang India sedar bahawa mereka juga boleh ditahan dibawah akta itu. Dan sebagai balasan kepada kerajaan UMNO/BN, rakyat telah "mencuri" 5 negeri di Semenanjung Malaysia.Itulah kemudiannaya timbul satu nama baru "Kerajaan Pakatan Rakyat"@PR.

ISA telah membuka minda rakyat, terutamanya bukan Melayu bahawa kerajaan yang menakutkan rakyat menggunakan akta zalim itu, semestinya di tolak! Selain isu ISA, rakyat sememangnya telah begitu muak dengan kejahatan dan kerakusan BN. Fakta telah membuktikan, orang Melayu adalah golongan yang masih terpinggir dari sudut ekonomi, orang Cina walaupun berjaya di bidang itu namun dinafikan dalam sudut lain manakala kaum India terasa di anaktirikan, walaupun telah menjkadi penduduk tetap, lebih 50 tahun! Jadi, apakah sebenarnya perjuangan UMNO/BN???


Dan kini, semua tahanan ISA Hindraf yang menjadi ikon rakyat Malaysia telah dibebaskan. Pada hari kedua PM Najib menerima jawatan itu dari Pak Lah, beliau telah membebaskan 13 tahanan ISA. Dan sebulan kemudian, Menteri Dalam Negeri yang baru, telah membebaskan pula 13 tahanan ISA yang lain.
Kini hanya ada 10 orang ditahan dibawah ISA..........dan tiada penahanan baru ......
Adakah ini bermakna rakyat Malaysia telah selamat dari ISA??
Adakah ini bermakna rakyat Malaysia telah melupakan kejahatan dan kezaliman ISA?




1 ulasan:

Unknown berkata...

Kami tetap TIDAK AKAN LUPA PENDERITAAN MEREKA DALAM TAHANAN dan KELUARGA MEREKA.

PERJUANGAN MENHAPUSKAN ISA TETAP DITERUSKAN!

SABAR! Akhirnya KAMI PASTI BERJAYA!

Salam Sejahtera

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]