


Aku sering bertemu penerbit dan pengacara rancangan itu di pelbagai program, namun petang tadi, baru pertama kali aku ketahui bahawa itulah Zainulfaqar yang sering melontarkan idea-idea segar dan terkini dan dalam laporan beliau.Mulanya,aku agak berdebar digandingkan dengan YB Dr Lo'Lo' Ahli Parlimen Titiwangsa dan Ustazah Nuridah, Ketua Muslimat Pusat. Maklumlah ...mereka adalah individu terkenal yang telah biasa bercakap mengenai isu feminisma, topik forum kami petang itu.... namun, dengan sikap "cool dan relax" yang ditunjukkan oleh Zainul , segala rasa tidak selesa itu akhirnya hilang begitu saja..."ISA is your issue, kami tak akan potong walau satu perkataan pun yang akak keluarkan kerana semua itu adalah kenyataan yang datang dari mangsa yang asli...." tambah Zainul lagi.
Ketika menjawap salah satu soalan pengacara, aku terasa sebak kerana amat bersyukur, Allah memberikan kekuatan kepada ku untuk bertahan sebagai "isteri tahanan ISA" hingga tujuh tahun lamanya.Sepertimana diakui oleh Dr Lo Lo , aku boleh menjadi seorang yang "selfish" iaitu pentingkan diri sendiri dan keluarga dalam menghadapi isu ISA ini.Maknanya, aku boleh saja bersikap lunak dan berbaik-baik dengan SB, aku boleh saja memujuk suami supaya menerima apa saja syarat asalkan cepat bebas. Aku tak perlu berhadapan risiko ugutan SB....dan tidak perlu membuang masa mendidik masyarakat tentang akta zalim ini. Jalan mudahnya, aku hanya perlu berdiam diri dan menerima apa saja keputusan yang bakal disampaikan oleh Menteri dalam Negeri.
Namun, sebagai seorang hamba Allah yang telah diberi taufik dan hidayahNya, aku tidak dapat melarikan diri dari rasa tanggungjawab untuk meletakkan hak dan keadilan ditempat yang sewajarnya.Tiada siapa dalam dunia ini meminta , jauh sekali berdoa supaya ditahan dibawah ISA.Namun, aku terpaksa terima, semua itu telah terjadi dengan izin Allah yang tidak pernah diketahui apakah hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian ini.
Aku juga tidak mahu di persoalkan di kemudian hari sebagai seseorang yang tiada usaha untuk membenteras akta zalim yang memberi pengaruh ketakutan yang sangat kuat dalam minda seluruh rakyat Malaysia.I have no choice but to part of the solution!!! Aku hanya melakukan sedikit usaha.....selebihnya ku serahkan kepada Allah SWT yang lebih mengetahui bilakah kesudahan jangkahayat akta tahan tanpa bicara ini.

1 ulasan:
salam kak Laila....
saya terkejut dgr pembebasan kali ini masih tak libatkan suami akak...
saya nak nasihat akak terus tabah pun malu sebab akak jauh lebih tabah dr saya...
salam juang !
Catat Ulasan