ISA memisahkan nenek dan Abah hingga hujung nyawa...

| |
Jam 2.30 petang, jenazah telah disembahyangkan, namun belum ada tanda-tanda yang Abah akan tiba dari Taiping. Dimana saja kelibatku berada, pasti tetamu akan bertanya "bila lagi Mat Sah akan sampai? ". Aku hanya mengangkat bahu sambil memberi senyuman nipis.

Akhirnya, jam 3.15 petang, Abah dengan diiringi beberapa orang polis berpakaian biasa, berjalan masuk ke halaman rumah.Ketika Abah menjejakkan kaki ke ruang tamu ditempat dimana jenazah nenek di letakkan, suasana menjadi senyap seketika. Semua yang hadir memberi ruang untuk Abah mendekati nenek yang ditutupi kain batik berwarna hijau. Abah duduk berteleku disebelah jenazah, perlahan-lahan beliau tunduk dan mencium pipi sejuk nenek. Abah mencium pipi kiri dan kanan..... itulah ciuman terakhir dari Abah untuk nenek....Ku perhatikan Abah agak lama melekapkan hidungnya di pipi itu. Mungkin selama ini Abah tidak pernah terfikir, penahanan dibawah ISA akan menyebabkan beliau dan ibu kandung kesayangannya terus menerus terpisah hingga ke akhir nyawa..... Ahh...terlalu zalim ISA ini ku rasakan.....
Sebaik saja mengangkat wajahnya setelah mencium pipi nenek, ku lihat Abah menyapu matanya yang merah dan berair beberapa kali.Aku sendiri tidak dapat menahan rasa sebak melihat Abah berbuat demikian. Aku amat memahami, tentunya kerinduan Abah terhadap nenek tidak pernah terubat kerana selama tujuh tahun di kurung di Kem Kamunting, peluang untuk Abah bertemu nenek amat terbatas sekali. Pastinya Abah amat terkilan, cita-citanya untuk menjaga nenek ketika nenek tua dan sakit, tidak kesampaian.....

Menyaksikan peristiwa itu, semua yang berada disekeliling jenazah nenek, turut merembeskan airmata .Masing-masing tak tertahan untuk meluahkan sebak didada. Tok Matcuba menenteramkan Abah dengan kata-kata yang baik.
Abah tidak lama berada disisi jenazah nenek.Sebaik saja mayat dimasukkan kedalam keranda untuk dibawa ke kereta jenazah, sepantas kilat, sekumpulan polis berpakaian biasa mengepung abah untuk dibawa kedalam kenderaan khas dan terus bertolak ke tanah perkuburan keluarga Tok Mat di Segambut.Aku sendiri tidak sempat untuk bersalam ataupun bertanya khabar. Abah begitu cepat hilang dari pandangan....


Aku memandu sendiri ditemani Suhaib ke Segambut. Abah telah lama tiba disana dan beliau dibenarkan keluar dari Van untuk sama-sama membantu pengkebumian itu. Kesemua polis brpakaian biasa turut berada dikawasan sekitar lahad yang digali untuk menyimpan tubuh arwah nenek.
Aku menunggu hingga segalanya selesai termasuk bacaan doa talkin. Kemudian Tok Mat dan anak-anak bergilir-gilir menyiram air mawar dipusara nenek. Sebaik saja siap siraman terakhir, Abah diberi masa beberapa minit untuk bersalaman dengan adik-beradik dan saudara-mara yang hadir di tanah perkuburan itu...... termasuk aku dan Suhaib.Aku tidak sempat bercakap dengan Abah. Aku hanya sempat mencium tangannya.....peganganitu terlepas dan bila kepala ku angkat, beliau telah berada beberapa meter jaraknya dariku , berjalan pantas di kerumuni sekumpulan lelaki menuju sebuah van bercermin hitam pekat yang diparkir betul-betul dihadapan kawasan perkuburan.......
Selepas itu, aku tidak tahu dimana Abah berada... adakah beliau masih bermalam di salah satu balai polis di Kula Lumpur ini, atau pun terus dibawa pulang ke Kem Kamunting.....
Yang jelasnya, kerinduan, cinta dan kasih sayang dari seorang ibu seperti nenek, yang telah dipisahkan dengan anaknya tanpa perikemanusiaan oleh akta Zalim ISA ini.... akhirnya dibawa bersama ke liang lahad..
Al Faatihah..



17 ulasan:

hakimi mahmud berkata...

takziah buat bang mat sah dan keluarga..moga kak laila diberi lebih kekuatan

Atriza berkata...

Subhanallah, sangat tersentuh hati saya membacanya di awal pagi ni kak Laila.. tak sangka pembacaan saya kali ini diiringi air mata pula (rasanya tak pernah baca blog akak hinggakan jadi begini. sangat terasa di hati..)

Kak, teruskan berdoa. Imbalan doa itu tidak kita dapat menukurnya walau ketetapan dari Maha pencipta telah ada, dimakbuklan di dunia atau direalitikan di Akhirat sana.

Moga doa-doa akak, Suhaib juga sekalian yang mendoakan pencetus kezaliman ini diberi 'balasan' yang setimpal atas segala bebanan mahupun kekejaman yang diberikan mereka kepada insan yang tidak dibicarakan tanpa hukuman itu.

Sesungguhnya banyak perkara yang 'mereka' halangkan dengan mengurung tahanan-tahanan ISA tersebut.

Maha Suci Allah Yang Maha Lembut, Adil dan berkasih sayang... sedangkan hambanya berbuat kebaikan dibalasNya Pahala, dan begituuga sebaliknya. Dan Apabila hambaNya bersungguh-sungguh memohon ampun, maka diampunkanNya...

Namun mengapa 'mereka' yang manusia biasa yang sangat lemah lagi hina sifatnya tidak memikirkan yang itu. Menghukum manusia yang sama sepertinya tanpa membicarakannya. Mana keadilan itu?? mana kemanusiaan manusia yang 'kalian ada'

Selagi kesempatan, moga kalian sedar bebaskanlah mereka, atau bicarakanlah dia, mohonlah kemaafan kepada insan-insan yang 'kalian' zalimi, hukumlah diri 'kalian' yang menzalimi. Bertaubatlah dan Mintalah keampunan Allah.

Sedarlah, wahai penzalim-penzalim.. dunia telah hampir ke penghujungnya..

** Kak Teruskan Perjuangan, Innallaha Wani`eq Mal Waqiel..

Mr Joker berkata...

Salam Kak Laila... Takziah diatas apa yang telah berlaku pada keluarga Kak.

Dikesempatan ini saya mohon Kak Laila menguhubungi saya melalui email saya poji2ya@gmail.com.

Saya berminat untuk menjemput Kak Laila menjadi penulis tamu di website saya http://perisik-rakyat.com/.

Tanpa Nama berkata...

Takziah. ISA itu ada juga baiknya. Kita kena ikhlas menjalankan jihad dan terima qadar dan qadaq. Dan jangan sesekali kita menggunakan pembebasan bersuara itu samata2 untuk memecahkan belah umat islam.

Unknown berkata...

al-fatihah untuk arwah nenek, moga tempatnya adalah bersama-sama orang yang soleh

suealeen berkata...

salam.. pada Tanpa Nama.. anda tidak berada di tempat mereka, maka mudah saja bagi saudara mengatakan ISA itu ada baiknya. selagi tak kena pada batang hidung sendiri.

jika benar ada salahnya, bicarakanlah kes mereka di mahkamah. salahkah?

jarum peniti mak long berkata...

salam...takziah dan didoakan semuga nenek ditempatkan dalam golongan yang berbahagia lantaran adanya seorang anak yang soleh....amin...

MrsNor berkata...

salam takziah. Moga nenek di tempatkan di kalangan org beriman.

Menitis air mata sy baca dan menatap gambar ini. Tabahkan hati hadapi ujian ini. Ingat dua perkara:-
1- Allah uji hambaNYA sesuai dgn kemampuan hambaNYA
2- Allah uji begini sebab DIA sayang pada hambaNYA itu.

moga tabah selalu

mohahz berkata...

brp ramai yg tlh di tahan di bwh akta ini..dr golongan politikus,cendekiawan hinggalah org2 kampung,petani,semuanya jd mangsa tahanan tanpa bicara.
Akta zalim ini mudah shj jd alat pemerintah,samada utk kepentingan politik individu ataupun parti.
Jelas sekali berlawanan dgn prinsip keadilan saranan barat dan tentu sekali jauh menyimpang dr keadilan saranan islam.

makman berkata...

Kepada,
tanpa nama...maaf anda salah ruang untuk memberi komen di sini

.cg
salam takziah dari kami sekeluaraga.

Basyir K. berkata...

takziah utk makcik, suhaib dan keluarga ...

Faizal R berkata...

kebenaran ada di luar sana

Sandro Wagner berkata...

When certain st*pid & "blind" Malaysians elected a bunch of Monkeys to run our government, this is the price to pay...

Congratulations to all of them for making such a noble choice, may they rest in PEACE...

to Mat Sah and Family, God Be with all of you...

Ma'assalaamah...

Kakcik Seroja berkata...

tersentuh juga hati ini....

Nurul 'Uyun Binti Ahmad berkata...

Salam kak laila..

takziah buat keluarga atas pemergian allahyarhamah.. Insyaallah, allah menganjari nenek kalian sebaik2nya.

Saya tetap mendoakan agar abah akak dilepaskan secepatnya. kerana saya juga mempunyai abah.. Insyaalah.saya doakan dan terus mendoakan kerana saya juga mempunyai abah......

Idham Fitri Adi berkata...

salam. saya tak sangkat blog merah hitam ni,
k.laila punya. saya dah lama
letak link blog merah hitam ni
kat blog saya. Smlm saya ada baca malay mail, alhamdulillah kan kak, penantian yang lama. saya dah lama follow kisah akak ni dari harakah dulu. saya sangat kagum dengan semangat akak. kerana teguh memperjuangkan perjuangan akak dan setia disisi suami selama 6 tahun.bukan mudah untuk orang lain.Tahniah dan syukur kepada allah.

cucu panglima hitam berkata...

yg kata I.S.A. tu baik tu org kapir le tu....org yg kapir dgn hukum ALLAH S.W.T.org yg redha atas kezaliman penguasa zalim yg menzalimi rakyat dgn tidak mengadili mereka2 yg di tahan tanpa bicara,

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]