"Malam tadi asyik teringat tahanan ISA yang belum di bebaskan..." Lutfi Othman.

Ramai yang berpendapat, Abah Suhaib terus-menerus di simpan di Kem Kamunting kerana aku terlalu vokal mempersoalkan penggunaan ISA.
Kenapa aku pula yang dilihat bersalah??? Kenapa orang ramai tidak membuka mata dan melihat, betapa jahatnya regim UMNO/BN yang sanggup terus-menerus mendera dan mengugut seorang wanita biasa seperti aku?

"Kak Laila, take your time. Please, please try your best to stay strong. We'll continue the fight for justice.." Chin Oy Sim- Bar Council.
"Terus tabah. Kami sentiasa di sisi Kak laila. We'll continue the fight" Lim of Voice Media.
"Kita akan terus mendesak.." Keris Silau.
"Laila. You are not alone.... The bloggers will keep supporting you" Uncle Zorro.
"I'll come back to Malaysia and will prove that we'll continue fight for justice' Waythamoorthy.
Alhamdulillah, masih ramai kawan-kawan yang terus bersemangat untuk menghapuskan akta zalim ISA ini. Aku sentiasa berdoa, isu ISA bukan setakat untuk membebaskan tahanan yang masih ditahan di Kem kamunting, tetapi sepatutnya lebih dari itu.
Rakyat Malaysia masih tidak sedar bahawa lebih 50 tahun mereka hidup dikelilingi tembok ketakutan yang dibina oleh UMNO/BN menggunakan ISA.Masih ramai yang belum sedar, ISA lah selama ini yang merencatkan pembangunan spiritual rakyat Malaysia kerana mereka sentiasa di bayangi rasa takut .Tembok ketakutan itu amat sukar untuk dibuang dari minda rakyat......
Dan tembok ketakutan itu akan runtuh jika ISA dapat di mansuhkan dari perlembagaan Malaysia.
1 ulasan:
Memang ramai orang kita tidak ambil peduli tentang ketempangan sistem demokrasi negara kita, tidak ambil peduli soal makamah yang benar-benar bebas, tidak ambil peduli soal Polis yang tidak ada kredibiliti dan integriti, tidak ambil peduli soal kebebasan akhbar dan media.
Tapi bila dah kena pada batang hidung sendiri, barulah kita dapat merasakan betapa mahalnya harga demokrasi, makamah yang bebas, polis yang berintegriti dan media yang bebas.
Catat Ulasan