" Kak Ella, ibu dah meninggal pagi tadi..." demikian suara Sanip, sayup dihujung talian. Aku bagai tak percaya."Biar betul ni....?" kataku lagi.Talian terputus...Innalillahi wainna ilaihi rojiun...
Malam sebelumnya, aku tidur agak lewat, hampir jam 3 pagi. Bila jam berbunyi pada pukul 6 pagi, mata ku masih kelat. Lepas Solat Subuh dan menyiapkan sarapan pagi untuk Suhaib, aku duduk di sofa dan terlelap buat seketika.... Selepas bercakap dengan Sanip, baru perasan di skrin telefon bimbit, ku lihat ada 7 "misscalls" dari Sanip dan Sarah.... Aku agak panik. Hanya teringatkan Nashita dan hantar sms ringkas padanya. "Mak Mat Sah dah meninggal dunia.." itu saja yang mampu ditulis dengan jari yang kurang stabil.Aku terus mencapai kunci kereta untuk ke Kg Pandan, tetapi kemudian perasan aku hanya memakai baju tidur. Aku duduk buat seketika dan sekali lagi memujuk diriku supaya tidak panik.Aku berfikir satu-satu dan susun tindakan. Beritahu sekolah Suhaib , beritahu SB untuk bawa Abah pulang dan kemudian baru ke rumah nenek di Kg Pandan.
Aku memandu dengan agak laju dan Alhamdulillah ...jalanraya juga agak lengang.Aku masih tidak percaya dengan berita itu. Malam tadi, nenek masih sihat dan makan agak banyak dari biasa.Mustahil pagi ni dia dah tiada....Namun bila tiba di rumah nenek, aku terpaksa menerima kenyataan tersebut. Sedih? Perasaan itu sudah terlalu lama sebati dalam diri ini. Bayangkan, setiap kali nenek memandang wajahku, beliau akan menangis teringat anaknya yang sudah dikurung lebih 7 tahun di Kem Kamunting. Nenek selalu kata, itulah satu-satunya anak yang tidak pernah meninggikan suara kepadanya....
Kini nenek telah tiada......Tiada lagi titisan airmata di wajah tua nenek... Pagi tadi, aku sempat bersama Kak Yah, Emy, Fika, Kak Nina dan Kak Jun mandikan jenazah nenek buat kali terakhir.Selepas itu aku bersama Kak Nani membalutkan tubuh nenek dengan kapas dan kain putih..... aku juga turut menyapukan bedak dan meletakkan sedikit celak dikening nenek yang cantek itu... Ku lihat, nenek seperti sedang tidur....
Semoga roh nenek dikumpulkan bersama mereka yang soleh dan beriman , serta damai dan tenang disamping PenciptaNya ....Ameen.
Akan bersambung...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
innalillahi wa innailaihirajiun....
banyakkan sabar
sedekahkan al-fatihah
Alfatihah ...
Semoga rohnya di cucuri rahmat. Doa ketika hidupnya di makbulkan dan takziah kepada seluruh keluarga.
Kami pun mendoakan agar kekejaman dunia akan berakhir hendaknya.
Salam kepada semua.
- radenjowo -
Laila,
Sampaikan salam takziah kepada Mat Shah dan Shuhaib. Tak ada perkataan yang dapat saya ucapkan selain daripada bersabar.
Salam,
Alawiyah, Kg Pandan
(Kakak Nan)
Dear Laila,
Always stay strong,never let weakness overtake your strengths.
My sincere condolence on your loss
.
God giveth god taketh.
Live must go on.
Your are the symbol of true grit,symbol of true love to your hubby and family.
YOU WILL WIN.
ALL GLORY COMES FROM DARING TO BEGIN.
GOD BLESS YOU.
ALFATIHAH
Al-Fatihah.. moga Allah swt akan terus memberikan ketabahan untuk akak sekeluarga...
Thinking of you a lot!
sayu sebak dan hiba sekali apabila melihat rakaman tv antara sdr mat shah dan keluarganya. hanya Allah lah tempat disembah dan mengadu bahwa kezaliman yang sdg berlaku ke atas semua tahanan isa akan dibalasNya sampai bila2pun.
moga semua kita bersabar dengan ujianNya dan perkuatkan iman serta sentiasa istiqamah dalam perjuangan menegakan yang haq dan mencegah yang bathil.
saya sekeluarga hanya berdoa dan sentiasa menjenguk blog ini menanti berita terkini tahanan isa dan penderitaan yang ditanggung oleh keluarga mereka semua.
sesungguhnya kerana saya belum merasai ujiam sebegini maka kami tidaklah dapat menyelami sepenuhnya kedukaan dan kesedihan keluarga tahanan akta rimba zalim dan kebnatangan itu.
salam takziah, banyak2kan bersabar..sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar..Al-fatihah..
alfatihah
walaupn bonda tiada lagi namun semangat dan doanya pasti memanyungi ..teruskan beramal dan niatkan utk bonda.
Semuga aruah bonda bahagia dan salam takziah buat family.
Mga2 damai dan merdeka milik semua.
amin
ainhany
Bersabarlah & janganlah terus bersedih hati Kak Laila & Shuaib. Diharapkan kembalinya ibu mertua ke rahmatullah dengan ketenangan.. Ibu itu pasti bangga meninggalkan anak & menantu yang cekal berjuang walau sedih dibelenggu rindu menunggu kepulangan anak yg ditahan tanpa bicara sekian lama.
salam..
sy bg2 sebak mmbca artikel ini.bt pn laila..anda seorang yg tabah...
Catat Ulasan