10 tahanan ISA di Kem Kamunting, terus di perjuangkan.....

| |
(Tina , Edmund Bon dan Nalini )

Sebaik saja tiba di Palace Of Justice pagi tadi, aku dan blogger Ummuasiah terus ke bilik bicara 4 untuk mendengar keputusan samada kes Hak Mengundi Tahanan ISA yang pernah didengar pada tahun 2004 dulu, akan ditukar hakim yang akan mendengar perbicaraan itu atau ditiadakan terus....

Kami dapati Peguam Tina , Edmund, Sunil dan Roger yang mewakili kes ini bagi pehak tahanan ISA, sudah berada di meja masing-masing.Aku hanya sempat memberi lambaian pada Tina. Ruang awam di bilik bicara tersebut agak padat dengan kehadiran wartawan dan penyolong YB DS Anwar kerana kes "dibuang dari jawatan TPM" 10 tahun lalu. Aku, Nalini dan Ummuasiah menunggu dengan sabar......

Edmund adalah salah seorang dari lima peguam yang mewakili Abah Suhaib dalam Habeas Corpus (HC) pada tahun 2004, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Permohonan itu telah ditolak oleh hakim Kadir Musa!



(Sunil , MerahHitam dan Richard)


Aku turut melambaikan tangan pada Sunil, peguam yang telah menyediakan "submission voting rights" itu. Thanks Sunil and the gang for your extra unpaid hardwork!!! Realitinya.... terpaksa menggunakan apa saja peluang untuk memberitahu bahawa ISA itu zalim dan mencabul hak asasi manusia.....

Kami berbual dengan beberapa orang penyokong YB DSAI sambil menunggu ketibaan Ketua Hakim Tan Sri Zaki, yang sepatutnya membuat keputusan ,siapakah hakim yang akan mendengar rayuan tahanan ISA tersebut.Lebih kurang 45 minit menungu, akhirnya Edmund memberitahu kes itu perlu sedikit perlarasan hakim yang akan mendengarnya.Ianya ditunda ke hari esok, Jumaat 22 Mei.Ahhh!!!!! Inilah hakikat jadi mangsa ISA. Terpaksa menerima sebarang kemungkinan dari setiap tindakan untuk mendedahkan penahanan tanpa bicara yang berpanjangan ini.......


Akhirnya kami beredar dari bilik itu dan kemudian terus turun ke tingkat bawah untuk memberi sokongan pada kes MB Perak.


MerahHitam bersama dua orang Gen Y(baju biru dan Sofi-kelabu) serta Kak N.
Kami perhatikan,ramai juga peminat MB Perak!! Selain jurugambar dan wartawan, penyokong dari Perak dan dari sekitar K.L meramaikan dan memeriahkan keputusan mahkamah tehadap kesahan MB Perak.
Sewaktu bersandar di dinding lobi, aku perasan beberapa pasang mata sedang memerhatikan.Aku tersenyum tawar sambil menganggukkan kepala perlahan.... Dua anak muda mendekati dan bertanya adakah aku salah seorang keluarga ISA yang sering keluar di HARAKAH. Kami berkenalan dan dua orang Gen Y itu bersetuju untuk memberi sokongan pada kempen bebaskan semua 10 tahanan yang masih berada di Kem Kamunting....

(Wan Zahari-HARAKAH, Nalini, Ummuasiah, MerahHitam, Yus-Suara keadilan)

Kehadiran kami kurang lengkap jika tidak bertemu dengan mereka-mereka diatas yang tidak pernah jemu memberi sokongan terhadap perjuangan membebaskan tahanan yang sedang aku dan GMI lakukan sekarang.....

1 ulasan:

Unknown berkata...

Alhamdulilah dah tinggal 10 orang saja. Harap-harap tidak ada lagi orang baru yang kena ISA.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]