Terkini: Hanya tinggal 14 tahanan ISA di Kem Kamunting.

| |
Hari ini, Ahad 10 Mei 2009, aku masih lagi dihujani panggilan telefon untuk mendapatkan pandangan tentang pembebasan 13 tahanan ISA yang terbaru. Setiap kali ada panggilan wartawan, aku akan rasa sebak dan air mata terus-menerus tumpah tanpa dapat dibendung. Nasib baik kami bercakap melalui telefon, jadi tidak perlu rasa malu melihat hidungku merah dan mataku yang sembab......

Dalam duka, ada rasa gembira.Duka kerana Abah Suhaib masih belum dibebaskan walaupun sudah ditahan lebih 7 tahun. Sedikit gembira kerana sepanjang aktivism saya bersama aktivis GMI, bermula tahun 2004, dari lebih 100 tahanan ISA, kini tinggal 14 tahanan sahaja!!!! Segala yang dilakukan, hanyalah untuk menjalankan tuntutan Allah sebagai seorang manusia yang waras dan bebas, ingin membantu manusia lain yang sedang dianiaya dan dizalimi..... Inilah sebahagian tenaga kekuatan Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) yang tidak pernah rasa penat untuk terus-menerus bercakap tentang ISA dan segala isinya. Yb Saari Sungib, Syed Ibrahim, Cik Nalini dan Peguam Edmund Bon lebih pakar tentang ISA dari Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya mengetahui bahawa akta ISA ini telah terlalu lama digunakan untuk mencabul hak asasi rakyat Malaysia.
Saya tidak akan dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang mangsa ISA dan aktivis hak asasi tanpa bantuan ,sokongan dan dokongan padu dari dua wanita hebat GMI, iaitu Nashita(tudung biru muda) dan Kak Jije (tudung cerah) yang sentiasa memahami jatuh bangun, jerih payah kehidupan seorang wanita yang menjadi isteri kepada seorang tahanan ISA. Mereka lah yang selayaknya digelar wanita besi kerana tidak pernah berkarat walau sedetik pun dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang aktivis anti-ISA.

Sejak GMI ditubuhkan 8 tahun yang lalu, aktivis GMI sering bertukar ganti, baik lelaki atau wanita. Selain Ramadhan, Syed Ibrahim dan Zainal , yang paling ketara, wanita adalah tulang belakang utama GMI dibawah nama Pusat Sokongan Keluarga GMI, tidak pernah berkurangan, malahan makin bertambah. Selain Kak Jije, Nashita, saya(mangsa ISA) turut serta ialah Ustazah Nuridah mewakili Muslimat PAS, Fadiah -peguam muda yang berani mewakili Bar Council dan Nalini sebagai sekretariat dari SUARAM.


Keluarga besar GMI , "activists work with passion" selain menyerahkan sepenuh masa untuk menghidupkan kempen anti-ISA, anak-anak turut diheret sama supaya memahami segala kesukaran yang diharungi untuk menyatakan kepada rakyat bahawa akta penahanan tanpa bicara ISA adalah mencabul hak asasi manusia dan wajib di hapuskan segera!!!GMI pastinya akan terus mendidik rakyat supaya memahami ISA dan menolak akta itu serta pemiliknya sekali!!!



The women power....Nashita and Kak Jije, I owe you my highest and biggest respect for your tireless effort, bravery, firm and steadfast in the struggle to freed Malaysians from the ISA!!!





4 ulasan:

Atriza berkata...

Syabas Ukht..

teruskan perjuanganmu dan moga sentiasa tabah dalam segala yang mendatang..

Unknown berkata...

Salam,

moga-moga perjuangan menuntut keadilan dan menghapuskan hukum rimba ini akan berterusan.


www.duniacacamarba.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Yang tinggal hanya melayu aja,jadi it is OK lah!

Kalau Cina atau India baru lah kita kena sibuk.

Segala aktiviti candle light vigil boleh di berhentikan sekarang,

nurimo berkata...

Salam,

Anda dijemput untuk bagi idea/komen dalam blogs.
Idea anda amat kami hargai.

http://kuberharap.blogspot.com/

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]