Suhaib terima panggilan telefon dari abahnya....

| |
"Suhaib, abah ni!!! Dia nak cakap dengan Suhaib" aku segera menghulurkan telefon bimbit kepada Suhaib. Sebaik saja pulang dari sekolah, Suhaib biasanya akan berehat di ruang tengah sambil menonton rancangan sukan.Biasanya dia berada diruang itu tidak terlalu lama, sekitar 15 minit saja. Namun petang tadi rehat Suhaib sedikit terganggu. Secara tiba-tiba, aku mendapat panggilan telefon dari Kem mengatakan ada seseorang ingin bercakap ditelefon.Aku merasa sedikit berdebar.... khuatir ada berita kurang enak bakal diterima...maklumlah, sejak tujuh tahun yang lalu, kami berdua tidak pernah menerima sebarang panggilan telefon dari tempat tahanan ISA itu.Namun rasa gelisah itu hilang kerana rupanya abah Suhaib yang berada di hujung talian. Ku biarkan Suhaib berbual dengan abahnya. Sambil melekapkan telefon bimbit rapat ke telinga, dia kelihatan tersenyum-senyum ketika bercakap,seolah-olah bapanya berada dihadapan nya. Rasa sebak pula menyaksikan episod itu....Apa lah istimewanya bercakap ditelefon? Selama ini, beliau juga mempunyai keinginan mendapat panggilan telefon dari abahnya...lebih-lebih lagi bila melihat rakan-rakan sebaya begitu mesra dengan bapa kandung mereka masing-masing....Terlalu banyak perkara yang beliau ingin lakukan bersama bapanya . Dan segala keinginan itu telah terpendam tujuh tahun lamanya.....

Petang tadi, Suhaib bercakap dengan abahnya selama lebih 10 minit di telefon !!! Sebaik saja panggilan tamat, ku tanya pada Suhaib " suka ke abah telefon tadi?". Suhaib tidak menjawab sebaliknya dengan senyuman yang masih mekar di bibir, segera beredar ke biliknya dan menyembunyikan wajah disebalik bantal busuknya....
(Syukri memegang kamera, Zainul dan Suhaib)
"Suhaib lagi "macho" dari abang ni..." kata Zainul merujuk pada jambang Suhaib yang lebat itu. Beliau bersama Syukri dari TV PAS , kebetulan datang untuk mengadakan sedikit penggambaran dirumah ku. Seperti biasa, Suhaib hanya tersenyum menunjukkan barisan gigi yang putih dan cantik.
Baju biru jalur itu adalah baju abahnya ketika diambil dari rumah 7 tahun yang lalu. Aku perasan, Suhaib akan memakai baju itu, sebaik saja kering dari ampaian dan aku selalunya memastikan baju itu dimasukan kedalam mesin basuh sebaik saja ku lihat ianya bergumpal bersama pakaian kotor yang lain.Begitu juga dengan kain pelikat, kopiah dan seluar. Apa saja pakaian abahnya yang sudah muat dan selesa, beliau akan memakainya setiap hari. Jelasnya, setiap hari Suhaib semakin merindui kepulangan abahnya.........

Biasanya penggambaran tidak sempurna tanpa kehadiran air mata yang biasanya akan keluar dari kelopaknya tanpa diundang. "Saya lakukan semua ini untuk Suhaib!!! Selama ini, saya sentiasa cuba berperanan sebagai ibu dan bapa padanya. Dan perjuangan ini adalah simbol pada peranan bapa yang tidak diperolehi dari bapa kandungnya...."


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sabar kak, hari demi hari ISA dipinggir dan dibenci rakyat. Tak lama lagi ISA akan dimansuhkan sepenuhnya. Teruskan perjuangan!!!

maymot berkata...

huhu kak laila...

tak leh nk sekat airmata menitis bc n3 ni..

:(

Tanpa Nama berkata...

http://zainulfaqar.wordpress.com/2008/06/15/mahasiswa-mobilisasi-masa-itu-apa/

http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/02/22/kudeta-di-perak-tips-untuk-mahasiswa-malaysia/

Basyir K. berkata...

salam ziarah mak cik ... saya senior suhaib masa di hira' dulu, pernah satu dorm dgn die mase die form 1 ... moga suhaib dan keluarga terus tabah menghadapi ujian Allah ini dan diberikan kekuatan sentiasa ...

salam dr bumi mesir ... ;)

kirim salam pada suhaib klu dia masih ingat ...

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]