Bilakah kezaliman ISA akan diangkat dari keluarga kami?

| |
PM Najib Razak dari 1 April 2009 - ???
PM Abdullah Badawi Oktober 2003 - 2009

PM Mahathir tahun bersara pada Oktober 2003.


(Sidang akhbar bersama DMPP di bangunan PAS, Jalan Raja Laut.)
Dalam sidang akhbar itu, saya terpaksa nyatakan kisah benar ini iaitu Mat Sah Bin Mohd Satray ditahan pada 18 April 2002, ketika pemerintahn PM Mahathir. Penahanan itu berterusan hinggalah Abdullah Badawi @Pak Lah menjadi PM.... Ketika Pak lah
memulakan tugas barunya sebagai PM, rakyat Malaysia semuanya berharap beliau akan membebaskan tahanan ISA yang berjumlah lebih 100 orang ketika itu. Namun, Mat Sah @ Abah Suhaib tidak tersenarai dikalangan mereka yang dibebaskan. Kemudian, bila Najib menjadi PM, beliau telah dua kali membebaskan sejumlah tahanan ISA, tetapi amat malang sekali...... Abah Suhaib masih belum layak untuk disenaraikan dikalangan mereka yang sepatutnya bebas!!!!
Jelas terbukti, walaupun Perdana Menteri silih berganti, namun sikap mereka tetap sama ..iaitu kurang rasa perihatin dan perikemanusiaan terhadap nasib rakyat.... padahal ketiga-tiga Perdana Menteri itu dari bangsa Melayu dan berugama Islam. Ketiga-tiga PM itu tetap mempertahankan ISA yang masih menzalimi kami sekeluarga....
Bilakah semua ini akan berakhir ya.......


2 ulasan:

chef khairur berkata...

nak suruh abis bila????

Unknown berkata...

semuanya itu adalah kehendak Tuhan juga. Kita hanya mampu berusha dan berdoa.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]