Hitam 7 Mei- Dilema rakyat Perak berterusan.....

| |
Kenangan ketika berada di persidangan DUN Perak pada bulan November 2008.Tiada siapa menyangka, dua bulan kemudian, kerajaan Pakatan Rakyat telah di "tawan"oleh BN dengan cara yang sungguh "uncivilised".
Sebagai menyahut seruan "one black day", hari ini saya mengenakan seba hitam untuk menghadiri satu mesyuarat di Pejabat Harakah.Ketika memandu di Jalan Tun Razak menuju ke Pejabat Harakah, beberapa kenderaan berwarna hitam membunyikan hon ketika berselisih dengan kereta saya yang kebetulan berwarna hitam....

(Sempat bergambar dengan Intan dan Anis, dua orang wartawan Harakah)
Mesyuarat kami yang sedang diadakan di bilik Ketua Pengarang Harakah, En Lutfi, agak tersekat-sekat dengan kehadiran panggilan telefon tanpa henti dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang sedang berada di Ipoh untuk "update" perkembangan yang berlaku disana.....
Hari ini menyaksikan, wakil rakyat PR Perak bermati-matian cuba mempertahankan keyakinan dan kepercayaan rakyat yang telah diamanahkan kepada mereka selama ini...Dan dimasa yang sama, terserlah, betapa buruknya BN yang mempergunakan segala macam tindakan dari menutup mikrofon , mencatu air hinggalah menyeret YB Siva keluar dari tempat persidanganitu......Sangat2 tidak bertamaddun!!!
Semoga rakyat Perak lebih matang menilai segala yang berlaku ini dan teruskan berdoa agar DUN Perak segera dibubarkan agar rakyat berpeluang membuat pemilihan semula.


3 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Harap2nya Abah Suhaib dan Samsudin termasuk dlm senarai yang baru ini...Amin..

Tahanan ISA: Manoharan, Uthayakumar dibebaskan


PUTRAJAYA: Tiga pemimpin Hindraf - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan, penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar dan Vasantha Kumar - antara 10 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibebaskan dalam masa terdekat.

Pengumuman itu dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang akhbar khas, di sini hari ini.

Kakcik Seroja berkata...

Tak termasuk juga nampaknya... :(

Selain ketiga-tiga mereka, sepuluh lagi yang dibebaskan termasuk tiga warga Malaysia, dua warga Indonesia dan lima warga Filipina. Tiga warganegara itu adalah Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil and Adzmi Pindatun, manakala dua warga Indonesia adalah Zainun Rasyhid dan Aboud Ghafar Shahril. Lima warga Filipina adalah Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih.

Kassim Selamat berkata...

Semoga kerajaan BN yg zalim ini hancur di telan oleh doa2 yg mereka di zalimi.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]