TAHANAN 6 TAHUN ISA:SB sentiasa mengganggu!

| |
Sekiranya di Malaysia ni tiada Special Branch atau pasukan polis berpakaian biasa bergelar SB, mungkin sudah lama ISA dapat di kuburkan. Mengapa ya? Tanpa SB, sudah pasti tahanan ISA dan keluarga akan berani memperjuangkan hak-hak mereka yang sedang dicabuli oleh akta zalim itu.

Namun kehadiran SB (yang gajinya dibayar oleh kerajaan dan rakyat Malaysia) dalam kehidupan mangsa ISA dan keluarga , menyebabkan segala-gala berubah.Jika di Kem, SB akan melawati tahanan setiap hari dan memberi pelbagai ugutan dan janji manis bagi mendapatkan peluang-peluang pembebasan.Manakala tugas SB diluar kem adalah mengekori dan memantau segala kegiatan isteri tahanan ISA. SB ini bebas melibatkan diri dengan keluarga semua tahanan ISA, tidak kira tempat dan masa, samada pagi , petang atau malam.(Kesihan, suami tiada dirumah kerana ditahan di Kem, isteri yang keseorangan didatangi SB!!)

Mereka wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa tetapi tidaklah bertanduk sebagaimana rupa iblis atau syaitan yang di bayangkan dalam lukisan.Apa yang dimaksudkan ialah, SB wujud dalam watak baik, lembut, manis, beriman, garang, romantik, jujur dan macam-macam lagi. SB memantau kegiatan isteri tahanan ISA supaya isteri tidak berhubungan atau bergaul dengan aktivis anti-ISA, peguam, wartawan dan orang-orang politik dari Pakatan Rakyat. Sekiranya isteri engkar dengan peraturan ini, maka peluang suami mereka dibebaskan akan terganggu.Ugutan ini berjalan sepanjang masa.
Contohnya, seorang isteri tahanan ISA yang suaminya baru setahun ditahan, mendedahkan sebaik saja suami beliau ditahan, isteri dimestikan mengikuti satu kursus induksi khas selama beberapa hari. Dalam kursus itu, isteri diingatkan, sekiranya mereka mahu suami dibebaskan segera, mereka mesti menjauhi aktivis GMI!!!

Saya seorang isteri tahanan dan juga aktivis anti-ISA. SB sering menemui suami saya meminta serta merayu supaya suami saya jangan mengizinkan saya meneruskan kerja-kerja kempen tersebut.Sewaktu lawatan keluarga,saya dan suami terpaksa bertemu menggunakan interkom.Seringkali, pertemuan selama 45 minit itu diganggu oleh warden yang secara bebas boleh memutuskan talian interkom!!!

Pergerakan saya juga di pantau SB . Mereka mengganggu telefon bimbit saya tanpa mengira masa.Pada tahun 2004, SB memecahkan pintu kereta dan pada tahun 2005 , SB telah memecah tingkap rumah dan mencuri handbag saya. Ketika saya membeli-belah, mereka ambil gambar dan semua gambar itu dihantar pada suami di Kem Kamunting .(Gambar tersebut dijadikan bukti saya berpoya-poya ketika suami ditahan di Kem.)

Dari 8 tahanan ISA yang telah ditahan lebih 6 tahun, saya adalah satu-satunya isteri tahanan ISA yang bergerak aktif dan konsisten bersama kempen anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) seperti menghadiri sidang akhbar, menulis rencana dan berceramah.Saya juga rapat dengan peguam dan dikenali ramai ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat .Semua itu dilakukan hanya untuk mendedahkan penganiayaan ISA pada keluarga kami.

Disebabkan melanggar peraturan dan ugutan SB,kemungkinan itu dijadikan alasan , suami saya tidak dibebaskan .Saya berpendapat,mungkin juga penahanan suami dilanjutkan sebagai satu dendaan kepada saya yang yang dianggap “bad girl”. Dan dendaan itu wajar menjadi contoh pada tahanan ISA yang lain . Ya,. memang logik dan boleh diterima akal alasan itu.

Tapi, bagaimana dengan nasib 7 tahanan lain? Isteri mereka tidak pernah bertemu wartawan, jauh sekali berita mereka mengisi mana-mana kolum di akhbar alternative dan tidak memberi ceramah.Mereka juga tidak pernah bertemu peguam dan tidak pernah bertemu mana-mana ahli politik Pakatan Rakyat..Saya tahu, isteri-isteri ini sentiasa bekerjasama dengan SB dan mereka masing-masing menyimpan nombor hp ketua SB yang bernama “Ayub” itu.

Bertahun-tahun tahanan dan keluarga memberi kerjasama dan berbuat baik pun ,belum tentu menjamin ada peluang untuk dibebaskan.Apa lagi yang harus dilakukan oleh tahanan ISA dan keluarga supaya mereka berpeluang untuk menghirup udara kebebasan?

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]