Mangsa ISA di Thailand?

| |
Menjejaki bumi Thailand, tidak langsung termasuk dalam senarai aturcara kami. Namun tanpa disangka, rupanya isteri tahanan ISA di Kedah ini telah berpakat untuk membawa saya , Suhaib dan Amjad ke sempadan Siam melalui pusat imigresen Bukit Kayu Hitam. Mereka sengaja membawa kami ke daerah itu untuk melihat sedikit kelainan dari suasana di Kuala Lumpur.

"Disini tak ada SB, kita boleh cakap tentang ISA dengan bebas" kata Puan I sambil tersenyum. Beliau meluahkan perasaan yang dialaminya sejak suami ditahan dibawah ISA. Beliau amat tertekan, terutamanya dengan pelbagai pesanan suami yang amat takut jika beliau berhubungan dengan orang GMI.

GMI adalah 3 huruf yang amat dibenci oleh SB. Jadi sesiapa saja yang bergiat dengan GMI, nama akan di senarai hitamkan. Puan I dan Puan N mengakui, SB sentiasa melarang mereka menemui saya yang dikatakan sering menyusahkan mereka.

Pelik!! Saya rasa SB menyusahkan saya, tetapi SB kata, saya yang menyusahkan mereka... mana satu yang betul ni?

Walau apa pun, peluang merentasi sempadan Siam itu memberi pengalaman yang amat berharga buat Suhaib. Setelah kami tiba semula di Alor Star, saya bertanya , di Thailand tiada SB ke? Serentak semuanya menjawab," TAK!!! Sebab disana tak ada ISA!!!"

Note: Suhaib dibelakang penjual makanan bernama "Pulut Ayam"


0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]