SUHAIB PMR HARI INI....

| |
Malam tadi Suhaib tidur cepat. Sewaktu mengemaskan meja studinya, saya terpandang dompet beliau.Saya tak perasan, ada dua keping gambar yang diambil pada akhir 2001, diletakkan di dompet itu sebelah menyebelah.Gambar yang agak lusuh ini di gam supaya tidak dapat dikeluarkan dari dompet itu.


Sewaktu bapanya ditahan dibawah ISA pada 2002, Suhaib dalam darjah 3. Kini, Suhaib dalam Tingkatan 3 dan sedang menduduki PMR. Saya tidak meletakkan sasaran "straight A" padanya, namun selama 6 tahun ini, saya sentiasa berdoa semoga beliau membesar dengan "emotional quotion' yang normal.Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan perkembangan dirinya dan bersyukur guru-guru dan kawan-kawan sekelas amat memahami situasi dirinya.

Saya tidak ada pengalaman membesar tanpa bapa selama 6 tahun lebih sebagaimana yang sedang dialami Suhaib. Dalam kes ini, bapa Suhaib masih hidup, tapi sejak berusia 9 tahun hingga masuk alam remaja, beliau tidak mendapat didikan,belaian kasih-sayang dan bimbingan yang sewajarnya dari seorang ayah.Perpisahan ini memang menyakitkan.

Kesihan Suhaib....Jika bapanya sudah meninggal dunia, mungkin lain ceritanya.Realitinya, bapa beliau masih hidup , tetapi dalam keadaan yang tidak normal. Setiap bulan berkunjung ke Kem Kamunting, berhadapan dengan birokrasi Kem Tahanan, bercakap melalui interkom yang dipisahkan cermin lutsinar, semua ini memberi "mental torture" yang berlarutan pada jiwa muda itu.

Sebelum subuh tadi ,beliau bangun seperti biasa menunaikan solat tahajjud dan memohon dipermudahkan dalam urusannya hari ini.Hanya doa kiriman abahnya saja menjadi teman sebagai persediaan untuk memasuki dewan peperiksaan hari ini.

Suhaib adalah satu contoh mangsa keganasan manusia lain dizaman moden ini.Masih ada ramai lagi anak-anak dan remaja yang nasib mereka sama dengan Suhaib.Mereka menjadi mangsa kepada satu akta ciptaan manusia yang kesannya sangat zalim dan tiada perikemanusiaan langsung.Ada anak tahanan ISA, walaupun bapa mereka telah dibebaskan dan anak-anak itu telah memasuki pengajian tinggi, namun kesan "mental torture" itu masih teguh berakar umbi dalam diri mereka...

Hari ini, Suhaib sedang di belenggu oleh akta ISA ini , esok lusa belum tentu siapa pula yang akan di jadikan mangsanya...

Adakah kita masih redha dengan pemimpin yang masih berpegang pada kejahatan ini???

6 ulasan:

Sue.Aleen berkata...

kak,
semoga suhaib berjaya di dalam PMR. sesungguhnya dunia ini adalah neraka bagi orang Mukmin. moga kalian terus tabah.

kalau saya di tempat suhaib sebagai seorang anak muda, entah la macamana. inilah antara masa² kritikal seorang manusia, peralihan antara zaman kanak² ke zaman belia.

fatah85 berkata...

salam..saya baca2 blog dan tetiba trus terlompat ke blog nih.
saya doakan suhaib berjaya dalam pmr nya..kesian sangat kat dia..
semua angkara isa.
takgune.
jahat.
kotor.

Suhaimi Said berkata...

Kena bersabarlah. Semasa saya ditahan dibawah ISA dulu, tak ada siapa pun kisah. Hanya keluarga ajelah.

Lepas tu kena sekali lagi semasa Operasi Lalang.

Memang betullah. Masa kita berjuang tu, ramai angkat kita sebagai hero. Tapi bila kena, hanya keluarga yang ambil tahu.

Sekarang dah lain; ada macam-macam NGO ambil tahu.

Ada macam-macam bantuan.

Tapi, tak usah seriklah. Kalau kita orang berjuang, sebelah kaki diluar sebelah kaki lagi dalam penjara.

Tiada siapa paksa kita berjuang. Kita berjuang kerana kesedaran.

Dan apabila ditahan dibawah ISA menandakan Negara ini memang zalimlah! Dan kita? Kena redholah.

Saya bersimpati dengan semua keluarga tahanan ISA; saya sudah tahu daripada keluarga saya sendiri dulu. Amat sukar, anak nak bersekolah, tak ada duit. Makan minum, saudara-mara terdekat kadang-kadang menolong. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kepada yang mampu, tolonglah keluarga tahanan ISA.

Unknown berkata...

puan,
saya doakan kejayaan anak puan. suka atau tidak, dia seorang yang istimewa kerana mempunyai semangat kekar menghadapi ujian ini. insya-Allah doa org teraniaya sangat mustajab.

Unknown berkata...

sy doakan kejayaan ank akak...amiin

Merah Hitam berkata...

Suealeen,Abdulfatah,Suhaimi, kota-kata dan Diba,

Terimakasih dengan ucapan dan doa tersebut.Semua itu telah disampaikan pada Suhaib dan dia senyum mendengar saya membacakan satu persatu padanya.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]