ISA MALAFIDE 2 : Habeas Corpus Nasarudin Nasir.

| |
Kemenangan dan kejayaan REFORMASI memenangi kes Habeas Corpus (HC) di mahkamah bukan saja memberi inspirasi pada tahanan ISA yang sedia ada ketika itu seperti "Al Maunah", "KMM" dan "JI" tetapi turut menyaksikan keazaman yang begitu tinggi dari bekas tahanan serta peguam untuk membantu kempen anti ISA untuk kesemua mereka yang sedang ditahan di Kem Kamunting ketika itu, sekitar Jun 2003.

Pembebasan tanpa syarat kesemua 6 REFORMASI sebaik saja cukup 2 tahun di tahan, juga menjadi satu titik tolak penting dalam sejarah perjuangan menentang ISA dimana kezaliman ISA mesti didedahkan dengan apa cara sekalipun dan rakyat wajib di didik supaya menolak akta zalim ini. Contohnya, peguam Latheefa Koya,bekas tahanan ISA Saari Sungib dan isterinya Pn Aliza Jaafar, para aktivis seperti En Zaid Kamarudin -Presiden JIM, telah membuktikan bahawa mereka tetap konsisten dengan prinsip keadilan sejagat supaya semua tahanan ISA mestilah dibuktikan kesalahan mereka di mahkamah atau dibebaskan saja dengan segera.


Tahanan ISA "JI" juga mengambil HC. Peguam tahanan, Edmund Bon (di sebelah Syed Ibrahim) telah mengambil kes HC Nasarudin Nasir, tahanan ISA yang dilabelkan sebagai ahli Jemaah Islamiyyah (JI) yang ditahan pada 17 April 2002. Kes HC Nasarudin telah didengar oleh Hakim Suriadi Abd Halim di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Nasarudin Nasir telah memenangi kes HC itu pada awal tahun 2003. Hakim telah mengarahkan beliau supaya dibebaskan dari Kem Kamunting.
Faks dari mahkamah telah disampaikan pada pengurusan Kemta dan Nasarudin telah dibebaskan serta merta, tetapi lebih kurang 10 minit beliau dibawa keluar oleh sebuah kenderaan dari Kem, polis telah membuat sekatan jalanraya dan mengarahkan kenderaan Nasarudin dihentikan. Sebaik saja pintu kenderaan dibuka, Nasarudin telah ditunjukkan waran tangkap dan dibawa ke Balai Polis Taiping. Di Balai Polis itu, polis telah memberi arahan baru kepada Nasarudin bahawa beliau ditahan semula dibawah seksyen 8-akta ISA dan segera dihantar semula ke Kem. Walaupun Nasarudin telah menjalani perintah tahanan seksyen 8 hampir setahun, namun sebaik saja ditahan semula, beliau telah diberikan perintah tahanan 2 tahun yang baru bermula dari hari itu- hari dimana Hakim Suriadi menjatuhkan hukuman bahawa penahanan Nasarudin Nasir dibawah ISA tidak sah dan beliau mesti dibebaskan!!!
Kerajaan BN menjadikan ISA begitu ampuh dan tidak boleh dicabar di Mahkamah!
Note: Nasarudin Nasir telah dibebaskan dari ISA pada bulan Julai tahun 2006, kerana masaalah kesihatan yang serius.Beliau hampir lumpuh, justeru Menteri Dalam Negeri yang mendapat laporan SB tiada pilihan lain, terpaksa membebaskan beliau.Manakala Hakim Suriadi telah ditukar ke negeri lain.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]