KU SEDUT SEMANGAT PERJUANGAN RAKYAT PALESTINE.Malaysiakini.

| | 0 ulasan

"Serangan dirancang sejak 6 bulan lalu..."begitulah sms yang saya terima dari seorang teman yang berada di Syria. Sms yang diterima seawal jam 3 pagi itu tidak ku balas. Aku tidak dapat melelapkan mata selepas itu.Terbayang kesusahan wanita dan anak-anak kecil yang hanya mengharap ihsan Illahi untuk memanjangkan nyawa mereka dan terus terselamat dari serangan ganas rejim Israel yang tiada perikemanusiaan itu.......Aku bandingkan dengan diriku sendiri. Ah...seperti langit dengan bumi.....Perjuanganku terlalu kecil jika dibandingkan dengan apa yang mereka lakukan sejak 50 tahun yang lalu....Di Malaysia ini, paling teruk pun disembur air asid, muka merah dan sukar bernafas. Bila dapat air mineral, dibersihkan, kemudian semuanya jadi sediakala. Mugkin yang agak kasar ialah tahanan bertahun-tahun tanpa bicara di Kem kamunting... itu pastinya zalim dilakukan oleh manusia pada manusia lain....tetapi belum lagi setaraf dengan kekejaman Israel pada rakyat Palestine yang terpaksa bersabung nyawa untuk mempertahankan hak dan kedaulatan mereka....

Perjuangan menentang ISA masih boleh dilakukan di bilik berhawa dingin, di dewan-dewan yang ada banyak kipas dan kini, Allah lebih permudahkan, maklumat boleh disampaikan dengan internet.
Namun, apakah peluang-peluang yang ada ataupun tinggal untuk pejuang di Palestine?
Kita mungkin boleh hantar bantuan wang, namun ,adakah bantuan itu dapat meredakan kesukaran hidup yang mereka terpaksa alami.Adakah bantuan itu dapat membantu perjuangan mereka????
Apakah yang terbaik dilakukan untuk mereka? Cukupkah dengan mengecam siganas Israel itu saja???
Ah!!! Jauh sekali, beza sekali nak dibandingkan perjuangan mangsa ISA dengan perjuangan mangsa Israel di Palestine, yangmana nyawa jadi pertaruhannya.....Mungkin aku hanya mampu berdoa moga Allah hantar bantuan yang tidak dapat dilihat oleh manusia kepada para pejuang disana....
Nota: Gambar atas demo protest ISA dan bawah suasana persidangan PKR dimana ISA turut disebut-sebut akan terus di pejuangkan supaya akta zalim ini akan dihapuskan dari bumi Malaysia ini.

Read More !

HIMPUNAN MANSUHKAN ISA,TELAH DILANCARKAN!!!Malaysiakini.

| | 1 ulasan

Alhamdulillah, Stadium Sukan Bandar Baru Bangi telah menyaksikan, rakyat berbilang kaum datang untuk mendengar sendiri ucapan pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP,PSM,PKR dan PAS.Semua yang berucap di majlis tersebut memang "power' belaka, kecuali saya...wakil keluarga ISA. Stadium penuh dan isinya melimpah keluar....
Kumpulan PEWARIS pun datang, ambil peluang untuk menyampaikan memo tentang isu BABI kepada Dato'Seri Hj Hadi, Presiden PAS!(Bila PEWARIS datang untuk beri memo, Ustaz Hadi menyambut memo itu dan terus membacanya.saya ,melihat sendiri kerana saya duduk di belakang beliau.Saya ingat lagi pada tahun 2006, ketika saya serah surat pada Presiden UMNO@PM, iaitu Pak Lah, beliau (Pak Lah cuma pegang saja surat tu, tanpa tengok isinya)...


Nampaknya, semua yang hadir ke majlis pelancaran itu begitu bersopan,tanpa mengira batasan kaum...semua duduk bersilah diatas lantai stadium.....ini adalah pemandangan yang jarang-jrang dapat di saksikan. Tetapi... inilah realitinya situasi semasa kempen anti-ISA. Alhamdulillah, sokongan dan keberanian rakyat untuk sama-sama memansuhkan akta zalim itu terus bertambah!!
YB Salahudin berjanji, Pemuda akan menjadi pelopor pada ceramah-ceramah MANSUH yang akan mengadakan roadshow di semua negeri, bermula dari sekarang hinggalah menjelang Mac tahun 2009.
Nota: Yb Teo (MP Serdang dari DAP),YB Dr Nasir (Presiden PSM), Ust Hadi(Pres PAS), Hj Mohd Sabu antara tetamu kehormat yang menyerikan majlis pelancaran itu.

Read More !

TAMU ISNIN:MENTOR SAYA IALAH YB SAARI SUNGIB.Malaysiakini

| | 1 ulasan


Dalam kehangatan akta ini disebut-sebut, ada pihak yang beranggapan kerja-kerja menentang ISA ini, sama ada dari GMI atau isteri tahanan atau pemimpin parti politik adalah seperti 'anjing menyalak bukit'. Bagaimana anda melihat persepsi tersebut?

Tidak semua orang suka membuat benda-benda seperti ini. Siapa yang mahu buat kerja yang tidak pasti ada hasilnya...... Kerja-kerja GMI ni sudahlah tidak memberi hasil, turut membahayakan kehidupan pula....Anda besar kemungkinan tidak dinaikkan pangkat, di pindahkan kedaerah lain , hilang pekerjaan dan mungkin juga ditahan dibawah ISA.Kerja ni tidak popular langsung.. Ramai yang tidak suka buat kerja ini kerana ”takut’ iaitu sejenis perasaan yang telah lama ditanamkan oleh Pemimpin UMNO-BN kepada semua rakyat Malaysia. Hanya keyakinan tinggi terhadap Allah Taala yang akan mengatasi segala rasa takut ini. Semua yang berlaku ini dengan keizinan Allah. Setahu saya, orang Islam bukan dihantar ke dunia secara percuma, tetapi ada tugas yang Allah berikan pada mereka. Saya terfikir, mungkin..... ini adalah sebahagian tugas yang saya perlu lakukan untuk mengembalikan kemakmuran dan keamanan kepada rakyat di bumi Malaysia yang saya diami ini.

Kerja-kerja ini memerlukan ketahanan, ilmiah dan 'team' yang menyokong kuat. Mentor saya ialah, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib kerana pengalaman beliau sebagai bekas tahanan ISA, seorang yang sentiasa aktif memberi nasihat dan pendapat cara-cara menentang akta ISA yang sering dilakukan dalam bentuk ceramah .Beliau dan isterinya sentiasa bersikap positif "that I'm on the right track" dan memperingatkan tentang tipu daya SB yang sering mengganggu saya. Segala usaha ini walaupun kecil, tetap saya yakini akhirnya mendapat sokongan dari semua pihak....."though it took years to come true"....

Harakah memang banyak membantu membuat liputan mengenai ISA, khususnya ketika saya mula aktif dengan GMI pada 2004. Banyak aktiviti, liputan media yang memberi makna yang sangat tinggi kepada perjuangan ini.

Saya makin dikenali ramai selepas penahanan RPK( kerana suami ditahan dah 7 tahun!!!) Ramai juga yang pelik dan bertanya, bagaimana saya boleh bertahan selama itu dan terus berjuang.Macam-macam yang mereka cadangkan supaya saya lakukan supaya sauami cepat bebas seperti RPK.Saya kata, saya dah lakukan jauh lebih banyak dari itu. Its all recorded in GMI statements!!!
Nota: Saya bersama Syed Ibrahim(kiri sekali) Pengerusi GMI yang jugaTim. Presiden Jamaah Islah Malaysia(JIM), YB Saari, isteri beliau Pn Aliza juga seorang aktivis GMI.

Read More !

PELANCARAN MANSUH,ISNIN 29 DISEMBER, STADIUM BANDAR BARU BANGI.Malaysiakini.

| | 2 ulasan


Gabungan Pakatan Rakyat dan GMI akan mengadakan majlis pelancaran MANSUH, satu himpunan besar-besaran ala BERSIH akan diadakan pada bulan Mac tahun 2009.
Maklumat lengkap ialah seperti berikut:
TEMPAT:STADIUM BANDAR BARU BANGI.
TARIKH: 29 DISEMBER, ISNIN.
MASA: JAM 9.00 - 11.00 malam.

Read More !

TAMU ISNIN:BLOGGERS JUGA ANTI-ISA!!!Malaysiakini

| | 3 ulasan


Mungkinkah dengan kempen-kempen GMI membantu membawa kepada perubahan rakyat untuk menentang ISA ini?

Tidak boleh kata begitu. Saya tidak boleh 'claim' itu hasil kerja GMI semata-mata. Kita mesti ingat pada 1998 Gerak (Gabungan NGO dan Parti Politik) diasaskan almarhum Dato' Fadzil Nor.Dan dari Gerak kemudiannya GMI pula ditubuhkan pada bulan April 2001, untuk meneruskan kempen anti-ISA ketika itu. Ketika itu ramai pemimpin PAS- tidak begitu vokal seperti almarhum. Ramai yang mengganggap, penahanan itu sebagai satu ujian bagi memantapkan keimanan dan bagi sesiapa yang bersabar menghadapinya akan menerima darjat yang mulia. Tapi bagi saya jika kita lawan balik itu adalah lebih baik.

Kini, keadaan sudah berubah. Kesedaran rakyat sudah mula meningkat. Batas pengetahuan dan capaian maklumat mereka juga lebih meluas. Mereka sudah bijak menilai berita-berita di surat khabar, laman web dan blog. Semua itu membantu dalam meningkatkan kesedaran mereka tentang ISA.
Nota:Saya bersama peserta ISA VIGIL di PJ.Most of them are bloggers.

Read More !

"TAMU ISNIN" BERSAMA HARAKAH.Malaysiakini.

| | 0 ulasan




Jika dahulu isu ISA bagaikan terpendam di pemikiran masyarakat. Namun kini,pandangan terhadap akta itu sering menghiasi dada akhbar, sama ada pro mahupun kontra . Semua pihak berbicara mengenainya. Harakah, melalui wartawan Anis Nazri cuba menyingkap suasana perubahan itu bersama wanita waja, Norlaila Othman, yang juga isteri tahanan ISA.


Harakah: Dulunya, ISA bagaikan tidak diendahkan. Sama ada dari pihak parti politik, NGO mahupun rakyat biasa. Jika adapun, suara-suara itu terlalu perlahan dan tidak didengari. Namun kini, pelbagai pihak berbicara mengenainya biarpun isinya ada yang pro dan kontra. Apa agaknya yang mendorong perubahan tersebut?



Norlaila: Sebenarnya banyak faktor ISA dikenali muktahir ini. Penahanan Hindraf sangat meluas liputannya, selain penahanan beberapa tokoh tertentu di bawah akta tersebut. Kempen berterusan dari GMI dan liputan dari Harakah serta akhbar-akhbar lain juga banyak membantu dalam mendidik kesedaran rakyat.



Selain itu juga, sebelum pilihan raya umum ke 12 lalu, rakyat sudah menyampah dengan BN hingga menyebabkan lima negeri kini berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Apabila Pakatan Rakyat sudah menang, rakyat yang dahulunya 'silent protest' semakin berani bangkit menyatakan bantahan atas penindasan Umno, termasuk ISA. Lebih-lebih lagi, bila ISA ini sering disebut-sebut hingga menyebabkan mereka tertanya-tanya mengapa akta ini begitu 'top' sekali.

Sebagai orang Islam, saya sentiasa berpegang pada kefahaman kita mesti melakukan 'amar makruf nahi mungkar' kerana ianya dituntu oleh agama.Khususnya pada perkara amar makruf(kebaikan) , orang Melayu biasanya akan berlumba-lumba melakukannya kerana mahu mengaut pahala seberapa banyak yang boleh.Tetapi, tidak ramai yang berani hendak melakukan 'nahi mungkar'( membuang kejahatan) , kerana takut pada ISA. Jadi, GMI diwujudkan sebagai satu ruang dan tempat untuk rakyat mendedahkan kezaliman lapuk warisan BN ini secara kolektif. Dan dengan pertolongan Allah juga, Abdullah Badawi menyerahkan jawatan menteri Dalam Negeri kepada Syed Hamid Albar-yang tidak tahu menahu tentang ISA. Dia (S.Hamid) ingat rakyat tidak faham akta ISA, ditahannya Raja Petra dan Teresa. Kesannya , rakyat bangkit dan mempersoalkan penahanan mereka Bermula dari situlah, ramai yang mula berani bersuara mengenai akta ini, hatta komponen BN sendiri seperti MCA dan Gerakan pun sudah berani bercakap tentang ”repel and amend” ISA.
Note: Saya berdiri di sebelah gambar layanan SB pada tahanan ISA ketika mereka dalam seksyen 73, 60 hari dalam tahanan polis di Police Remand center, K.L. Sketches itu di lukis oleh Suhaimi Mokhtar, seorang tahanan ISA yang telah ditahan sejak 29 Disember 2001.Suhaimi masih terus ditahan kerana melukis gambar-gambar tersebut.....

Read More !

SEMUA SUKA PADA KEBAIKAN KECUALI...... - Malaysiakini

| | 0 ulasan

Saya membawa Suhaib , Ammar dan Asiah berjalan-jalan disekitar pekan P.D.Cantek juga tempat ni. Semua pemandangan disini memberi ketenangan pada fikiran. Seronoknya dapat menikmati keindahan ketika mentari terbenam..... menambahkan lagi keyakinan kami bahawa alam yang sungguh indah ini, adalah ciptaan Illahi yang amat berharga buat kita semua, makhluknya yang masih diberi nyawa dan meneruskan kehidupan....

Bandingkan kejadian semulajadi ciptaan Illahi dengan keindahan ciptaan manusia? Kami gabungkan kedua-dua keindahan tersebut menjadikannya begitu unik dan menarik kerana ciptaan manusia adalah sesuatu yang diilhamkan oleh Allah SWT kepada manusia yang kemudian menterjemahkannya kepada pemandangan yang sedia ada, sepertimana bangunan tinggi di bawah ini.

Adalah menjadi fitrah kehidupan,setiap manusia memang sukakan sesuatu yang cantik, menarik , memberi kedamaian dan ketenteraman pada jiwa. Secara fitrahnya, lelaki suka pada wanita cantik, jiwa akan tenang dengan peribadi dan personaliti yang sopan dan penuh tata tertib. Begitu juga sebaliknya.
Namun, sukar untuk mempercayai, kenapa ada orang yang suka menukar fitrah kehidupan pada kejahatan. Ada orang suka menyiksa dan menganiaya sesama manusia. Mereka suka menggunakan kata-kata lucah dengan tingkah laku yang kasar dan ganas. Mereka rasa gembira memisah dan memecah belahkan rumahtangga manusia lain. Mereka suka dan bekerja keras menabur fitnah kepada manusia lain.Mereka ini seperti Abu Lahab dalam sirah Rasul, orang yang menyebut nama Allah,tetapi dimasa yang sama, amat memusuhi agama Tauhid itu.........
Mereka yang hidup menentang fitrah kebaikan inilah pendukung-pendukung ISA yang terdiri dari Menteri Dalam Negeri dan seluruh SB2 nya.....semuanya dibongkar dalam Teater Bilik Sulit yang baru tamat dipentaskan di Bar Council semalam. InsayAllah, selepas ini,Teater akan berpindah ke Penang pula.....
Kami ....masih lagi menjadi mangsa kejahatan semua pendukun ISA itu......Doa kami, semoga Allah mengembalikan segala kesengsaraan kami, terhadap mereka dan keluarga pula. Hanya masa yang menentukannya....


Read More !

SUHAIB BERCUTI DITEPI LAUT.

| | 1 ulasan


Alhamdulillah, saya sempat membawa Suhaib bercuti di P.D. Kegembiraan terpancar di wajahnya,terutama dengan adanya Asiah dan Ammar yang sentiasa sudi menemani Suhaib yang ditakdirkan lahir sebagai anak tunggal....
Mereka mandi kolam dan bermain kayak hingga jam satu pagi. Arwah bapa saya dulu pernah berpesan supaya tidak bermain air hingga lewat malam, di khuatiri ada gangguan dari makhluk halus .Namun, kanak-kanak zaman ini telah diajar dengan pelbagai doa-doa harian yang menjadi amalan mereka. Jadi tidak khuatir gangguan syaitan atau jin yang juga menjadi sebahagian dari penghuni alam ini.
"Kalau ada syaitan atau jin, kita baca doa dan ayat quran, semua mereka akan lari" kata Asiah yang petah itu. " Tapi , syaitan SB (Special Branch), bila kita baca ayat Quran mereka ni tak akan lari kerana ini syaitan yang duduk dalam badan manusia yang hatinya sangat jahat" tambah Ammar, yang sering pergi ke program GMI.

Hai... kanak-kanak generasi sekarang sanggup dan pandai berhujjah kerana nak main labih lama.

Read More !

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.Malaysiakini.

| | 0 ulasan

"Perkataan lucah" adalah dialog utama yang diucapkan oleh pegawai penyiasat "Interrogation Officer" (IO)didikan Kementerian Dalam Negeri kepada pegawai polis berpakaian biasa yang biasa kita kenali sebagai Special Branch (SB).

Manakala perbuatan seperti sepak terajang, adalah sesuatu yang ajib dilakukan oleh SB@IO ini demi memaksa mangsa ISA memberi maklumat palsu untuk digunakan semula keatas mangsa supaya mereka boleh di sahkan (justify) untuk ditahan lebih lama lagi di Kem Kamunting.

Tahanan di bogelkan pula adalah satu kemestian bagi mereka yang ditahan di bawah ISA, terutamanya mereka yang di labelkan dengan nama-nama Islam seperti Jemaah Islamiyyh dan Darul Islam.

Semua ini boleh ditotnton secara "live" di BAR COUNCIL , selama 4 malam berturut-turut dari 20 Disember hingga 23 Disember. Jangan lepaskan peluang ini!!! Segala peristiwa yang "dilakonkan semula' adalah dari pengalaman yang real dan benar..

Nota:Keluarga bekas tahanan ISA turut hadir menonton kejadian benar yang pernah dilakukan oleh SB keatas ahli keluarga mereka.

Read More !

WELCOME TO 'BILIK SULIT' OF HISHAMUDIN RAIS TONITE.Malaysiakini

| | 0 ulasan


"Its the most exclusive teater of the year" whispered Hisham Rais, an ex of Kem Kamunting ISA detainee.
"Only those detained, ever experienced the dark side of life ,while you are in the hands of plaincloth police" he added.
What is "Bilik Sulit" all about? Lets not miss it. You have to watched it yourself.Tonite is the grand opening, then followed by 21,22 and 23 December, 8 - 11pm.
GMI and Bar Council , produced this teater as part of the continuous effort to abolish ISA, to disclose the hipocrisy of the current BN rulers and the police.And not forgotten, the donations will go to the current ISA families.
Note:GMI committee members, Lawyer Amer Hamzah and Fadiah with the actors of "Bilik Sulit".

Read More !

RM40K DARI HARAKAH UNTUK ANAK-ANAK MANGSA ISA.Malaysiakini.

| | 0 ulasan

Pada 17 Disember baru ini, Pengarang Harakah, En Lutfi Othman telah menyampaikan sumbangan bernilai RM40k pada keluarga tahanan ISA.Walaupun kebelakangan ini ramai tahanan ISA telah dibebaskan, namun ramai lagi yang tetap menunggu kepulangan suami/bapa mereka yang masih ditahan di Kem Kamunting.(Ada 46 tahanan ISA disimpan di Kem Kamunting)

Sumbangan hasil dari derma pembaca Harakah itu diserahkan Lutfi kepada wakil isteri tahanan ISA, Norlaila Othman dan Bendahari GMI, Nashita Mohd Noor, di Pejabat Editorial Harakah,baru-baru ini.
Menurut Lutfi, sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu keluarga tahanan ISA, khususnya menjelang musim persekolahan dibuka, yang dilihat akan memerlukan kewangan yang banyak.
"Saya menyerahkan kepada GMI untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga tahanan, khususnya menjelang buka sekolah ini. Sudah tentu, keluarga tahanan ini memerlukan sejumlah wang bagi melunaskan yuran sekolah serta keperluan-keperluan lain seperti baju, buku dan sebagainya," kata beliau. Tambah beliau, menyedari tentang kesukaran keluarga berkorban masa dan tenaga untuk mencari nafkah setelah kehilangan tempat bergantung, Harakah sentiasa komited dalam menyantuni segala kesusahan dan keperitan mereka.(dipetik dari Harakahdaily)
Sumbangan ini amat menggembirakan dan besar maknanya . Hilang pening kepala memikirkan pelbagai sms yang singgah di hp saya .Berikut adalah antara sms tersebut. Dari Puan Iza yang tinggal di Kedah " yuran sekolah, buku, baju semuanya berjumlah RM350.00, tension saya kak"
kata sms beliau yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 9 tahun.
Itu dari seorang ibu yang mempunyai cuma seorang anak. Bagaimana dengan isteri tahanan lain yang mempunyai 3 atau 4 anak yang serentak masuk ke sekolah?
Nota: En Lutfi menyerahkan duit raya pada anak tahann ISA di Sabah, Ramadhan 2008.

Read More !

Apa beza BANDUAN dan TAHANAN ISA?Malaysiakini.

| | 1 ulasan

ISA, asalnya ialah satu akta yang diperkenalkan oleh British pada 1948 dengan tujuan mengawal suasana "darurat" ketika itu.Undang-undang itu ditamatkan pada 31 July 1960 tetapi ianya segera di ambil oleh pemimpin United Malay Nation Organization pada 1 Ogos 1960 dan di bat pelbagai pindaan hinggalah didalamnya ada Seksyen 73 (60 hari dalam tahanan polis),Seksyen 8 (2 tahun di Kem Kamunting dan sambungan dua tahun berikutnya TANPA HAD (no limit) oleh Menteri Dalam Negeri terhadap tahanan yang dijadikan mangsanya.


TAHANAN ISA.

Tahanan ISA tidak di caj dan tidak dibawa ke mahkamah.Penahanan terhadap tahanan ISA tiada tarikh akhir (no definite date) yang oleh diketahui oleh mangsa, bilakah dia akan dibebaskan. Buktinya tahanan ISA sebelum ini Syed Hussin Ali, ditahan sehingga 6 tahun tanpa sebarang perbicaraan.Beliau ditahan dari 1974 hingga 1980, (rujuk buku DUA WAJAH tulisan beliau).Mangsa terkini, Dr Abdullah Daud ditahan dari Disember 2001 hingga tahun ini- 2008, masih di simpan di Kem Kamunting tanpa sebarang perbicaraan.

BANDUAN.

Sesiapa saja yang telah melakukan kesalahan samada mencuri,pecah amanah atau membunuh, semua itu di caj dan di hadapkan ke mahkamah. Tahanan dibenarkan mendapatkan khidmat peguam.Sementara menunggu proses perbicaraan, peguam tertuduh boleh merayu kepada Hakim untuk di jamin samada dengan wang ringgit atau bon.

Setelah tamat perbicaraan, dengan hujjah peguam,pendakwaraya di sokong oleh bukti dan saksi-saksi , Hakim yang mendengar perbicaraan itu akan menentukan adakah tuduhan itu benar atau tidak. HAKIM akan menurunkan penghakiman dan hukuman kepada orang yang dituduh.Hukuman yang di berikan oleh Hakim akan di ikuti dengan tarikh akhir dan setelah ditolak dengan hari cuti dan sebagainya, satu tarikh tetap akan diperolehi oleh orang yang telah didapati bersalah.

Tahanan yang telah dibicarakan ,telah dijatuhkan hukuman oleh hakim, boleh merayu dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan. Jika rayuan di tolak, kemudian barulah orang yang telah dibuktikan bersalah itu di hantar ke mana-mana Penjara yang ada di Malaysia mengikut lokasi yang ditetapkan. Tahanan yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman oleh hakim kini bergelar BANDUAN. Contohnya, sekiranya Hakim menentukan banduan itu di penjara 3 tahun, dia akan diberi tarikh terakhir di penghujung tahun ke 3 kehidupannya di penjara.


TAHANAN ISA vs BANDUAN.

Tahanan ISA tidak di beri hak untuk mendapakan semua proses perbicaraan.Malahan, tahanan ISA dan keluarga di beri pelbagai ugutan oleh SB jika mereka menghubungi peguam! Pelanjutan hukuman tahanan ISA dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri yang bertindak menjadi pendakwaraya, hakim dan mahkamah. Kuasa Menteri Dalam Negeri terlalu besar!!

Sebab itulah kerajaan sendiri tidak menamakan tahanan ISA sebagai BANDUAN ISA. Tahanan ISA tetap di panggil sebagai TAHANAN ISA.

TAHAN TANPA PERBICARAAN INILAH KEZALIMAN DAN PENGANIAYAAN YANG SANGAT BESAR.

Ramai rakyat Malaysia tidak faham dengan isu ISA ini kerana minda mereka telah ditutup dari segala kebenaran oleh kerajaan UMNO.Menteri Dalam Negeri dibantu oleh Ketua Polis Negara telah mencipta pelbagai nama diberikan pada rakyat Malaysia yang dijadikan mangsa ISA ini.
Antaranya Dokumen Palsu, Agen Perisik Asing, Darul Islam, Jemaah Islamiyyah dan banyak lagi....

To be continued... InsyaAllah

Read More !

ALFAATIHAH BUAT SYUKRI-Malaysiakini.

| | 3 ulasan

Pukul 1 petang tadi, di Perhimpunan Cina Selangor ketika menghadiri sidang media "Teater Bilik Sulit" GMI dan Bar Council,Fadiah dari BC memberitahu bahawa "Syukri" Food Not Bomb meninggal dunia.Saya rasa tidak mengenali sidia bernama Syukri ini.




Sebentar tadi, bila melihat gambar beliau dan tulisan Zorro"rest in peace,my comrade" di Malaysiakini, tiba-tiba hati jadi berdebar......



Saya segera mencapai beg tangan dan mencari sesuatu.........


Saya terjumpa sekeping kad nama yang tertulis "Muhammd Syukri Hussain".......
Ohhh!!!!! Dia rupanya. Hari Sabtu 13 Disember di Bar Council, beliau menghulurkan akhbar WATAN kepada saya sambil menunjukkan ruang tengah yang di muatkan dengan berita program anti-ISA dua minggu sebelumnya.Gambar saya mmenuhi muka tengah akhbar itu.
"Ini khas untuk kakak" katanya ketika menghulurkan akhbar tersebut.

Baru saya ingat.....dialah orangnya yang sering mengambil gambar saya ketika menghadiri VIGIL dan pelbagai program anti-ISA.

Dalam blog YB Tian Chua, beliau terjumpa ayat Quran bermaksud " setiap yang hidup, pasti merasai mati..." dalam album gambar Syukri.Ya.... sememangnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati, kita tidak tahu bilakah kematian itu akan datang, hanya masa yang menentukannya dan masa itu di tentukan oleh Allah SWT, yang menguasai segala kejadian di alam ini.

Semoga segala amalan mulia beliau ketika didunia akan diterima Allah dan dikumpulkan rohnya bersama-sama orang yang soleh.... Ameen.

Al Faatihah.

Read More !

7 TAHUN, MASIH DIZALIMI ISA.Malaysiakini.

| | 1 ulasan

7 tahun terpaksa berdikari menjaga 12 orang anak, tanpa sebarang kelulusan yang tinggi, beliau menggunakan segala kudratnya membuat kueh mueh dan menjadi "baby sitter"....segala nya dilakukan demi mneruskan kehidupan anak-anak yang sedang membesar.Selepas 7 tahun, anak sulung perempuan kini berusia 25 tahun dan yang bungsu 8 tahun.

Puan Zakiah Mat(bertudung labuh biru muda, berbaju biru terqoise), isteri pada tahanan ISA Dr Abdullah Daud, yang telah ditahan dibawah ISA sejak bulan Disember 2001. Suaminya, Dr Abdullah masih menghuni salah satu blok di Kem Kamunting.

Melihat bulatan hitam (dark rings) dibawah matanya cukup menggambarkan kesukaran hidup yang telah ,sedang dan akan terus dilalui oleh beliau. Suaminya seorang lulusan Ph. D dari UK, sebelum ini memang mempunyai pendapatan lumayan untuk mereka sekeluarga.Namun, ISA telah meragut segala kegembiraan itu. Paling menyakitkan, sama seperti tahanan ISA yang lain, Dr Abdullah tidak pernah didakwa dimana-mana mahkamah.



Ini adalah 2 dari 12 anak Puan Zakiah Bayi kecil ialah anak jiran yang diasuh untuk mendapat bayaran sebagai modal penyambung kehidupan.Beliau mengakui hidup atas ehsan ahli keluarga, kawan dan jiran.
Anak-anak ini pastinya masih belum mengerti dan faham, kenapa bapa mereka disimpan di Kem kamunting kerana dalam sistem pendidikan alaysia, TIADA langsung pendidikan tentang hak asasi sebagai rakyat yang bebas dan merdeka...
Mereka semua masih lagi menjadi mangsa kekejaman dan kerakusan Menteri Dalam Negeri. Adakah anda tidak bersimpati kepada nasib mereka?

Read More !

JEMPUT KE "BILIK SULIT" HISHAMUDDIN RAIS..Malaysiakini

| | 2 ulasan


Bersempena hari Hak Asasi Sedunia yang juga dalam cuti persekolahan, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Bar Council akan mempersembahkan"BILIK SULIT" arahan Hisamuddin Rais, seorang bekas tahanan ISA akan menemui anda pada 20,21 dan 22 Disember di Bar Council. Tiada siapa tahu apa yang terjadi di BILIK SULIT kecuali pendedahan mereka yang pernah ditahan dibawah ISA.
Semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kesejahteraan, jangan lepaskan peluang ini. Ajaklah kawan-kawan seramai yang boleh. Anda hanya perlu menyumbang RM10 kedalam tabung yang disediakan, supaya disampaikan pada keluarga Tahanan ISA.
Anggaplah kehadiran anda itu sebagai satu sokongan terhadap usaha memansuhkan ISA dan membebaskan semua tahanan yang masih berada di Kem Kamunting.
JANGAN LUPA DATANG KE BAR COUNCIL PADA HARI SABTU 20 DISEMBER, AHAD 21 DISEMBER DAN ISNIN 22 DISEMBER, JAM 8.00 - 11.00 MALAM.

Read More !

ANAK MANGSA ISA PERLU BANTUAN KEWANGAN KE SEKOLAH.Malaysiakini.

| | 6 ulasan

Masa berjalan terlalu pantas. Cuti persekolahan akan berakhir dan sesi persekolah akan dimulakan dua minggu lagi.Bagi keluarga yang sempurna, anak-anak partinya tiada masaalah untuk kembali kesekolah.Tetapi bagi anak-anak mangsa ISA, tahun baru ini tidak menjanjikan sebarang tanda ketua keluarga mereka ini akan dikembalikan ke pangkuan keluarga. Puan Hapipah Manji, isteri pada tahanan ISA Abd Razak Hamid, menetap di kampung Tinosa, Sandakan. Suami beliau telah ditahan sejak bulan Mac 2003 hingga kini. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak berumur antara 7 hingga 11 tahun.Puan Hapipah yang menderita sakit jantung tidak mampu untuk pergi bekerja. Beliau mengharapkan bantuan adik-beradik dan kawan=kawan unuk meneruskan kehidupannya.

Puan Siti Hajar, seorang surirumah sepenuh masa mempunyai 5 orang anak berusia antara 2 hingga 10 tahun. Suami beliau , Artas baharudin ditahan dibawah ISA pada tahun 2006 hingga kini. Pada bulan Jun 2008, penahanan keatas suaminya cukup dua tahun tetapi telah dilanjutkan dua tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri. Puan Siti juga meneruskan kehidupan dengan ihsan keluarga serta jiran-jiran. Puan Dayang berasal dari Sabah tetapi telah menetap di Kelang Selangor. Beliau bertugas sebagai guru Tadika disebuah Tadika Swasta di Kelang. Beliau mempunyai 5 orang anak berusia antara 2 hingga 10 tahun.Suami beliau ,Idris Lanama telah cukup dua tahun pada bulan Jun 2008 tetapi disambung dua tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri.
Bapa kepada anak-anak ini masih lagi dinafikan hak mereka untuk mendapat sebarang perbicaraan di mahkamah. Bagaimana nasib anak-anak mereka?


Read More !

17 DIBEBASKAN , MANGSA ISA LAIN TERUS DI PERJUANGKAN.Malaysiakini

| | 2 ulasan

Menurut statistik terbaru Gerakan Mansuhkan ISA(GMI), 17 tahanan ISA telah dibebaskan pada bulan Nov dan Disember. Kami di GMI mendapat senarai tahanan ini dari SUHAKAM yang melawat mereka Januari tahun ini. Sekiranya jumlah yang ada pada kami tidak sama dengan yang ada pada Syed Hamid Albar, kemungkinan ada ramai lagi yang telah ditahan,tetapi berita penahanan mereka tidak diketahui umum. Ini adalah perkara biasa dalam ISA. Mangsa dan keluarga mereka akan ditakut-takutkan supaya mereka berdiam diri dan tidak berani memberitahu orang ramai mengenai penahanan ini. Walaupun 17 dibebaskan, namun itu tidak menjamin ISA adalah akta yang sudah diperbaiki.Mengikut Kementerian Dalam Negeri (yang sedang hebat dibahaskan di Dewan Rakyat sekarang) ada 46 tahanan yang masih di kurung tanpa bicara di Kem Kamunting. Mereka telah ditahan diantara 1 hingga 7 tahun. Siapakah yang peduli dengan nasib mereka?

Oleh itu, walaupun tinggal seorang tahanan ISA di kem Kamunting, kempen anti-ISA kan diteruskan supaya tiada lagi rakyat yang akan dimangsakan oleh pemimpin UMNO-BN. Perjuangan untuk mansuhkan ISA bukan setakat membebaskana semua tahanan di Kem sahaja,tetapi yang utamanaya untuk mensuhkan ISA supaya anak-anak kita akan selamat dari angkara akta kejam dan zalim ini.

"ISA menghalang orang Islam mengamalkan ugamanya" ini adalah kata-kata yang saya petik dari seorang tahanan ISA yang masih ditahan di kem kamunting. Ya, memang betul.Mereka dikatakan diberi kaunseling, ceramah agama dn sebagainya, tetapi dimasa yang sama mereka di larang menunaikan Solat Jumaat, satu perkara yang wajib dilakuan oleh setiap orang Islam.

JAKIM, MUFTI, dan ILIM semuanya bersekongkol melarang tahanan ISA dari Solat Jumaat. Ada yang tidak solat hampir 7 tahun. Apa makna semua ini??

Nota: Saya bersama Kannan dan Thanentiran dari Hindraf.Nalini (gadis berbaju hitam)adalah sekretkariat GMI.

Read More !

HOME MINISTER'S AGENDA BEHIND THE RELEASED OF YAZID SUFFAT?Malaysiakini.

| | 3 ulasan

Since yesterday, my cellphone was showered by calls from the Pakatan Rakyat MPs, anti-ISA supporters, reporters and close friends.Their question was quite stereotype.... "your husband released?" something which was very hard for me to answer....

I suspect, this is part of the impact by the released of Yazid Suffat and other ISA detainees. Many journalist tried to contact Yazid and his wife for some comments over the released, but they refused to give cooperation and in the end,they(the journalists) had to get my comments on behalf of the couple.

"The number decreased from 70 to 46 since I took the post" said Hamid Albar proudly when asked the latest statistic of the ISA detainees. I smiled at this"stupid "remark.I understand, Hamid Albar wanted to say ,during his time as the Home Minister, he is better off than Pak Lah (who let go the post of Home Minister after GE12).I could smell, Hamid Albar also tried to paint that ISA is "good and still relevant" to the people!!!

I'm not that old to forget how Hamid Albar began his job as a Home Minister by renewing the detentions of accused Jemaah Islamiyyah,Darul Islam , Agent Perisik Asing, Counterfeiting and others since April to July this year.GMI has all the records.

Just to share ,the anti-ISA campaign was launched in March 2008 , it mount up and heightened when Hamid Albar "made mistakes" by arresting RPK, YB Teresa and Miss Tan of Sin Chew!!!This is the era when rakyats from all walks of life began to realised the draconian of this ISA and their hatred to this act take place in forms of Vigils, public forums and demonstrations.

Actually, the resistance to ISA from rakyat , made the Home Ministry let those poor ISA detainees, released from that damn hell hole of Kem Kamunting.What is so special about the released of Yazid? It is surely the victory of the persistent and continuous Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA which is widely supported by the Malaysian who always say No To ISA!!!

Please...lah.Dont fooled us the brave Malaysians.!!!

Read More !

SALAM AIDIL ADHA DARI KEM KAMUNTING-2-Malaysiakini.

| | 3 ulasan

Suhaib bangun awal untuk menikmati keindahan Bukit Jana, bersebelahan dengan Bukit larut dan diwaktu yang sama, cuba merasai perasaan bapanya yang hampir 7 tahun tidak pernah bercuti dimana-mana tempat peranginan di Malaysia ini.

Suhaib berdiri menghadap satu kawasan dimana disitulah bapanya disimpan disebuah store milik Menteri Dalam Negeri tanpa pernah diberi peluang untuk membela diri di Mahkamah.
Pada pertemuan keluarga di Hari Raya Aidil Adha ini, kami dibenarkan membawa dua jenis makanan samada rendang atau kuah kacang dan nasi impit.Kami juga dibenarkan membawa beberapa biji buah dan sejenis kueh raya.
Kami bertemu selama 2 jam tanpa halangan cermin kaca dan interkom.Kami makan semeja dan suhaib boleh bersalaman dengan bapanya. Suhaib kelihatan gembira dapat berbual lebih lama dengan bapanya. Bapa Suhaib mengeluarkan Al Quran dari poket bajunya dan meminta Suhaib membaca beberapa ayat dari Quran itu. Kemudian Suhaib diminta mendengar hafazan Quran beliau.Saya terasa sebak melihat kedua-dua beranak ini berbual tanpa henti.Saya biarkan saja mereka berdua bersembang sepuas-puasnya...Saya sebak melihat wajah Suhaib. Ada bapa kandung yang masih hidup ,tetapi tidak berfungsi sebagaimana bapa kandung orang lain.
Walaupun kami dibenarkan berjumpa lebih lama tanpa cermin dan interkom, itu tidak bermakna ISA adalah baik dan sesuai untuk manusia seperti kami....7 tahun Suhaib membesar tanpa didikan dan belaian kasih sayang bapanya. Siapa yang akan mengganti masa 7 tahun yang sangat kritikal dalam tumbesaran Suhaib???

Read More !

Yazid Suffat,the "government planted" terrorist?Malaysiakini.

| | 0 ulasan

G'ovt frees Yazid Suffat an alleged militant tied to 9/11 attackers-Malaysiakini.
Dec 10, 08 2:03pm

(A statement by Syed Hamid Albar)

The government said today it had released suspected terrorist Yazid Sufaat a US trained bio-chemist, who has been detained since 2001 after being connected with the September 11 attacks.
Home Minister Syed Hamid Albar said Yazid, a member of regional militant group Jemaah Islamiyah (JI) was freed from the Kamunting detention camp in Perak on Nov 24, was now safe to be released into society.
"He was considered as a threat to public security in Malaysia because he was part of Jemaah Islamiyah, trying to establish an Islamic government within the region," he told reporters.

(A statement by IGP Musa Hassan)

Meanwhile, the Star quoted Inspector-General of Police Musa Hassan as saying that Yazid was released because "he had shown remorse and repentance after almost seven years of rehabilitation.""He was released on several conditions. He has to report to the police regularly and cannot leave Selangor without police permission.

Lets compare these two statements came from the VVIP of the Home Ministry.

From a suspect terrorist linked to 11/9 attacks, then alledged as member of militant group (Jemaah Islamiyyah), surprisingly .... during 7 years of his detention, he had never been brought to the court , with the evidence produced,let the judge heard and made his decission what was the real judgement@verdict dropped on him.

This is really amazing!!! Such a high profile case,that tarnished the name of its bearer, only remedied by daily rehab and showed of remorse and repentance.......

The released bursts unanswerable questions...

1- Where are the roles of the lawyers , the judges , the jurists and the courts?

2-Where is the value of the Federal Constitution?

3-ISA is used to tarnish the good name of the Islamic Religion?

Read More !

SALAM AIDIL ADHA DARI KEM KAMUNTING.

| | 2 ulasan

Ketika ini, saya berada disebuah hotel 3 - 4 km dari Kem.Pemandangan diHotel ini memang cantek.Terimakasih pada Nash yang beri peluang pada saya untuk berehat semalam disini.Suami dah 7 tahun di tahan di Kem, baru ini dapat peluang singgah di resort ni.Menurut Ikin, seorang teman yang berasal dari Taiping, kecantikan tempat ini sama dengan sebuah kawasan peranginan di Sepanyol!

Bandingkan keindahan tempat ini dengan Kemta, memang seperti langit dengan bumi walaupun kedua-duanya berlatar belakangkan Bukit Larut yang cantik, sejuk dan nyaman.Ditempat ini, manusia bebas melakukan apa saja dalam suasana yang selesa dan mewah....Tetapi di Kem, pada waktu malam yang gelap pekat, penghuninya tidak dapat menggunakan lampu kalimantang, kerana tiada wayar letrik,tiada mentol dan tiada suis di bilik mereka.

Allah menciptakan semua perkara untuk memenuhi keperluan manusia,namun di kem ini semua keperluan yang sepatutnya dinikmati oleh manusia, di tiadakan dan dinafikan menggunakan pelbagai perancangan dan alasan rapi oleh kakitangan Kementerian Dalam Negeri.

Beberapa jam lagi saya dan Suhaib akan masuk ke Kemta beraya bersama Mat Sah.

To b continued...

Read More !

BANTUAN KEWANGAN PERSEKOLAHAN ANAK TAHANAN ISA.Malaysiakini.

| | 0 ulasan

Ketika menghadiri satu majlis VIGIL di hadapan Dewan Civic minggu lepas, ada yang bertanya, siapakah lagi mangsa ISA? Susah saya hendak menjawab soalan itu, kerana terlalu subjektif.
Mangsa ISA sebenarnya ialah suami@bapa yang ditahan di Kem Kamunting.Tetapi, mangsa yang terpaksa menerima kesan penahanan ini ialah isteri dan anak-anak.

Kehidupan terpaksa diteruskan, justeru isteri terpaksa menjadi "superwoman" dimana beliau mesti bekerja untuk mencari nafkah ,mengurus rumah dan mendidik anak-anak yang masih kecil.Keperluan harian dan pendidikan anak-anak semakin meningkat kerana tahun demi tahun, anak-anak makin membesar......tetapi...... bapa mereka masih juga di kurung di Kem.

BUKAN ITU YANG DIPINTA....

Sekiranya bapa atau keluarga ini dibebaskan, pastinya dia dapat keluar bekerja untuk menyara keluarga dan anak-isteri tidak perlu meminta-minta.Tetapi ..... inilah hakikat kehidupan. Tanpa sebarang perbicaraan, tanpa mengetahui tarikh akhir untuk dibebaskan, si ayah masih lagi terus-menerus di kurung, meniggalkan segala beban dan tanggungjawab pada si isteri, wanita yang sepatutnya mendapat perlindungan ,bantuan dan kasih sayang dari suami....

Puan Halimah, dari Serting, N.Sembilan bekerja sebagai penjual air soya. Beliau terpaksa membesarkan 7 orang anak dan sebahagian besar nya masih bersekolah. Saya di beritahu, anak gadis sulungnya(sepatutnya masih belajar di kolej) berusia belasan tahun, terpaksa di nikahkan dengan segera supaya dapat meringankan beban beliau menyara anak-anak lain yang masih kecil.Suami Puan Halimah ditahan sejak tahun 2004 hingga kini.

Puan Nolmina dari Sabah mempunyai 6 orang anak. Pendapatan sebagai kerani sebanyak RM500 sebulan terpaksa di cukupkan untuk menyara semua anak-anaknya yang berusia antara 8 hingga 20 tahun. Beliau membina kareer ketika setelah beberapa bulan suaminya ditahan dibawah ISA.Suami beliau telah di tahan sejak bulan April tahun 2006 hingga kini.

Puan Jobaida dari Sandakan mempunyai 5 orang anak.Ketika suaminya ditahan, beliau sedang mengandung 3 bulan dan mula membina kareer selepas setahun suaminya ditahan dibawah ISA.Kini beliau bekerja sebagai guru Tadika dengan pendapatan RM450 sebulan. Jumlah itu memang jauh dari mencukupi untuk menampung keperluan harian justeru beliau turut menjual kueh untuk menambah pendapatan.Suami beliau ditahan sejak Mac 2006 hingga kini.
3 minggu lagi sekolah akan dibuka, saya bagi pehak keluarga ini merayu sedikit bantuan kewangan dari anda semua untuk merengankan perbelanjaan persekolahan anak-anak ini. Bantuan ini akan di kumpulkan dan diserahkan pada mereka pada minggu akhir bulan Disember ini.
DERMA@SUMBANGAN ANDA PASTI AKAN SAMPAI KE TANGAN MEREKA....
Sebarang derma atau sumbangan boleh disalurkan pada May bank 162209939776 (Nashita Mohd Noor) Bendahari GMI. No hp Nashita 0132096373 dan hp saya 0126892608.Saya akan memastikan sumangan akan sampai ke tangan semua keluarga mangsa ISA ini.
To Be Continued....

Read More !

KINI , 38 TAHANAN ISA DI KEM KAMUNTING,TERUSKAN TEKANAN RAKYAT!!!.Malaysiakini.

| | 7 ulasan

Saya ingin berkongsi, suasana pelancaran Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA pada bulan April 2008. Jika dilihat di banner, ketika itu, ada 70 tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting.
Sebagai Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan 6 tahun, saya menggariskan beberapa aktiviti utama kempen iaitu:
1. Edaran surat isteri di pilihanraya ke 12.
2- Letter signing Marathon
3-Petition signing.
4-Vigil in Kamunting.
5.Postcard Signing.
6.Pelancaran Buku Dunia Tanpa Suami dan T-shirt MerahHitam.
7. Himpunan Rakyat Anti -ISA di Stadium Malawati.

Geraf kesedaran rakyat melalui kempen itu terus meningkat walaupun ianya dijalankan setakat bulan Jun.Tanpa diduga kisah tragis kematian Aina Mardhiyyah, anak tahanan ISA Shahrial Sirin telah meningkatkan lagi simpati rakyat pada perjuangan mansuhkan ISA.Kemenangan PR dalam PRU12 banyak memberi ruang dan peluang untuk mendedahkan kezaliman ISA tertama pada tahanan yang masih berada di Kem.Bermula dari kisah tahanan ISA Sanjeev Kumar yang lumpuh, hinggalah penahanan RPK, YB Teresa serta wartawan Sin Chew, semuanya meningkatkan lagi geraf kesedaran rakyat terhadap kempen Anti-ISA hinggalah akhirnya Menteri Undang-undang meletakkan jawatan, dan anggota komponen BN seperti MCA dan Gerakan sudah berani mempersoalkan supaya ISA di pinda atau di mansuhkan saja.

Dan hari ini Khamis 4 Disember, lima lagi tahanan ISA telah dibebaskan, menjadikan jumlah yang tinggal di Kem kini , seramai 38 orang.Semua ini terjadi adalah dengan berkat sokongan dan tekanan dari semua lapisan rakyat.

Marilah kita tambah lagi program-program anti-ISA seperti Vigil, ceramah Umum, leafletting, dan signing petition , supaya semua tahanan yang di mangsakan oleh Menteri Dalam Negeri akan segera dibebaskan.

Sokongan anda semua akan membantu lebih ramai lagi mangsa ISA menyedut udara kebebasan sebagai manusia yang bebas dan merdeka.

Read More !

MENTERI DALAM NEGERI BEBASKAN TAHANAN ISA, IKUT SUKA DIA.Malaysiakini.

| | 1 ulasan

Saya terkejut melihat berita "Yazid Sufaat bebas" di Suara keadilan keluaran 158. Dalam hati saya bersyukur, beliau telah dibebaskan.Dan saya tambah bersyukur kerana akhir-akhir ini, Allah telah tunjukkan lebih banyak bukti kepada rakyat betapa zalimnya pimpinan UMNO, terutamanya Menteri Dalam Negeri ,yang ternyata membebaskan tahanan ISA bukan kerana kesalahan atau dakwaan yang di letakkan keatas mereka tetapi, pembebasan itu dilakukan mengikut selera dan keinginan beliau sendiri. Kenapa saya terkejut? Yazid Sufaat , tahanan ISA dilabelkan sebagai Ahli Jemaah Islamiyyah (JI) adalah "ahli JI" pertama ditahan di PRC.Mengikut laporan akhbar, beliau telah ditahan pada bulan September 2001 dan dipercayai sebagai "ketua kumpulan JI" di Malaysia.

Saya mengetahui kewujudan Yazid dan Jemaah Islamiyyah setelah suami ditahan di Kem Kamunting . Saya dan GMI sering mempersoalkan, sekiranya Yazid benar-benar merbahaya dan menggugat keselamatan negara, kenapa selama 7 tahun di Kem Kamunting, pihak kerajaan tidak mahu mendakwa beliau di mahkamah?

Yazid , sama dengan tahanan ISA lain, hanya perlu menyanyi lagu negaraku setiap pagi, mendengar ceramah pegawai ugama dari JAKIM , diberi ceramah tentang perniagaan serta pertanian dan setiap tahun dibawa ke PRC di Kuala Lumpur untuk sessi "brainwash".

Pada bulan November 2008 baru-baru ini, Yazid, Dr Abdullah Daud dan Suhaimi Mokhtar yang mana ketiga-tiga mereka telah cukup 7 tahun di Kem, telah dibawa ke Police Remand Center di K.L untuk sessi kaunseling.Diantara 3 tahanan ini , Yazid seorang saja dibebaskan. Dr Abdullah dan Suhaimi masih lagi menghuni blok-blok usang di Kem Kamunting.

Pelik!!Orang yang didakwa "sangat bahaya dan penting" itu telah dibebaskan manakala orang lain yang ditahan lebih kemudian, masih lagi belum dibebaskan......

INI LAH HAKIKAT SEBENAR ISA. MENTERI DALAM NEGERI BOLEH MEMBEBASKAN DAN MENANGKAP SESIAPA SAJA YANG DI INGININYA DAN ALASAN BOLEH DICIPTA UNTUK MENSAHKAN/ MEMBENARKAN PENAHANAN ITU.

Siapakah lagi yang akan dimangsakan oleh Menteri Dalam Negeri selepas ini?

Read More !

DIMANAKAH PERIKEMANUSIAAN HAMID ALBAR?Malaysiakini.

| | 1 ulasan

Dua hari lepas, M.Kayveas telah memberi amaran, partinya akan keluar dari komponen BN, sekiranya ISA tidak di pinda.Amaran ini disokong oleh MCA.Yang menarik ialah jawapan dari Menteri Dalam Negeri, Hamid Albar yang dilaporkan berkata " ISA tidak akan di pinda atau dihapuskan kerana ianya digunakan dengan berhemah, adil dan tidak disalah guna". Dimanakah letaknya nilai "berhemah, adil dan tidak disalah guna" itu jika tahanan telah dikurung tanpa perbicaraan hampir 7 tahun?Gambar poskad diatas, tahanan ISA yang di tuduh sebagai ahli Jemaah Islamiyyah(JI).Mereka semua ditahan sejak 2002.

Tahanan ISA disebelah kiri,telah dibebaskan pada bulan Ogos tahun ini.

Namun malang bagi tahanan yang berada di tengah, iaitu Shamsuddin Sulaiman. Beliau telah bercerai dengan isterinya pada tahun lepas. Anak-anaknya malu hendak mengakui Shamsuddin adalah ayah mereka ,seorang tahanan ISA.Shamsuddin telah hilang pekerjaan sebagai seorang pembantu akauntan di sebuah jabatan kerajaan sejak tahun 2003.Keluarga dan pekerjaan adalah perkara penting dalam kehidupan manusia dan semua itu telah hilang dari hidup Shamsuddin.

Adakah ini yang dikatakan penahanan berhemah? Dimanakah sifat perikemanusiaan Hamid Albar sebagai seorang manusia? Dimanakah simpati beliau terhadap nasib kesemua tahanan itu?
Sampai bilakah mereka akan di kurung di Kem Kamunting itu?

Nota: Tahanan ISA disebelah kanan ,yang memakai cermin mata ialah bapa Suhaib.

Read More !

ISA TUHAN ORANG MELAYU-UMNO.Malaysiakini.

| | 2 ulasan

Saya tidak pandai berbohong.Apa yang ditulis, itu adalah dari apa yang dilihat atau diampaikan oleh orang yang boleh dipercayai.

Juak-juak UMNO pastinya sedang resah melihat ISA di hambat oleh rakyat dari pelbagai sudut.Selama ini, ISA menjaga kepentingan mereka, jadi, bila ISA sendiri sudah digugat oleh rakyat....siapa yang susah?Tentulah pemimpin UMNO dan keluarga mereka.

Orang Melayu -UMNO ni mengaku berugama Islam,tetapi....cara mereka menjaga ISA , jauh lebih hebat dari mereka menjaga Al Quran dan seluruh isinya.ISA dijaga, hingga mufti-mufti tidak berani keluarkan fatwa tentang kezaliman akta tahan tanpa bicara itu. ISA dijaga, hinggakan ada khutbah yang menyentuh kezaliman ISA, Imam yang berkhutbah itu dipanggil oleh Jabatan Ugama untuk disoal-siasat dan dikatakan memecah belahkan rakyat.ISA di jaga ,menjadikan ia lebih tinggi dari sistem undang-udang dan kehakiman negara ini .(Tahanan ISA tidak pernah dibawa dan didakwa di mana-mana mahkamah selama 7 tahun mereka di kurung).

Dimanakah hak-hak rakyat (artikel 159)yang telah di peruntukan di Perlembagaan Persekutuan?Tidak kah ISA lebih tinggi dari Perlembagaan Negara? Bukankah tindakan Melayu -UMNO ini mencabul Perlembagaan Malaysia?

Menteri Dalam Negeri (penjaga Tuhan Melayu -UMNO) ini berkata, "ISA tidak akan di pinda atau dimansuhkan walaupun ianya diancam oleh pelbagai pihak...." bukan kenyataan ini mengesahkan, ISA adalah Tuhan mereka?

Nota: Suhaimi Mokhtar, Dr Abdullah Daud, Mat Sah Satray, Abd Murad Sudin, Zaini Zakaria masih ditahan lebih 6 tahun tasnpa perbicaraan oleh "Tuhan Melayu-UMNO" disebuah sel di Kem Kamunting..........bagaimana nasib mereka dan keluarga?

Read More !

PEMIMPIN UMNO MEMANG BENCIKAN ISLAM.-Malaysiakini.

| | 4 ulasan

Saya pasti, ramai orang Melayu, khas nya yang sayang sangat dengan United Malay Nation Organization , akan marah sangat dengan tulisan ini. Saya tidak mahu menulis panjang lebar tentang tajuk diatas. Namun gambar-
gambar ini sudah cukup menerangkan tetang kebenarannya.

Ini adalah isteri dan anak-anak tahanan ISA yang di labelkan sebagai ahli Darul Islam (DI).Mereka kebanyakannya tinggal di Sabah.Suami mereka ditahan pada tahun 2006 tidak pernah dibicarakan dan setelah cukup 2 tahun, penahanan dilanjutkan 2 tahun berikutnya dari 2008 hingga 2010.
Gambar ini diambil pada 24 Ramadhan 2008.


Enam orang wanita bertudung labuh ini adalah isteri pada tahanan ISA yang di labelkan sebagai Ahli Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dimana Nik Adli Nik Abd Aziz adalah salah seorang yang ditahan menggunakan label itu. Mereka semua juga tidak pernah di dakwa atau dibicarakan dimana-mana mahkamah.

Kumpulan "KMM" ini ditahan pada 2001 dan semuanya yang dituduh dibawah nama kumpulan ini telah dibebaskan dari Kem Kamunting pada 2005.



Ini adalah kumpulan yang dinamakan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai ahli Jemah Islamiyyah (JI). Tahanan ISA 'JI" ditahan pada Disember 2001 hingga 2005 secara berperingkat. Seramai 55 tahanan JI ditahan pada 2002 dan tiada seorang pun didakwa atau dibicarakan di mana-mana mahkamah.


50 tahanan JI telah dibebaskan secara berperingkat dari tahun 2003 hingga November 2008. Tahanan yang di dakwa ahli JI yang paling lama ditahan kini ialah Suhaimi Mokhtar dan Dr Abdullah Daud.Mereka berdua telah ditahan cukup 7 tahun di Kem Kamunting.

Gambar menunjukkan Koordinator SUARAM, Sdra Yap Sew Seng bersama sebahagian dari keluarga tahanan ISA (JI) yang menghantar memo untuk bertemu Menteri Dalam Negeri di Putrajaya pada tahun 2003.


Seramai 27 Juta rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan kaum dan masyarakat yang tidak tahu tentang ISA,telah di tanamkan dalam fikiran mereka supaya mempercayai bahawa mereka ini adalah "extremist dan terrorist" agama, dimasa yang sama, segala ruang dan peluang untuk membela diri dari semua pertuduhan, ditutup rapat oleh pihak berkuasa yang terdiri Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.Indoktrinasi oleh pemimpin UMNO bahawa mereka ini "pengganas" Islam, masih lagi berjalan hingga kini.....

Mereka di tuduh, di label dinamakan sebagai pengganas Islam. 7 tahun telah ditahan tanpa sebarang perbicaraan.......

Siapa kah pengganas sebenarnya?

Read More !

MINDA ORANG MELAYU TELAH DI "BONSAI" KAN???Malaysiakini.

| | 7 ulasan

Saya rasa, Forum Rakyat ini pertama kali diadakan oleh sebuah NGO -Cakap-Cakap Rakyat, tentang ISA dan semua perkara buruk yang ada didalamnya.Forum yang diadakan di Bar Council ini di pengurusikan oleh seorang peguam terkenal dari PKR iaitu saudara Nizam.Penceramahnya semua hebat belaka, kecuali.....saya.

Program dimulakan oleh saya mengenai aktiviti GMI.Saya sekadar mempersembahkan slide yang diambil dari simpanan pengurusinya, Syed Ibrahim yang kini berada di Mekah menunaikan haji.Slide itu disediakan agak tergesa-gesa dan disaat akhir, terlupa masukkan music.... jadi, agak boringlah sikit.

Rasa kurang selesa bercakap tentang Gerakan Mansuhkan ISA, walaupun saya juga salah seorang ahli jawatankuasanya. Selalunya bila Syed Ibrahim membuat persembahan, saya sering memberi komen ,kenapa slidenya kurang menarik?Namun, bila sudah mengalaminya sendiri, barulah tahu...betapa sukarnya untuk melaksanakan sesuatu yang perlu dilakukan dengan sepenuh hati.
Jika diberi pilihan, saya suka memberi perkongsian sebagai isteri pada tahanan ISA yang telah lama dianiaya.Tetapi....elok juga sesekali mencuba sesuatu yang baru. Semua pernceramah memang hebat bercakap. Saya suka dengan gaya bahasa Isham Rais dan saya terpesona dengan gaya santai RPK.Fadzrul dari UIAM baru pertama kali saya temui,namun beliau mempunyai keupayaan yang tersendiri.Dan Hj Mat Sabu, memang tidak perlu dipertikaikan lagi...Persembahan beliau memang mantap!!!

Siapa sangka, dalam keheningan dewan yang semua pesertanya khusyuk mendengar pesanan Isham Rais yang bercerita tentang ketakutan yang melanda minda@otak orang Melayu yang telah di :"bonsaikan" selama 35 tahun oleh UMNO, tiba-tiba ada sekumpulan lima orang lelaki bertubuh sasa, bangun dan keluar dewan.Kurang ajar sungguh sikap mereka itu!!
Rupa-rupanya, kami buat program anti-ISA di dalam dewan, kumpulan PEWARIS yang tidak celik ISA, telah mengadakan perhimpunan di luar bangunan, siap memakai T-shirt YES TO ISA.
Mereka bersuara dengan kuat, dan ada sesekali menjerit sambil menadah tangan membaca doa.... Hai, pelik tengok sikap mereka. Orang yang bukan Islam pun semuanya membenci ISA kerana zalim dan tidak berperikemanusiaan, mereka yang berugama Islam pula sanggup membiarkan diri mereka di pergunakan oleh pemimpin yang sedang berkuasa, yang sangat-sangat menjaga UMNO sebagai "the last bastion" pada UMNO.
Kesian... sekali lagi....., ISLAM telah dimangsakan oleh puak-puak yang suka bersumpah dengan keris ini.ISLAM juga yang akhirnya dipandang buruk oleh bangsa lain.....
Note: Gambar atas, forum Anti-ISA. Gambar bawah, perhimpunan kurang cerdik Pro-ISA.

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]