ISA - (internal security act) MASUK KAMPUNG

| |
Kemana saja pergi, saya pasti akan memakai lencana ISA di tudung saya.Diawal penahanan Abah Suhaib,sekitar 2002 dulu, saya tidak suka memakainya kerana terasa "weird",pelik dan janggal.Pada ketika itu, ISA amat tidak dikenali dan sangat ditakuti oleh rakyat Malaysia.

Namun, berkat kesungguhan aktivis anti-ISA, kini, rakyat sudah tidak takut untuk menyatakan pendirian mereka menentang akta jahat itu. Kini saya rasa agak banggna memakai lencana itu kerana orang ramai sudah mula mengerti bahawa ISA adalah alat politik pihak berkuasa untuk memastikan kelangsungan politik mereka.

Baru-baru ini, sebaik saja kami tamat pemeriksaan di lapanganterbang Sandakan, seorang petugas meminta lencana ISA untuk dipakai. Kemudian, ketika di KLIA, seorang peramugara Air Asia meminta lencana ISA untuk memakainya. Ketika servis kereta, pemilik kedai itu bertanya dimana beliau boleh mendapatkan lencana itu... Alhamdulillah, makin ramai rakyat yang tidak takut pada ISA.

Semasa beraya di kampung kelmarin, hampir setiap rumah yang saya kunjungi, sibuk bercakap tentang ISA. Ramai juga yang menegur, pernah melihat wajah saya di akhbar HARAKAH dan beberapa akhbar alternatif yang lain. Dan tidak kurang juga yang bertanya, bagaimana rancangan DSAI untuk mengambil alih kerajaan.....Jika soalan itu berkenaan ISA, saya akan jawab dengan segera, tetapi tentang pelan 916 DSAI, kenalah sabar dan banyak doa supaya semua menjadi kenyataan. Apa pun, yang jelasnya, selain isu ISA, ramai yang tak puas hati dengan harga minyak yang tidak turun dan kerisauan mereka jika Najib menjadi PM menggantikan Pak Lah yang semakin tidak diperlukan oleh orang United Malay Nation Organisation.

Nota: Beraya di Bagan Datoh, rumah nenek saudara Suhaib.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]