Give Kok's ISA motion prority-Malaysiakini.

| |
Pemimpin DAP semalam telah meminta Parlimen memberi keutamaan supaya usul YB Teresa Kok mengenai ISA dibahaskan di dewan itu minggu depan. Mengikut senarai, isu ISA disenaraikan di nombor 41 dimana ianya terlalu jauh untuk dibincangkan oleh semua ahli Parlimen, kerana semalam perbahasan hanya berjaya mencapai usul ke 10 saja.

Saya ucapkan terimakasih pada YB Teresa yang bersungguh-sungguh cuba membawa isu ISA di mahkamah. Saya rasa, ini adalah satu tindakan positif yang memang wajar diambil oleh beliau yang baru saja dibebaskan setelah 7 hari ditahan dibawah ISA pada September baru-baru ini.

Siapa lagi yang dapat menyuarakan hasrat semua tahanan ISA melainkan mereka yang berada di Dewan Rakyat.Ternyata pencabulan ISA semakin parah ketika ini kerana sudah ada tahanan yang ditahan hampir tujuh tahun dan ada seorang ADUN iaitu YB Manoharan yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat, tetapi terpaksa merengkok tanpa sebarang bicara di Kem sana.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Terima Kasih Puan Laila.

Saya syorkan supaya GMI mengambil tindakan bagi mengesa semua Wakil Rakyat bagi menyokong usul ini.

Syor saya ialah satu surat rayuan daripada semua keluarga tahanan ISA kepada setiap Wakil Rakyat

Salam Sejahtera
Jayanath

Merah Hitam berkata...

Sir,
Thank you for the ideas. I'l voice-up in GMI meeting tomorrow.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]