TERIMAKASIH KERANA PERIHATIN TERHADAP KAMI.

| | 1 ulasan


" Kak!!! Banyaknya duit Raya!!! Saya tak pernah nampak duit sebanyak ini...." kata Puan Jo dari Sabah (gambar atas) sambil menangis terharu sebaik menerima sumbangan RM1k yang disampaikan oleh En Lutfi, dari HARAKAH, penyumbang terbesar kepada GMI untuk mendapatkan bantuan Raya pada keluarga Tahanan ISA di seluruh Malaysia.Kemudian diikuti oleh NGO Jamaah Islah Malaysia (JIM),Kerajaan Negeri Selangor dan PAS kawasan yang datangnya dari PEMUDA dan Muslimat.

Puan Zulaiha, isteri pada Tahanan ISA Murad Sudin,satu-satunya keluarga ISA di Perak, siap dibawa membeli belah di pekan Teluk Intan dan mendapat sumbangan duit dari Kerajaan Negeri Perak.Terimakasih pada YB Lih Kang, bekas s/u GMI yang banyak membantu memudahkan urusan kami.

Sumbangan kerajaan Selangor tidak dihadkan pada penganut Islam saja, tetapi diberikan sekali kepada isteri tahanan ISA Hindraf dan beberapa tahanan non-muslim yang nama mereka ada dalam simpanan kami.Terimakasih pada YB Gan dan YB Rodziah yang memudahkan urusan ini.

Semakin lama tahanan ISA di tahan di kem, semakin tinggi pula sokongan untuk semua mereka yang sedang dianiaya oleh Menteri Dalam Negeri dan SB2 nya.Inilah yang telah dizahirkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum,tanpa ada batas bangsa atau kepercayaan, ramai yang yang telah menyahut permintaan yang saya luahkan melalui blog MerahHitam ini.
"Sasaran RM20k hampir tercapai ,Alhamdulillah" kata Nashita dalam perjalanan mengambil cek dari Datuk Ambiga dari Bar Council.Sumbangan itu sebahagiannya telah diserahkan pada mereka dan selebihnya akan diberikan menjelang musim buka sekolah nanti.

Pada sesiapa yang masih ingin menyumbang, boleh berhubung dengan Pn Nashita di hp 0132096373.

"Terima kasih pada semua yang sangat perihatin pada nasib kami" kata Puan Nolmin juga dari Sabah (gambar bawah) yang mengesat air mata ketia menerima sumbangan dari kami semasa kunjungan saya saya dan team HARAKAH ke Sabah minggu lepas. Wang tersebut tidak dapat menggantikan suami mereka, namun, sekurang-kurannya, isteri dan anak yang di tinggalkan, tidak akan peing kepala memikirkan wang untuk membuat persiapan menyambut Lebaran yang datangnya setahun hanya sekali.

Read More !

HATI 'MEREKA' KERING....

| | 1 ulasan

Ramadan sudah berada di penghujungnya. Kebiasaannya bagi , disaat-saat begini, selain menunaikan ibadah puasa, orang ramai akan mula sebuk membuat persiapan untuk menyambut hari Raya.

Namun, bagi saya, tiada "mood' untuk pergi membeli belah atau menghias rumah. Saya cuma mengemas dan menata rumah ala kadar saja.Saya juga akan pulang beraya di kampung, namun, waktu yang terluang, masih lagi digunakan untuk terus menerima wang sumbangan dari orang ramai untuk keluarga tahanan ISA.

Siang tadi, saya pergi ke rumah Datuk Seri Wan Azizah (Kak Wan) kerana menerima sumbangan dari Yayasan Aman dan K.Wan.Sempat bersembang kejap tentang isu semasa.
"Hati Menteri Dalam Negeri tu memang kering...rakyat dah bising tak suka ISA, tapi depa tak mahu bebaskan orang yang di tahan 6-7 tahun..." sungut kak Wan sambil merenung ke arah saya.Beliau amat memahami nasib kami kerana pernah berada di tempat yang serupa.
"Mungkin kena tunggu DSAI ambil alih pemerintahan" saya mencelah.
"Yes..you should...tapi, prosesnya tak mudah.Banyak doa dan sabar" tambah Kak Wan lagi.
"Kalau Najib jadi PM, ISA akan tetap sama, bak kata orang, keluar dari mulut buaya, masuk ke mulut Rimau" saya luahkan apa yang terbuku didada.
"Najib lagi teruk dari Pak lah" kata Puan J, yang suaminya juga telah 7 tahun merengkok di Kem Kamunting. Kami semua tersenyum sambil mengiakan pendapat beliau.

Hasrat Puan J dan Puan A berjumpa DSAI tidak kesampaian kerana beliau awal pagi lagi telah pergi ke pejabatnya untuk menyelesaikan pelbagai urusan.

Nota: Kami bersama Kak Wan di Bukit Segambut.
Sumban

Read More !

7 TAHUN TIDAK DIBENARKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID

| | 3 ulasan


Meniti hari-hari terakhir Ramadhan, memang terasa sayunya kerana bulan penuh barakah itu akan meninggalkan kita.Segala amalan seperti solat, tadarrus Quran , iktikaf ,mukhayyam, bersedekah dan memberi sumbangan pada orang lain yang kurang bernasib baik, tentunya segala amalan itu hanya mengharapkan balasan yang terbaik dari Allah SWT.Dan diakhir madrasah Ramadan, kita semua akan menyambut Syawal, lambang kemenangan yang Allah janjikan setelah berjaya mengawal diri dan menyelesaikan ibadah dengan sebaiknya.

Bagi tahanan ISA di Kem Kamunting,kegembiraaan mereka hanyalah kerana dapat melakukan amalan mulia seperti solat , membaca Quran dan berdoa di sel atau dorm masing-masing. Itu saja.!!

Tujuh tahun tidak solat di Masjid.

tahanan ISA yang di tuduh dan di label sebagai ahli Jemaah Islamiyyah, adalah antara mereka yang telah dikurung sejak awal tahun 2002. Bagi tahanan ISA tersebut,tujuh tahun mereka dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan di mahkamah diikuti penafian pelbagai hak asasi yang lain.Media tidak pernah menyatakan bahawa tahanan ISA ini hampir tujuh tahun tidak dibenarkan pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Di bulan Ramadan , mereka juga tidak dibenarkan solat berjamaah sebagaimana rakyat Malaysia yang merdeka. Manakala Solat Sunat Aidil Fitri di lakukan bersama-sama tahanan Muslim di sebuah gelanggang badminton dengan pengawasan ketat pasukan keselamatan Kem.

Menteri Dalam Negeri bencikan amalan Islam.

Inilah cara Menteri Dalam Negeri untuk “menghakimi dan mengadili” tuduhan yang di lemparkan keatas semua tahanan yang di dakwa ahli “JI” itu. Sebab itulah ISA digunakan keatas mereka , tujuannya untuk memudahkan Menteri berkenaan memperlakukana apa saja keatas manusia yang dijadikan mangsanya termasuk menghalang mereka melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT.

Inilah kezaliman tertinggi mereka kerana menghalang mereka yang ingin bersembahyang di rumah Allah. Dan ISA ini adalah satu akta yang sangat disayangi oleh pemimpin UMNO. Sebab itulah kepada semua rakyat Malaysia berugama Islam, janganlah terpedaya dengan dakwaan pemimpin UMNO yang kononnya ingin membela orang Melayu dan agama Islam.Semua itu hanyalah palsu dan retorik saja. Tahanan ISA di Kem Kamunting telah membuktikan bahawa pemimpin UMNO, adalah mereka yang sangat benci kepada kepada Islam dan segala isinya.

Tahanan ISA –7 Tahun bukti kezaliman Menteri Dalam Negeri..

Ada satu permintaan supaya Hamid Albar meletak jawatan dari menjadi Menteri Dalam Negeri, namun saya yakin, ianya tidak akan membawa apa-apa makna.Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri adalah Pak lah@PM. Beliau zalim pada semua tahanan ISA namun setelah jawatan itu diserahkan pada orang lain, penggantinya, iaitu Hamid Albar, juga sama kejam dan zalim macam Pak lah. Tahanan ISA “JI” yang ditahan sejak 2002 itu masih juga belum dibebaskan dan mereka adalah bukti terhadap kekejaman dan kezaliman dua pemimpin UMNO ini.


Doa orang yang dizalimi.

Kami yang menjadi keluarga mangsa ISA ini, sentiasa berdoa supaya Allah akan mengangkat kekejaman dan penganiayaan yang sedang di lakukan oleh mereka keatas kami.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Kuasa , Maha Adil dan Maha Mengetahui, kami memohon supaya semua tahanan ISA segera di bebaskan dan kau balaslah mereka –Penguasa ISA yang menganiayai kami itu , dengan pembalasan yang setimpal dengan perbuatan mereka, yang tidak pernah terfikir oleh kami semua. Kaulah sebaik-baik pembalas.”

Note: Mat Sah, abah Suhaib yang telah hampir 7 tahun tidak dibenarkan Solat di Masjid.Kehidupan harian beliau hanya di sel berukuran 8 x 10 kaki. dan pintu sel sentiasa di kunci dari luar.









Read More !

Ikut Suka Aku (I.S.A)- Amer Hamzah Arshad

| | 0 ulasan


I.S.A. – Ikut Suka Aku, Ini Seksaan Aku
oleh Amer Hamzah Arshad


Rakus, kau perkosakan jiwa rakyat
Kau rampas anugerah kurnian ilahi
Apakah ertinya kebebasan dibawah belenggu kau
Apakah ertinya kemerdekaan dibawah pengaruh kau

Fitnah, kau lontarkan tohmahan kau
Kau palitkan arang ke muka ku
Apakah ertinya maruah dibawah fahaman kau
Apakah ertinya hak dibawah telunjuk kau

Zalim, kau seksa jiwa rakyat
Deraan ku menjadi hilai tawa kau
Kebebasan ku menjadi percaturan politik kau
Kemanusianku menjadi mainan kau

Kesejahteraaan negara kau kata
Keselamatan negara kau kata
I.S.A - Ikut Suka Aku, kau kata
I.S.A - Ini Seksaan Aku. kau kata

Akan kami leraikan jasad kau
Akan kami leburkan jiwa kau
Akan kami lenyapkan nama kau
Akan kami kuburkan kamu ... I.S.A.

Bangsat! Korup! Zalim!
Inilah ... seranah rakyat terhadap kau
Note: Amer, salah seorang peguam yang mewakili Habeas Corpus suami saya pada tahun 2004.
Beliau masih bersama-sama kami Gerakan Mansuhkan ISA memperjuangkan hak asasi mereka yang sedang di cabuli oleh Penguasa ISA, hingga kini.Siti Kassim, juga seorang peguam, antara peguam yang turut memberi sokongan terhadap kempen GMI.Gambar diambil ketika demo GMI, meminta semua tahanan ISA dibebaskan supaya dapat berhari raya bersama keluarga.

Read More !

HINDRAF DETAINEES FAST IN SOLIDARITY WITH "JI' AND 'DI' FOR ABOLISHMENT OF ISA DURING MONTH OF RAMADAN.

| | 0 ulasan


From: waytha moorthy Subject: FW: P.Uthayakumar Fasts During Month of Ramadan in solidarity with Muslim BrothersTo: "Norlaila" Date: Saturday, 27 September, 2008, 7:22 AM
#yiv178331374 #yiv335877868 .hmmessage P
{
HINDRAF
HINDU RIGHTS ACTION FORCE

No. 135-3-A, Jalan Toman 7,
Kemayan Square,
70200 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia. Tel: +606-7672995/6
Fax: +6-06-7672997 Email waytha@hotmail.com


Media Statement

Re: Hindraf Detainee fasts in Solidarity with Jemaah Islamiah and Darul Islamiah Detainees for abolishment of ISA During Month of Ramadan.

This is the fourth week in the Islamic holy month of Ramadan that Hindraf legal adviser P. Uthayakumar who is currently in detention without trial in an open court of law and held at the Kemunting Taiping, Kemta Prison is fasting in solidarity with fellow Jemaah Islamiah (JI) and Darul Islamiah (DI) detainees for the abolishment of the draconian Internal Security Act (ISA). P. Uthayakumar hopes Prime Minister Badawi would urgently release all ISA detainees especially for the Jemaah Islamiah detainees, some of whom have been detained for seven years now on the occasion of this Hari Raya Aidilfitri.

At Kemta Prison there has been zero racial or inter religious conflicts of any kind among the Chinese, Indian and Malay Muslims. Hindu P. Uthayakumar and two other Chinese Buddhists who are fasting on the occasion of the Ramadan month are invited to join the Malay Muslims detainees during the breaking of the fast. This unity coexistence and racial and religious harmony is because of the equality before the law (Article 8 of the Federal Constitution) and there are no special privileges for any detainee irrespective of race and religion and no detainee asserts supremacy or the social contract.

In fact the 49 UMNO controlled BBC members who were sent to Taiwan for a working visit should instead have come and stayed in Kemta Prison to learn appreciate and implement true multi-racialism and multi-religionism in the works. But UMNO and the Prison authorities have denied Uthayakumar and the other two Chinese detainees who were fasting the right to buy special food and cakes which has been accorded to the Muslims detainees. They are trying to break solidarity between the Muslims and the non- Muslim detainees.

In fact many JI and DI members support Hindraf’s 18 point demands to Prime Minister Badawi dated 12/08/2007 and struggle for equality and equal opportunities especially for Indians who have for the last 51 years been excluded from the mainstream development. One JI member specifically said that while the government gave him and his siblings’ scholarships to study overseas and who are now all professionals in the business and corporate sector and graduates, and his Indian neighbours in Kluang, Johor are in the same position their parents and grand parents had been living. In fact this JI member in welcoming P. Uthayakumar on their first encounter with Uthayakumar in the first week in Kemta Prison was “I have been here for seven years and didn’t give up. Keep up the struggle”. This golden word has helped and has and will keep up Hindraf’s struggle for as long as it takes.

Thank you,

Yours faithfully,

P. Waytha Moorthy
Chairman- (Currently in London)
Note: I gave a sharing in Seremban, April 2008.

Read More !

DEMO ISA , YB RODZIAH & DOA AKHIR RAMADHAN

| | 0 ulasan



Gambar atas.
Baru nak buka banner, sepantas kilat di rampas oleh polis. Selain banner, playcards juga turut di ambil dengan rakus. Semua lapisan kaum, Melayu, Cina dan India membenci ISA- (gambar itu membuktikannya).Makin lama kebencian itu semakin nyata. Ternyata, rata-rata rakyat Malaysia masih waras untuk membezakan yang haq dan yang bathil, yang adil dan yang zalim...namun malangnya perasaan murni itu tidak dirasai oleh Penguasa ISA itu sendiri....
Walaupun demo itu berakhir dalam masa yang singkat, namun kesannya tetap membara dihati rakyat....

Nota: Saya (bertudung merah cermin mata hitam) bersama Cynthia Gabriel Koordinator SUARAM.

Gambar tengah.
Sebaik saja "dihalau' oleh polis, saya dan Nashita bergegas ke pejabat EXCO Kebajikan Selangor, YB Rodziah. Ada PC disana. Buat pertama kali dalam masa 48 tahun, keluarga tahanan ISA dapat pembelaan dari pentadbiran sebuah negeri. Ini adalah rekod baru sesuatu yang istimewa menjadi anak Selangor!

Selama ini, kami mangsa ISA pernah menebalkan muka minta bantuan dari JKM ,Pusat Zakat dan Baitul Mal, tetapi..... kami dilayan seperti sampah .Bukan tiada usaha untuk bertemu pengarah JAKIM,Pusat zakat, atau Baitul Mal, tetapi orang2 besar di institusi itu sering mengelak bertemu kami dari GMI. Tak pelah... di dunia mereka mengelak, diakhirat nanti ,biar mereka jawab sendiri depan Allah SWT!Terima kasih dengan bantuan kewangan dan pengangkutan Bas dari K.L ke Kem Kamunting.

Nota: YB Rodziah bertudung hijau dan Nashita tersenyum menerima cek sumbangan dari Negeri Selangor.

Gambar bawah.
Walaupun rakyat dari semua lapisan minta supaya ISA di mansuhkan, namun, nampaknya pemimpin UMNO-BN tetap memerlukannya. Memang tiada jalan lain, melainkan PR mengambil tempat memerintah negara, barulah ISA akan dapat di buang dari Malaysia ini.

Lihatlah renungan kosong anak-anak ini.....adakah cukup sekadar membelai kepala mereka dan memberi kata-kata simpati? Jika tiada bantuan material pun, sekurang-kurangnnya, sama-samalah doakan agar mereka yang zalim akan segera dihapuskan Allah dari muka bumi ini. Di malam akhir Ramadhan ini, dalam sujud-sujud terakhir, pohonkanlah agar impian PR memerintah menjadi kenyataan dan semua mereka yang sedang dizalimi, akan dapat dibebaskan dari lubang neraka itu.

Nota:

Kanak-kanak itu ialah Fatih(baju merah) dan Fatihah, bapa mereka telah ditahan hampir 6 tahun pada bulan Disember 2008 ini.Ketika bapanya ditahan, Fatih berusia 9 bulan dalam perut ibunya. Beliau lahir tanpa bapa, dan usia sehari hingga kini, hampir 6 tahun, beliau hanya dapat bertemu beberapa jam dengan bapanya iaitu sewaktu menziarahi bapanya pada tahun 2004 dahulu.Pertemuan yang kurang dari 10 jam itu, tentunya tidak memberi sebarang maana dalam hubungan antara anak dan ayah. Fatih memang tidak pernah mesra dan kenal dengan ayahnya.

Apakah tidak zalim, orang yang memisahkan Fatih dan bapanya hampir 6 tahun???

Read More !

DEMO BY GMI: RELEASE ALL ISA DETAINEES!!!

| | 0 ulasan

These children are waiting the return of their beloved fathers from the Kem Kamunting hell hole. Please help them to voice out to Home Ministers ears that they want their daddies home to celebrate Hari Raya with them.

Details of the programme:

Day and date: Friday, 26 Sept.
Time: 12pm
Venue: Masjid Jame', K.L.
Attire: Any fashion in red and black .Dont forget the ISA badges.

Note:These are the children of Sabah ISA detainees.

Read More !

KAD RAYA DARI ABAH.

| | 4 ulasan



Aku menuju ke peti surat dan mengambil dua keping kad Raya yang dihantar oleh suami yang masih di "simpan " oleh Hamid Albar di Kem Kamunting.Satu untuk ku dan satu untuk Suhaib. Jari ku terlalu ingin untuk mengoyak dan membaca isinya tetapi segera disergah oleh Suhaib yang akan di hantar ke sekolah untuk program iktikaf dan mukhayyam." Ummi, kita baca kad dalam kereta saja lah, dah lewat ni..." kata-kata itu mematikan segala keinginan tersebut.

Aku memandu agak perlahan.Suhaib yang kelihatan agak ceria, memasang radio dan sesekali tersenyum mendengar celoteh DJ bertugas. . "Baca lah kad yang abah kirim tu" kataku sambil menjeling padanya yang tersandar disebelah ku. Dia segera mencapai envelope putih bersaiz 4 x 8 inci itu mengoyakkan kulit dan mengeluarkan isinya. Sebuah kad raya yang manis warnanya, coklat dengan kombinasi keemasan.
Suhaib membaca seketika ,tapi kemudian segera meletakkan kad itu didalam laci dashboard. Wajahnya tiba-tiba muram dan muncungnya kelihatan agak panjang.

"Kenapa ni? Apa yang abah tulis?Abah marah Suhaib ke" tanya ku bertalu-talu.
Suhaib mendiamkan diri.Wajahnya dihalakan ke arah tingkap sebelah kiri.

Aku sudah masak benar dengan sikap orang bujang disebelahku ini. Malas nak layan.Kami berdua sama-sama membatukan diri.Perjalanan dari Keramat ke Gombak terasa begitu lama sekali.Tiba di laman sekolah, Suhaib segera menghulurkan tangan, bersalam dan mencium tanganku.Aku ingin mencium pipinya tetapi cepat-cepat dia memalingkan wajahnya.Aku perasan hidung dan matanya nya merah sedikit.Tanpa sepatah kata, terus saja dia membuka pintu kereta dan berjalan meninggalkan ku yang masih termangu-mangu.

Aku mencapai kad Raya di laci kereta dan meneruskan perjalanan menghala ke Hulu Kelang. Aku cuba membaca kad Raya itu,tetapi tulisan yang agak halus itu menyukarkan aku memahami isi kandungannya. Aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan melihat kad itu semula.

" Suhaib, di Hari Raya ini, abah mohon jutaan maaf kerana sejak tujuh tahun yang lalu, abah tak pernah belikan baju Raya dan kasut baru untuk Suhaib.Abah juga terlalu ingin untuk membawa Suhaib ke kedai dan membeli barang-barang yang Suhaib suka. Abah juga minta maaf kerana tidak dapat membesarkan Suhaib dan memberi didikan yang baik sepertimana bapa orang lain.Abah terlalu rindu untuk bersama-sama Suhaib dan Umi dan menyambut Raya macam orang lain....."

Ohhhh!!!! Ucapan ini ke yang menyebabkan Suhaib muncung macam ikan todak. Aku pun terasa sayu juga membaca ucapan itu.Air mataku sendiri bergenang. Nasib baik aku sedang bersendirian di kereta.

Pada ketika itu, aku hanya mampu berdoa supaya kezaliman ISA segera di angkat dari keluarga kami.
Note: Gambar Suhaib ketika menyambut Aidilfitri tahun lepas. Tahun ini beliau masih menyambut Hari Raya tanpa Abah disisinya....

Read More !

WE "LOST' ABI FOR ALMOST THREE YEARS!!! - (1)

| | 2 ulasan



On Tuesday 23rd of Sept, I went to Sabah to meet the ISA detainees families.I was not alone. I was accompanied by HARAKAH chief editor, En Lutfi Othman, Anis Nazri(yellow headscarf) ISA journalist and Wan Zahari (not in the pic) the photographer.

Alhamdulillah, we managed to visit two out of five ISA families "home". My heart shattered at meeting Puan Norhata, who had to face difficulties to make the ends meet to raise her six children alone. Her husband, Abdul Jamal Azahari was taken away by the plaincloth policemen three years ago. The children never meet their father who currently occupying one of the dorm in Kem Kamunting, for almost three years.The poverty that wrapping their lives made impossible for them to go to Kem Kamunting, in Peninsular Malaysia.

My heart not only shattered, but also sick to learn that all of the six children did not go to school even though their range of ages were only 7 to 16 years old. I'm wondering, what is the colour of their future without having proper education at all....

During the visit, HARAKAH donated some money for them to use for the festive season.The children with the envelopes were smiling happily to get "duit raya' from En Lutfi."I can use the money to buy new clothes for coming Hari Raya" said Naseema 16,grinning, showing her beautiful white teeth.Currently, Naseema is working in the chicken farm, collecting chicken eggs with RM10 ringgit perday."I want to help lessen mum's burden to get enough income for the family" she added and her words really make me cry inside!!

Everyday, the mother and the children are waiting at the stairs of their old wooden house, the return of their beloved father. "I miss Abi(father) so much.I want to see him in the camp but I think its impossible...." said Naseem, 12 who never studied in any school like any kids of his age.

Poor them...the ISA made them lost their father, and may be they are going to loose their own future too...??

All pledges and donations will be sent to the ISA victims like them in phases.Please help us to ease their burden to survive ...

Read More !

HAMID ALBAR USED QUOTA TO RELEASE ISA DETAINEES??

| | 3 ulasan

To day, Saturday 20, I went to Wisma MCA to set ISA booth spared by the BC for GMI. My "twin" Nashita, collected me and the ISA merchandise at 8.12.As we arrived at the balcony, we received warm welcome from my dear "bro and sis" in BC like Usha,Siti, Tina,Fadiah, Allison, Amer and few others.The lawyers quickly help to arrange the GMI products like t-shirt,badges, books and at the same time pasting the posters on the wall. Some of these lawyers are not only vocal in court but also creative in marketing anti-ISA products.Most of the products were sold like hot cakes, especially the t-shirts.The GMI transparent-plastic made donation box showed quite a large number of RM50 notes....Alhamdulillah.

It was a big surprised when suddenly, I was invited to give my sharing to the audience. Well, as an activists, giving ISA sharing considered as part of job that should be grabbed and appreciated. Its quite nervous to stand there , infront of hundred of lawyers, that I missed some of the points I wished to share during my 5 minutes -waiting-for my turn.(I was called after YB Teresa finished her long speech and 7 days detention sharing.Oysim was not bad to help ease the strained inside me)

As usual Latheefa Koya would voluntarily gave her "sincere" comments upon my short sharing. I learnt that a number of young lawyers couldnt wait to listen to my first ever sharing with them...

Actually ,apart from thanking BC for their visitation to the detainees, I would also planned to congratulate YB Teresa for her release and asked if she would urge the DAP, to carry on with the anti-ISA campaign, especially to hilite those incarcerated for more than six years. I'm sure as the ex-ISA detainee herself, she could understand the value of human right and detention without trial.

What is the effect of 18 hours or 7 days detention ,compared to 6 years detention without trial in that hell hole???

I also planned to share this dialogue between my hubby and the SB, who visited Mat Sah a week before Ramadhan.

SB : Mat Sah, I hope you dont dream to celebrate Hari Raya Aidilfitri with your family next month.

Mat Sah : But why??

SB : You see, Home Minister will release about 12 detainees before Hari Raya, but when the list of detainees to be released reached your name, the quota was stopped at once.

Mat Sah : ????

Both my hubby and I ,laugh loudly upon hearing the story. This is something new. There is a quota to release the detainees!!!

The moral of the story, in 2002, my hubby was alleged as a member of "JI" that gave threat to the national security. In 2008, he would be release from the detention, if the quota is available.

Note: This pic was taken in the Parliament April this year.Sorry the photo is not that sharp, but can still recognise some of the lawyers that joined the pc with GMI.Standing from left, Andrew, Fadiah, Edmund,Tina. Sitting next to an empty chair (reserved for Datuk Seri Wan Azizah) sultry face and in dark suit is Lawyer Amer Hamzah.

Read More !

WE NEED AT LEAST RM20k FOR 40 ISA FAMILIES.

| | 5 ulasan

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) has a family support group named Pusat Sokongan Keluarga (PSK-GMI) which solely set up to look into the needs of the families(ISA victims) that separated from their husbands by the present government.

I join this group as a voluntary worker since 2004 and well understood that PSK has no financial institution expected to back up the financial problems of the families. Actually the money comes from the rakyat. Normally, to get a sum of money to be distributed to the families, especially during festive season like Hari Raya, my friend Nashita and I will have to drive donations from the public.

The needs of the families are different. A mother with 8 of course needs more compared to a "single parent' with only a child ,like me.And the occupation of the mother also put into consideration in the way we distributed the donations.We only cater basic needs of the families for like food and clothing, therefore, not much we can give each of them.

As we are getting nearer to the festive season, we, in PSK, put our biggest hope to you Malaysians to help us get th amount that can be distributed to these families to cover their basic expenses for the coming Hari Raya.We hope to give each families at least RM 300 - 800 each.Thats why we set at least RM20k in our account before the end of next week.

You may bank in your donations to May Bank 162209939776, under name of Nashita Mohd Noor, GMI's treasurer.

InsyaAllah, I'l try to update the amount we received, daily.

Note: Puan Dayang with her 5 children.This pic was taken last year.The detention of her husband was renewed in June this year after the first 2 years to the second of another 2 years.

Norlaila Othman@Merah Hitam,
0126892608.

Read More !

TERESA KOK RELEASED FROM ISA, OTHER DETAINEES???

| | 5 ulasan

Alhamdulillah, YB Teresa Kok was released from ISA, at 12pm today. I feel gratefull to Allah, though my husband is still occupying one of the cells there without any news, when is HIS turn to get out of that damn place!!!

I just want to share this sms that landed in my inbox with all of you....

"Happy for the released of YB Teresa but very sad to think WHY the authority didnt care to release those who were force to spent 6 years of their life in that horrible place without trial.If the PKR,DAP, MCA and MIC are sincere enough with their words, they should continue to pressure the government to release ALL ISA detainees regardless their background and allegations..Dont cheat the people!!"

Note: Look into the eyes of these small victims.They dont understand anything.The only thing they ever know is to ask, why their fathers were still kept in that dreadful place...

Read More !

FINANCIAL SUPPORT FOR THE ISA VICTIMS.

| | 6 ulasan



Today, the ruling party leaders are working hard to maintain in power although the urge from the people is very clear that Malaysians need other better person to lead the country. In other words, Malaysians need a new PM!!But of course its not that easy for the ruling politicians to let go their posts in the government. And , dont forget, they have ISA as the best tool cum fortress to make sure they can still clutch to power!!!
Last week's arrest of the three, beginning from RPK, journalist Tan and YB Teresa, created a big outburst to Malysians ,that made them realised,there were a number of people still incarcerated in the detention camp for years.
We urge the present government not to use ISA to others but, what happens to those who had been occupying the cells in Kamunting without trial for years, ? They were attended like convicts.Their lives were more than having the feeling of uncertainties because they had lost everything such as jobs and good name !
What happens to their families? Who is the breadwinner to make sure the kids survived?How are they surviving?
To All Caring Malaysians,
please spare some of your thought for them. How sweet if you can take a little of their distress by fullfilling their needs as a human.We, are about a week away to celebrate Hari Raya Aidil Fitri, and I would like to make a call to this blog readers, to spare some financial portion for them.I'm sure, your move will give a great help to them.
For further info of these families, I make myself available at 0126892608 or GMI's treasurer Puan Nashita at 0132096373.
Note: These are the pictures of Puan Halimah's family.A mother of eight, she makes soya bean drinks and sells it in Pasar Malam at Bahau, NS.The youngest is Ismail, 7.The father was taken away when Ismail was 3 years old.

Read More !

ISA SEPARATED US MORE THAN 6 YEARS!!!

| | 24 ulasan


These are the pictures of Suhaib, my only child.The first one was taken in January 2008 when his father(Mat Sah), visited his sick mom in Hoepital University Kebangsaan Malaysia. Suhaib is bigger and taller than his dad.
The second picture (below in the Greeting Card) was taken in January 2002. Suhaib was 8 years plus.3 months later ,his father was taken away from our house and never come home untill now.....
How time flies!! He grew up without his father for more than six years and counting. He asked, after six years, why the authority still didnt produce the evidence and charge his dad in an open court?
Dear readers/bloggers,
Hari Raya Aidil Fitri is coming. This year, Suhaib's dad would be celebrating the eid for the seventh time in the Kem. Just to make him happy, please care to send hari Raya cards to him at this address:
Mat Sah Bin Mohd Satray,
Tempat Tahanan Perlindungan,
34009 Kamunting,
Taiping.
Perak
Malaysia.


Read More !

TAN HOON CHENG:18 HOURS OF UNCERTAINTIES.

| | 0 ulasan


Alhamdulillah, Miss Tan, Sin Chew Daily journalist ,was released from the ISA after 18 hours of arrest.
I read with great interest about her '18 hours' experience detained under this 'beloved" act of the present ruling leaders.As I went between the lines, I realised, the Home Minister(HM) -Hamid Albar, didnt change at all the ISA script that commonly used to all its victims.
"She was detained under ISA because the government wanted to ensure her safety from the threat of the people" - HM Syed hamid Albar -2008 (Miss Tan Hoon Cheng)
"The Jemaah Islamiyyah"JI" detainees should be thankful to be detained under ISA because the govt wanted to ensure their safety from the US troops!!! HM Dollah Badawi in 2002.(Mat Sah Mohd Satray)
The sharing of 18 hours arrest was enough to tell the feeling of the victim. I compared Miss Tan's 18 hours, with my husband's 6 years plus detention , trying to find the ratio of it....One thing for sure, the both of them were the same victims of the ISA, regardless the brand that the govt put on them.
I couldnt imagine ,if I were to be in his shoes!!!
In Feb 2005, I managed to pass a letter to PM Dollah Badawi asking the released of my husband. Despite of his Islamic promised with the holy word- "InsyaAllah", I learnt later, a day after I met the PM, my husband was put in a sole confinement - a cell where there was no window, no fan, no light except small holes for air ventilation and the door of the cell was locked from outside.The key of the lock was kept by the warden on duty.
He was put in that cell from 2005 until now!!
Note: A picture of my husband, Mat Sah. He was detained in April 2002 untill now and never know when is the exact date of his released.A real marathon of uncertainties.....

Read More !

FAHAMILAH ISA - 4

| | 3 ulasan

Elemen ke 4 ialah, mendapatkan maklumat terkini dari aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Aktivis GMI adalah terdiri dari pemimpin NGO dan parti politik,Isteri Tahanan ISA, bekas Tahanan ISA, peguam ,golongan veteran , golongan muda dan individual yang amat perihatin terhadap isu tahan tanpa bicara.Kebanyakan mereka yang bersama GMI sekarang, adalah aktivis yang berpengalaman sejak tahun 2001 lagi, iaitu tahun pertama GMI di tubuhkan.

GMI ni unik kerana di anggotai oleh pelbagai bangsa di Malaysia.Selain bahasa Melayu untuk menyatukan rakyat Malaysia, satu lagi perkara yang dapat menyatu padukan rakyat yang berbilang kaum ialah kesedaran mereka terhadap akta zalim ISA!!!

Note: Baru saja menang Civil Society Award dari SCAH.Baris depan dari kiri Aliza jaafar, Nashita, saya, Ust Nuridah, Fadiah dan Asiah.Belakang dari kiri Ramadhan , Syed Ibrahim, Zainal Adnan dan Nalini- sekretariat GMI dari SUARAM.

Read More !

FAHAMILAH ISA - 3

| | 0 ulasan

Elemen ke 3 ialah kesanggupan dan kekuatan untuk berkongsi berita dengan media bagi mendedahkan kejahatan ISA, kejahatan SB,kejahatan Menteri Dalam Negeri(MDN) yang menguasai ISA.Contohnya, sentiasa bersedia untuk mengadakan sidang akhbar,tidak takut muncul di kaca tv, berkongsi maklumat dengan wartawan , memberi ceramah , menulis artikel dan lebih baik jika dapat menulis buku untuk mendedahkan segala keburukan isi ISA.

Namun, anda kena ingat, tidak semua media dan wartwan mereka jujur dalam membuat laporan.Biasanya, media dan wartawan akhbar alternatif seperti Malaysiakini, HARAKAH, Suara Keadilan...boleh dipercayai isi laporan mereka.Kebiasaannya juga media arusperdana seperti Berita Hairan, Utusan Melayau dan media yang sewaktu dengannya, memang tidak boleh dipercayai. Kita bercakap bahawa ISA itu zalim, keluar dalam laporan mereka esoknya, berita sebaliknya.

Sekiranya "anxious" menjawab soalan wartawan pastikan jawaban yang diberikan benar-benar hanya fokus kepada fakta ISA, iaitu tidak siapa boleh ditahan tanpa bicara dan sekiranya membuat kesalahan, bawa aja ke mahkamah!!! Jika anda merapu, jangan terkejut, jawapan yang keluar dari mulut anda akan "backfire" anda semula.

Saya selalu sebut, SB ni dia takut pada wartawan yang jujur dalam tulisan,sepertimana syaitan takut pada Al Quran!!!

Sorry ye.To be continued....

Note: Bersama wartwan HARAKAH ,Rohaya(tudung kuning), Anis (tudung biru) dan sukarelawan GMI, Nurul Hazirah.

Read More !

FAHAMILAH ISA-2

| | 0 ulasan

Elemen kedua yang perlu difahami adalah dari sudut perundangan. Kita semua ada hak sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, semuanya termaktub di Perlembagaan Persekutuan.Kita ada hak menganut ugama masing-masing, ada hak untuk berkumpul dsb.Tetapi semua hak-hak itu di langgar dan dicabuli oleh ISA!!! (Rujuk Perlembagan Persekutuan).

Kita tak perlu pelajari secara mendalam hingga menjadi seorang peguam, cukup sekadar memahami dalam konteks menjaga hak asasi kita supaya tidak mudah dicabul oleh orang lain yang lebih berkuasa.Itu je!!

Namun kena ingat, tidak semua peguam memahami mengenai ISA kerana tajuk mengenai ISA and Human Right, sangat minimum di silibus pengajian undang-undang. Inilah yang telah dilakukan oleh pemimpin UMNO yang terdahulu, mereka menutup segala bentuk fakta yang menerangkan tentang hak dan kebenaran dari diketahui oleh rakyat.

Setakat ni dulu. Wait for more....

Note: Saya bersama peguam Edmund Bon Tai Soon, peguam yang membuat Habeas Corpus suami saya pada tahun 2004 dulu dan beliau masih terus berjuang bersama kami di Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) hingga kini.(Ada ramai lagi peguam dalam team Edmund untuk kes HC tahanan ISA JI seperti Latheefa Koya, Amer Hamzah, Edward Saw ,Andrew,Tina, Fadiah dan ramai lagi....)

Beliau memberi nasihat pada saya dan suami, hak kami untuk menganut Islam dan mempertahankannya. Beliau mengambil contoh Kes Jamaludin Othman seorang Melayu Islam, yang telah memeluk Keristian dan ditahan dibawah ISA.Kes itu dibawa ke mahkamah dan menang. Jadi saranan beliau kepada kami berdua, jika Jamaludin sanggup mempertahankan kepercayaan barunya dan membawa kes itu ke mahkamah, kami sepatutnya lebih-lebih lagi berusaha untuk mempertahan ugama Islam yang kami anuti setelah dicemarkan oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Dollah Dawi yang mengatakan suami saya salah seorang ahli Jemaah Islamiyyah(JI) yang ingin mengambil alih Malaysia secara kekerasan, dimana tuduhan ini benar-benar telah memberi imej buruk kepada kami.

Dan Alhamdulillah, kes HC kami dilakukan secara pro-bono.

Read More !

FAHAMILAH ISA - 1

| | 0 ulasan

ISA- Internal Security Act wajib di fahami supaya rakyat tidak akan terus dijadikan mangsa oleh orang-orang yang sedang terdesak survival politik masing-masing.

Orang yang ditahan dibawah ISA, mesti bangun untuk mempertahankan hak peribadi mereka.Tetapi, untuk bersuara mendapatkan hak, mesti ada pengetahuan yang jelas tentang ISA dan segala isinya.Contohnya, salah satu elemen penting dalam ISA ialah kewujudan Polis Cawangan Khas@ Special Branch (SB).SB yang juga boleh di panggil Interrogating Officer (IO) adalah sejenis makhluk berupa manusia, ada rupa Melayu, China dan India tetapi mereka ini telah di latih supaya pandai dan bijak berubah-ubah seperti pelakon.Mereka boleh membawa watak baik,watak tegas, watak selamba dan watak bengis.Diatas segala-galanya, SB memang makhluk yang tugas mereka adalah berbohong dan mereka-reka cerita.

Cara SB bekerja boleh dibaca di buku YB Saari Sungib, yang pernah ditahan ISA 2 kali berjodol SB oh SB! Boleh dapatkan buku itu dari isteri beliau, Pn Alliza di hp 0192434120.

SB-SB ini telah di beri "green Light" oleh Menteri Dalam Negeri untuk memastikan, setiap tahanan ISA, mengaku bahawa:
1- ISA adalah baik untuk rakyat.
2- ISA tidak zalim.
3- Mereka (Tahanan) mengaku bersalah walaupun segala "kesalahan" itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah dengan di sertai bukti2 dan saksi2 dan tidak pernah didengar/diputuskan oleh mana-mana Hakim.

SB-SB ni juga yang sering ambil kesempatan keatas isteri2 tahanan ISA.Mereka tahu suami masih ditahan di Kem, jadi bebaslah mereka untuk mengunjungi isteri-isteri yang di tinggalkan oleh suami tadi.....

Stop sini dulu...nanti sambung di bahagian 2.

Nota: Gambar saya bersama YB Saari, Kak Aliza yang berdiri disebelah beliau dan Ct Norma di sebelah kiri saya.Ketika itu ada pelancaran buku Dunia Tanpa Suami jilid 2 yang kami tulis.

Read More !

DATO' AMBIGA DARI BAR COUNCIL.

| | 1 ulasan

" Kesian Ambiga..... tolong beritahu dia, ramai tahanan ISA support dia" itulah yang pernah disebutkan oleh suami saya, ketika lawatan keluarga beberapa minggu yang lalu.

Ketika itu, Ambiga teruk diasak oleh media kerana usaha beliau mengadakan forum "Memeluk Islam" yang telah mengundang kontroversi yang di timbulkan oleh NGO milik orang UMNO.

Tak kesahlah apa orang nak kata.Namun, dalam isu ISA, Ambiga dah 2 kali melawat tahanan ISA di Kem Kamunting.Beliau juga telah menyuarakan supaya membebaskan semua tahanan ISA dalam pertemuan dengan Hamid Albar dan ketika berucap di hadapan PM Dollah Badawi, awal tahun ini.

Ramai tahanan ISA tidak mendapat lawatan dari keluarga masing-masing kerana berbagai faktor seperti kewangan dsb.Jadi, bila Ambiga dan peguam-peguam dari Bar Council sering melawat mereka, tentulah lawatan itu sedikit sebanyak mengurangkan tekanan hidup yang mereka hadapi.

Sekiranya ada peguam yang ingin melawat tahanan ISA, bolehlah hubungi Puan Tina di hp 0122834056.

*** Hamid Albar pergi ke Kem kamunting, tapi beliau tidak lawat semua tahanan. Beliau cuma pilih beberapa blok saja untuk dilawati. Kemudian suruh tv 1 buat dokumentari menyatakan bahawa ISA itu baik dan sesuai untuk rakyat Malaysia.

Note: Ambiga berceramah di Forum bertajuk, ISA: Mansuh atau Pinda , di KLSCAH, sempena Kempen Bebaskan Tahanan 6 tahun ISA.

Read More !

YB TERESA KOK

| | 1 ulasan

GMI had a press conference to hi lite the arrest of RPK, YB Teresa Kok dan Miss Tan of SCJP under draconian ISA, at SUHAKAM , 2.30pm today.

SUHAKAM's Commissioner, Datuk Dr Denison Jayasoorya, who was present to receive the memo, promised to look into all suggestions demanded by GMI and Bar Council.In fact, there will be another PC, held at the same place, 12.30 tomorrow.

Before the pc ended, I stressed that, SUHAKAM should ensure that there's no such thing as to force YB Teresa to strip naked infront of the Investigating Officers(IO), no matter they were men or women.
During Ops Lalang 1987, a few Arqam women were detained and they were forced to crawl infront of the male IOs, naked!!As a woman, I'm so worried,that the same thing would be done to her...

YB, May Allah keeps u in His tender care....

Note:This picture was taken in June, in Shah Alam.YB was signing one of the letters for GMI Letter Signing Marathon "Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA."

Read More !

PR Malaysia Day Gathering,Stadium MBPJ,Mon 15/9,7pm

| | 1 ulasan

All are invited to Pakatan Rakyat's Malaysia Day Gathering at Stadium MBPJ, Monday 15/9 (to nite).Begins at 7pm with Buka Puasa, Terawikh prayers and followed by speeches from Lim Kit Siang, Hadi Awang and Anwar.

Note: This is an Anti ISA gathering in Penang Chinese Town Hall, in April this year.

Read More !

SYAMIL DAN SOFWAN

| | 2 ulasan

Syamil (baju kotak-kotak) berusia 4 bulan ketika ayahnya ditahan dibawah ISA.Kini Syamil dalam darjah 1. Sofwan kini dalam darjah 5.Ayah mereka ditahan pada 30 Disember 2001, hingga kini masih lagi menghuni salah satu dorm di Kem Kamunting.

Ada ramai lagi anak-anak yang sebaya Syamil dan Sofwan yang terpaksa meneruskan kehidupan tanpa ayah,sebagai ketua keluarga dan orang yang mencari nafkah untuk mereka sekeluarga.

Bagi Syamil dan Sofwan, hampir 7 tahun mereka menanti kepulangan Abi mereka, namun tidak diketahui bilakah impian untuk hidup bersama, akan menjadi kenyataan...

Melalui data Pusat Sokongan Keluarga GMI, ada 50 keluarga amat memerlukan bantuan dari anda semua. Sekiranya ada wang zakat atau tunai yang ingin di sumbangkan, sila hubungi Bendahari GMI ,Puan Nashita, 013 2096373 atau boleh disampaikan melalui di akaun May Bank 162209939776 .Sumbangan anda amat bermakna bagi semua yang sedang dizalimi.

Read More !

VIGIL IN PENANG,SUN 14 SEPT 2008,9PM

| | 0 ulasan

Cik Su Shi , dari SUARAM Penang yang juga wakil GMI disana, telah menegaskan, VIGIL akan tetap di adakan pada malam ini, depan Dewan Seri Penang, 9 malam. Walaupun wartawan Sin Chew itu telah dibebaskan semalam, perhimpunan Anti-ISA tetap diadakan sebagai satu solidarity kepada Teresa dan RPK yang masih belum dibebaskan.

Ini adalah peluang keemasan bagi orang Utara untuk sama-sama menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman ISA di Bulan Ramadhan yang mulia ini.

Details:

Venue:Depan Dewan Sri Penang,
Date : 14 Sept, Sunday.
Time : 9pm.

Orang di K.L mungkin boleh bersedia untuk menghadiri VIGIL di Stadium Kelana Jaya esok.

Note: Kenangan VIGIL di K.L, mula-mula diadakan di Dataran, kemudian bila di kejar FRU, terus pindah depan Bar Council. Ini lah gambar sebahagian dari mereka, Nashita,Ammar, Bro Nash, Syed Ibrahim dan Suhaib.

Read More !

KAMI BUKAN ANAK YATIM

| | 2 ulasan

"Majlis berbuka puasa antara Yang Berbahagia Puan Sri Salbiah...bersama anak-anak yatim".
Lebih kurang begitulah perkataan yang tertera di backdrop majlis berbuka puasa anjuran Exco yang menjaga kebajikan rakyat Selangor, diadakan di Istana Mestika,kediaman resmi Menteri Besar Selangor pada hari Sabtu, 13 Sept 2008.

Dalam perjalanan dari Taman Keramat ke Shah Alam, anak tunggal saya, Suhaib amat ceria , maklumlah pertama kali dapat jemputan berbuka puasa bersama isteri Menteri Besar.Syamil dan Sofwan anak Puan J, isteri tahanan ISA, juga kelihatan begitu gembira dan kelihatan tampan berbaju Melayu merah hati.

Namun, tanpa di duga, sebaik saja mereka melihat perkataan "...bersama-sama anak yatim" Suhaib terus menarik tangan saya supaya tidak masuk ke dalam dewan. "Umi...Suhaib bukan anak yatim..." kata Suhaib sambil menarik lengan baju kurung saya.Ketika pandangan saya jatuh kewajah Syamil dan Sofwan, kedua-dua wajah mereka keruh dan berkerut.Tiada senyuman di wajah ketiga-tiga anak-anak yang "ketiadaan" bapa hampir 7 tahun disebabkan akta zalim ISA.(Dan mereka faham, ibu-bapa mereka tidak pernah bercerai!!!)

Malas saya nak melayan kerenah Suhaib.Sebelum tiba waktu berbuka, kami di hidangkan Tazkirah dan alunan nasyid.Walaupun dewan itu berhawa dingin, namun saya rasa panas membara, kerana Suhaib tak henti-henti menyungut yang dia bukan anak yatim sepertimana ratusan tetamu cilik yang lain.

"Umi, lepas buka dan solat Maghrib, kita pergi Vigil je lah...." tambah Suhaib lagi yang mengetahui ada Vigil di Bukit Aman pada tarikh yang sama.Telinga saya tambah panas kerana saranan Suhaib di sambut gembira oleh Sofwan dan Syamil.

Tiba-tiba ada hebahan dari juruacara bahawa ada keluarga Tahanan ISA turut di undang berbuka puasa di majlis itu. Barulah Suhaib berhenti menyungut dan wajahnya kelihatan sedikit ceria.

Akhirnya,saya terpaksa membatalkan perancangan awal untuk berterawih di rumah MB.Sebaik saja selesai berbuka puasa, kami solat dirumah Puan Yati, yang terletak tidak jauh dari Istana Mestika , kemudian terus pulang ke K.L dengan harapan dapat menyertai Vigil.Namun harapan hampa setelah diberitahu bahawa program itu terpaksa ditamatkan awal kerana di halang oleh polis.

Nota: Lihat wajah "tension" kami berdua sementara menunggu berbuka puasa....semuanya gara-gara ada perkataan "...anak yatim".

Read More !

VIGIL AT BUKIT AMAN, 8.30PM,SAT13/SEPT

| | 0 ulasan

Jangan lupa bawa lilin sendiri ke VIGIL in Solidarity for RPK,Tan dan Kok di Bukit Aman, malam ini.

Kenapa Vigil di Bukit Aman?
Itu adalah diandaikan tempat ke tiga-tiga tahanan itu ditempatkan...

Details.

Date:Saturday 13 Sept.
Time:8.30pm
Venue:Bukit Aman Entrance.

Anjuran GMI.

Note: Vigil di Kamunting, 7 Jun 2008.

Read More !

IN SOLIDARITY TO RPK,TAN DAN KOK.

| | 2 ulasan

Pagi tadi, ada emergency meeting di pejabat SUARAM untuk membincangkan tindakan-tindakan yang wajar di ambil bagi menunjukkan "resistance and resilience" rakyat terhadap penahanan terbaru ISA.Penuh sesak ofis SUARAM yang comel itu dengan kedatangan aktivis Hak Asasi.

Antara tindakan tersebut ialah:
1-Mengeluarkan surat rayuan pada IGP, Menteri Dalam Negeri.
2-Mengeluarkan press statement- hampir semua parti dan NGO telah berbuat demikian
3-Menyertai Vigil yang diadakan oleh GMI(malam ini) ,esok di Penang dan Isnin di Stadium Kelana Jaya.
4-Memakai baju bertemakan merah -hitam setiap Ahad.
5-Memakai lencana ISA setiap hari.
6-...itu je dulu...banyak2 nanti lupa.

Ini adalah tindakan yang boleh dilakukan selain sentiasa memohon doa kepada Allah SWT setiap selesai solat, selesai tarawikh,selesai bertadarus dsb ,memohon supaya kezaliman ISA segera di angkat dari bumi Malaysia ini.

Hari ini juga, lencana ISA di jual bagai "goreng pisang panas".Lencana dan T-shirt GMI itu di beli oleh para aktivis yang mewakili NGO masing-masing, untuk di nerikan pada kawan-kawan dan ahli keluarga mereka.

Selesai semua, saya, Nashita dan K.Jije(isteri YB Saari Sungib-bekas tahanan ISA) beredar dan pulang ke rumah.Kami tidak menghadiri press conferen GMI di SCAH kerana ada urusan lain. Hanya Syed Ibrahim, Zainal Adnan dan Nalini- s/u GMI yang menghadirinya ditemani wakil NGO lain.

Note: Bukan gambar meeting tadi, tetapi salah satu mesyuarat dengan NGO dan wakil Menteri Terrorism UK, bertempat di SUARAM.

Read More !

ISA BERMAHARAJALELA DI BULAN RAMADHAN ??

| | 0 ulasan

Astaghafirullah!!!

3 tangkapan terbaru di Bulan Ramadhan?RPK kena pukul 1.10pm, Tan Hoon Chen 8.25pm,YB Teresa 11.25pm...

Bukankah sepatutnya di bulan yang mulia ni , jangan dicemari dengan kezaliman akta "detention without trial" ini?

Siapakah yang mencemari bulan yang mulia dan penuh barakah ini?Siapakah yang berkuasa mengeluarkan arahan supaya diadakan penahanan? Siapakah yang mencemar dan memburukkan Islam sebenarnya?Dimanakah perikemanusiaan penguasa ISA itu, orang perempuan pun dijadikan mangsa nya?

70 tahanan ISA di Kem, belum lagi dibebaskan, ini ada penahanan terbaru pula.Adakah disebabkan ada 12 tahanan akan dibebaskan sebelum Syawal, maka tempat yang bakal kosong itu perlu di isi dengan segera ?

"my editor said,gov got a list of people they want to arrest including opposition party leader n blogger..." sedih saya tengok sms dari salah seorang AJK GMI ni.Sedih kerana memikirkan, akan ramai lagi insan yang tidak bersalah, yang memperjuangkan kebenaran, akan di seksa oleh akta zalim itu...

Note: Gambar anak-anak tahanan ISA yang bapa mereka masih ditahan di Kem Kamunting.

Read More !

APA KHABAR PENGUASA ISA??

| | 1 ulasan

Saya rasa, sebut je 16 September, ramai yang dah tahu apa berita terkini semua para penguasa ISA tu. Ya..mereka ada ISA yang dianggap seperti "TUHAN" yang menyelamatkan kareer politik mereka.

Mereka lupa, mangsa ISA yang dah hampir 7 tahun merengkok di Kem sana, pagi petang,siang malam berdoa agar Allah memberi balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka selama ini. "Di dunia kita tuntut, di akhirat pun kita tunggu" kata salah seorang dari tahanan itu.

Lihatlah PM Dollah Dawi, kesian dia... sana-sini penyokong sendiri suruh letak jawatan. Tun Dr M, orang pertama yang menyumbatkan tahanan "Jemaah Islamiyyah" ke Kem Kamunting, pun hidupnya tak tenang...

Saya akan tunggu dan lihat, apakah episod seterusnya yang akan berlaku pada mereka. Well...siapa yang suruh mereka pandai-pandai jadikan rakyat sendiri sebagai "kambing hitam?", tergamak memisahkan anak-ayah,suami isteri bertahun-tahun tanpa sebarang bicara??

Manusia kah penguasa ISA itu???Jika ya, dimanakah perikemanusiaan mereka?

Saya doakan DSAI akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan kembali hak-hak rakyat Malaysia yang telah dinafikan, bukan kami mangsa ISA saja. Cuma satu janji DSAI yang saya ingat sewaktu berjumpa beliau pada 16 April lalu(gambar)." Hari ini kita perentah, esok semua tahanan tu dibebaskan".

Wallahualam.

Note:Nashita, saya, DSAI, Syed Ibrahim(Pengerusi GMI) dan Kak Animah,MT PKR.

Read More !

KEMBAR SAYA

| | 0 ulasan


Di kalangan teman-teman aktivis anti ISA, ramai juga yang kata saya ni kembar pada Nashita.(Nama penuh dia Nashita Datuk Mohd Noor)

Mereka kata rupa kami memang hampir-hampir sama walaupun saya di lahirkan di Sungai Besar, Sabak Bernam dan beliau di lahirkan di Alor Star, Kedah, pada tahun yang berlainan!!


Yang jelas, beliau lebih senior dalam perjuangan mendapatkan hak yang telah dirampas oleh akta zalim ISA.Beliau secara tak langsung menjadi "PA" pada Kak Jije, sewaktu Pak Abu ditahan di bawah ISA dari tahun 2001 - 2003.Pengalaman beliau memang hebat dan saya banyak belajar dari beliau.


Sekarang ni, Nashita dan saya sama-sama menguruskan Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (PSK-GMI) bersama Kak Jije (Isteri YB Saari Sungib) dan Ustazah Nuridah, Ketua Muslimat PAS Malaysia.
Note: Gambar ini diambil sewaktu saya dijemput memberi perkongsian di Gereja Methodist, di Seremban bersama penyokong HINDRAF.


Read More !

SHARIMILA SANJEEV KUMAR

| | 0 ulasan

"Tahniah Mila kerana Sanjeev dah dibebaskan" kata saya kepada Sharmila, isteri Tahanan ISA Sanjeev Kumar yang dibebaskan semalam.
"Ya, saya sangat gembira dan terimakasih pada GMI" katanya sambil menangis teresak-esak. Pelik! Sedih menangis, gembira pun menangis.Apa pun, kami di GMI amat gembira, akhirnya Sanjeev yang lumpuh tu, pulang semula ke pangkuan keluarga tercinta.

Berbeza dengan isteri tahanan ISA HINDRAF, Mila seorang wanita muda yang amat sederhana tetapi berani dan bersemangat tinggi.Buktinya, sejak mengetahui ada GMI, beliau dan abang iparnya ,Gunalan, sentiasa hadir ke program GMI.

Mila sering ber sms dengan saya untuk meluahkan segala sesak didada.Mereka bercinta selama lebih 5 tahun, baru berkahwin 5 bulan, telah dipisahkan oleh ISA.Oh!!! Syahdu sunggu kisahnya.
Kini, Mila boleh menarik nafas lega kerana suami tercinta telah kembali ke pangkuannya.

Read More !

CT NORMA

| | 2 ulasan

"Kak Laila, terimakasih jagakan Norma untuk saya...he he he" ceria sekali suara Abdullah Minyak Silam, suami teman rapat saya, yang telah dibebaskan dari ISA akhir bulan Ogos yang lalu.Seolah-olah Indonesia dan Taman Keramat begitu dekat sekali.Abdullah telah dihantar pulang ke Indonesia, setelah di tahan di Kem Kamunting hampir 7 tahun.

Panggilan telefon dari Dollah di subuh hari itu menyebabkan seolah-olah jantung saya terhenti seketika, teringat Abah Suhaib yang masih di kurung di kem sana... apa agaknya khabar beliau?

Saya memang sangat rapat dengan Ct Norma.Lebih 6 tahun, sama-sama ke Kemta(kalau memandu brutal sikit), sama-sama pergi meeting GMI dan sering bersama dalam sidang akhbar...cuma beliau agak kureng sikit mendapat liputan media kerana mengajar di sekolah kerajaan...Pernah sekali gambar beliau keluar di Suara Keadilan dan ada SB hantar akhbar itu ke sekolah. Penat juga dia menjawab pelbagai soalan dari GB nya...

Kami memang macam ada iras sikit, sama-sama ada "chinese feature".Ditakdirkan,anak kami cuma seorang, lelaki, sebaya pulak tu.Pernah sekali saya ke Kem Kamunting tanpa CT.Ramai warden kem dan SB merisik khabar samada saya dan Ct Norma bergaduh hingga tak pergi ke Kemta bersama-sama!!(Jahat betul mereka tu)

Kini CT tak perlu ke Kemta kerana suami beliau telah bebas. Tak sangka, ada warden wanita melahirkan kesedihan kerana saya kini memandu bersendirian. Malahan, ada warden kem@SB dengan beraninya ucapkan takziah pada saya kerana saya kini tidak lagi ditemani Ct ke sana...

Secara peribadi, memang saya "miss" CT terutamanya ketika memandu ke Kem Kamunting..tapi gembira dan bersyukur kerana tekanan perasaan beliau sebagai isteri tahanan ISA telah berlalu.

Read More !

FATHER AND SON.

| | 0 ulasan


As usual, the family meeting between my husband and I lasted for 45 minutes, via intercom. My physical development, Suhaib’s and his father’s can only be seen through the transparent glass separating between him and us. My husband couldn’t stop smiling looking at how his only son is growing up and getting taller than he is. The three of us took turns talking. Suhaib tried to share his plans and ideas during the upcoming school holidays with his father... only until realising the fact that none of it could be done with him. His father could only provide his only son with general advice. One of them is that he should consult and ask for his mother’s (mine) consent in anything that he wants to do...

Truly, the father and son sharing session would usually end up in a dead end. Just imagine! More than 6 years, the both of them have not lived under the same roof. The short 45-minutes meeting every now and then actually don’t really help much for the both of them to express their feelings.....
Note: This pic was taken in January 2008, in the hospital of UKM.Mat Sah was taken to K.L because his mother was sick and warded in that hospital.

Read More !

SIX YEARS IS ENOUGH

| | 0 ulasan

Remembering the past 6 years

Looking back, in 2002, the first year my husband was held, I only stayed in the house. I needed time to adjust to being a single mother. After work, I divided my time to settle personal errands like going to the bank, paying bills or going to the shops for groceries. I was extremely grateful because my employer was open and very concerned about my predicament. Before coming to know the human rights activists, my friends at the workplace were the ones who gave me the moral support and spiritual encouragement to give me strength to face the hardships caused by the oppressive ISA.

I’ve never told anyone , since the past 6 years, my life was really at the at the standstill. I had no intention or planning to go for vacation, shopping for new clothes, going for window shopping at goldsmith shop or even watching my favourite tv series…
There were too many things disturbed my mind.I have to be very strict with my budget and the thought of going to visit my hubby in Kamunting Camp was the biggest thing that tortured my mind…..

And each time I looked to the sad face of my son, my heart shattered…. on why was he being the one who had to shoulder all these burdening and stressful life. The agony of veing separated from his father, showed clearly through his eyes…


Yearnings

Suhaib, our only child, and I, missed Mat Sah very much. At times, the yearnings creep into our sleep. I once dreamt that my husband came home and everything seemed so real, but when I awoke, I was crying like a baby. My son once sleepwalked to the door, saying his father was standing outside the front door, having been released from camp. But it was all just a dream...

Note:Suhaib's father was detained in April 2002 and until now, he is still occupaying one of the cells in Kamunting Detention Center.That picture was taken in Nov 2007, Suhaib's 14th birthday.

Read More !

Hari Merah Hitam- Stadium Malawati, Shah Alam.

| | 0 ulasan

Perisytiharan Hari Merah Hitam telah di adakan pada 28 Jun di Stadium Malawati, Shah Alam dalam satu majlis "Malam Himpunan Rakyat Anti-ISA".

Pada malam itu para hadirin yang hadir mendengar ceramah yang disampaikan oleh YB Saari Sungib, YB Tan Seng Giaw, YB Sivarasa Rasiah, YB Dr Nasir Hashim, S.Thanenthiran dari Hindraf dan Hj Muhd Sabu dari PAS.

Hari Ahad di pilih sebagai hari Merah Hitam dan pada hari itu, semua rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman, diminta memakai pakaian bertemakan merah/hitam sebagai tanda protes berterusan terhadap penggunaan akta zalim ISA.

Saya harap, anda semua sudi-sudikan diri untuk memakai pakaian bertemakan warna itu pada setiap hari Ahad,sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan membebaskan semua tahanan ISA yang masih di simpan di Kem Kamunting.

Read More !

Forum ISA- Mansuh atau Pinda.

| | 0 ulasan


Forum ISA yang bertajuk Mansuh atau Pinda telah diadakan pada 17 Jun di KLSelangor Chinese Assembley Hall. Forum ini dibarisi oleh Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Presiden BAR Council Datuk Ambiga Sreneevasan, Cik Fadiah Nadwa Fikri, seorang peguam, sebagai moderator, YB Tian Chua MP Batu dan saya mewakili keluarga tahanan ISA.
Alhamdulillah, forum ini mendapat sambutan yang memuaskan.Dewan auditorium itu penuh sesak dengan penonton!!!(Semua panelis bersetuju ISA sepatutnya dimansuhkan saja).

Read More !

Vigil Di Kamunting

| | 0 ulasan



Satu perhimpunan Vigil akan diadakan di hadapan Kem Kamunting pada hari Sabtu 7 June 2008. Perhimpunan ini dianjurkan oleh GMI Perak dengan kerjasama GMI Pusat. Perhimpunan Vigil ini adalah salah satu dari dua program berbentuk perhimpunan rakyat, sempena Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun-ISA.

Perhimpunan Vigil ini diadakan pada waktu malam, dihadapan Kem Kamunting, satu kawasan yang digunakan untuk menempatkan 70 tahanan ISA yang ditahan , dikurung dan dilayan seperti banduan. Ada diantara tahanan itu,telah ditahan disana, melebih 6 tahun lamanya.Kesemua mereka tidak pernah dibawa ke mana-mana mahkamah untuk dibicarakan segala dakwaan atau fitnah yang telah dilemparkan keatas mereka selama ini.
Disebalik sekatan jalan raya dan amaran supaya tidak menghadiri perhimpunan aman ini, ternyata lebih 1000 protesters dari seluruh Malaysia ,tanpa rasa takut, telah menghadirkan diri dimalam itu, sebagai tanda sokongan supaya semua tahanan segera dibebaskan.

Read More !

Cukuplah Enam Tahun Mereka Dizalimi...

| | 0 ulasan


Cukuplah enam tahun mereka dizalimi..."

Anis Nazri Foto Wan Zahari Wan Salleh Fri Apr 11, 08 2:17:50 pm MYT
Penahanan lanjutan tanpa alasan kukuh dan munasabah seharusnya dihentikan kerana mangsa dan keluarga tahanan ISA sudah terlalu lama menderita setelah mangsa ditahan lebih enam tahun.


Sehingga hari ini, berdasarkan statistik terkini GMI yang diperolehi daripada sumber keluarga tahanan, seramai 10 tahanan akan cukup tempoh enam tahun penahanan mereka, termasuk lima tahanan yang telah dilanjutkan penahanan mereka untuk dua tahun berikutnya, menjadikan lapan tahun.


"10 tahanan yang dinamakan 'Jemaah Islamiyyah' (JI) adalah tahanan ISA yang paling lama ditahan di bawah ISA di abad ke 21 ini. Sepanjang tempoh ditahan, tiada satu pun bukti yang dapat dikemukakan pihak Kemta. Mengapa tempoh ini perlu dilanjutkan?" soal Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, dalam sidang media, di Dewan Perhimpunan Cina, hari ini.
Justeru, GMI telah merancang satu kempen khas untuk mereka yang ditahan selama enam tahun ini yang bertemakan "Cukuplah enam tahun mereka dizalimi' dengan harapan rakyat turut bangkit memberi sokongan.


Menurut Pengarah Program kempen ini, Norlaila Osman, kempen ini telah bermula sejak Februari 2008 dan akan berlanjutan hingga Jun 2008.


"Walaupun pada dasarnya kempen ini diadakan khas untuk mereka yang telah ditahan selama enam tahun, namun GMI sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa semua tahanan ISA hendaklah dibicarakan atau dibebaskan," tegas beliau, yang juga merupakan seorang isteri tahanan ISA, Mohd Sah Satray, yang kini masuk tahun ke enam ditahan.


Antara kempen yang dijalankan GMI ialah 'Letter Signing Marathon/ Petition On-Line'yang bermula April ini, kempen poskad (Mei), mogok lapar dan 'vigil' (Jun).


Kempen 'Letter Signing Marathon' dan 'Petition On-Line' ini boleh dicapai melalui laman web Suaram, www.suaram.net (bahagian 'events') dan petitiononline.com/NoISA/petition.html.
"Jika rakyat telah menunjukkan keberanian menolak kerajaan BN dengan menafikan dua pertiga dalam parlimen, maka bangkitlah dan tunjukkan keberanian sekali lagi dengan mendesak kerajaan membebaskan tahanan enam tahun serta semua tahanan yang ditahan di bawah ISA yang zalim," tegas Norlaila.


Sementara itu, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, menyerahkan sumbangan cek bernilai RM3000 kepada GMI, hasil sumbangan daripada pembaca Harakah yang prihatin dengan kesengsaraan keluarga mangsa ISA, khususnya isteri dan anak-anak.


"Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban perasaan dan kewangan yang ditanggung isteri dan anak-anak mangsa ISA. Saya juga merakamkan terima kasih kepada penderma yang bermurah hati menyumbang untuk tujuan ini.


"Harakah akan berusaha menimbulkan kesedaran awam, bukan saja untuk terus menentang kezaliman ISA dan berkempen membebaskan semua mangsa di Kamunting, tetapi juga mengutip bantuan kewangan untuk disalurkan kepada keluarga mangsa yang amat memerlukan," ujar Lutfi.

Read More !

MERAH HITAM

| | 3 ulasan

MERAH HITAM telah dipilih sebagai tajuk bagi blog ini kerana saya masih lagi dizalimi oleh akta jahat ISA.

Sejak Mat Sah, ayah kepada anak saya ditahan oleh kakitanganMenteri Dalam Negeri pada bulan April 2002, hingga kini, beliau tidak pernah pulang kerumah. Bukan setakat itu saja, beliau yang tidak pernah dibicarakan dimana-mana mahkamah terbuka di Malaysia , selama 6 tahun ini, merengkok di Kem Kamunting dan dilayan bagaikan seorang banduan.Walaupun di Malaysia ini ada banyak penjara yang berhampiran dengan tempat tinggal saya di Kuala Lumpur, namun tahanan ISA seperti beliau hanya ditempatkan di Kem Kamunting, di Taiping, Perak yang jaraknya hampir 350km dari rumah kami.

Untuk bertemu dengannya,saya dan Suhaib terpaksa bermusafir selama hampir 4 jam ke daerah itu dan dibenarkan bertemu selama 45 minit saja.Dan…saya telah melalui kehidupan yang memeritkan seperti ini lebih dari 6 tahun!!!Telah ditakdirkan menjadi mangsa ISA, saya tidak hanya berdiam diri menadah tangan di tikar sejadah saja.Selain berdoa,saya juga melibatkan diri dengan para aktivis hak asasi manusia dibawah platform Gerakan mansuhkan ISA (GMI).Saya menuntut pada pihak berkuasa,hak-hak peribadi Abah Suhaib sebagai seorang manusia bebas dan merdeka, yang kini sedang dicabuli dengan serius oleh akta zalim ISA ini.Kini, ramai yang mengenali saya sebagai salah seorang aktivis GMI.

Warna merah adalah menandakan perjuangan saya masih tetap membara dan berterusan manakala warna hitam mewakili kehidupan kami mangsa ISA yang sentiasa dalam keadaan sukar dan penuh dengan penderitaan.

Dan hari Ahad telah di uar-uarkan sebagai hari Merah Hitam kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin dengan isu ISA ini. Pada hari itu,semua rakyat Malaysia yang bendikan kezaliman dan cintakan keamanan,diminta untuk memakai pakaian yang ada unsur warna merah dan hitam sebagai tanda protes berterusan terhadap akta zalim ISA ini.

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]