SUHAIB Vs NAJIB

| |

"Umi, entah apa lah nasib Abah kalau Najib jadi PM ya?" terkejut saya dengar Suhaib bersuara.
"Mungkin dia lebih baik dari Pak lah dan bila jadi PM, dia terus bebaskan tahanan? " jawab saya pula.
"Oohh!! maknanya kita kena tunggu bulan Mac pula lah ya" tanya beliau sambil tersenyum penuh makna.
"Tapi, ramai oran g kata Najib lagi ganas dari Pak Lah... orang kata dia bunuh orang Monggolia"
bisik Suhaib.
"Issshhh....Suhaib percaya ke cerita-cerita tu?" saja saya menduga.
"nape Najib tak masuk mahkamah?" soalnya lagi.
Saya hanya mendiamkan diri.
"Umi, apa perasaan dia kena tuduh pembunuh?" tanya Suhaib lagi.
Saya terus membatukan diri
"Umi, mana lebih teruk, dituduh membunuh atau di tuduh jadi ahli "Jemaah Islamiyyah"?" nampaknya Suhaib masih belum puas bertanya.

Suhaib ada banyak persoalan tentang PM baru kerana risau dengan nasib bapanya. Rakyat Malaysia yang lain bagaimana?

Note: Walaupun dia anak tunggal dalam keluarga, namun Suhaib ada ramai "adik-beradik dan ahli keluarga" yang menjadi pejuang anti-ISA.
Bersama Wasilah, Asiah dan Asma Bad latif. Mesra bersama Pak Abu@YB Saari Sungib.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]