TAHANAN 6 TAHUN ISA:Anak-anak adalah saksi kezaliman UMNO/BN!!

| |
Allahyarham Aina Mardhiah membesar tanpa ayah sejak umurnya 11 tahun hinggalah dijemput Illahi pada umur 17 tahun.Ayah Aina, Shahrial Sirin tidak dapat membesarkan anak-anaknya termasuk Aina kerana ditahan tanpa bicara selama lebih dari 6 tahun.Kejahatan SB dan Menteri Dalam Negeri yang tidak kenal perikemanusiaan terserlah sejak 6 tahun lalu dan kemuncak kezaliman itu ialah bila Aina menghembuskan nafas terakhir tanpa diberi peluang oleh SB/ Menteri Dalam Negeri bagi beliau untuk bertemu bapanya walaupun ketika itu ,Aina dalam keadaan koma.Aina membawa segala kesukaran hidup membesar tanpa ayah, hingga ke liang lahad.
Bagi anak-anak ini, bapa mereka juga sudah hampir 6 tahun di kurung tanpa bicara di Kem Kamunting.Mereka ini setiap saat menjadi saksi terhadap kedurjanaan SB dan Menteri dalam Negeri .Setiap nafas yang disedut, akan mambawa bersama doa-doa supaya mereka yang ditahan,segera di lepaskan manakala orang yang melakuakan maksiat besar itu, biarlah segera diberi balasan oleh Allah swt, yang tidak pernah terfikir oleh kita manusia, bagaimana rupa balasan itu.Allah saja Maha bijaksana dan Maha Mengetahui.

Note: Shahrial telah dibebaskan pada Ogos 2008, setelah 6 tahun 7 bulan ditahan dibawah ISA.Kini beliau terpaksa balik ke Indonesia.

1 ulasan:

Ummie berkata...

Tiada perkataan yang boleh diturunkan setiap kali mengunjunjungi laman ini. Hanya hati yang berat dirasakan tiap kali meninggalkannya. Adakah perkataan 'sabar' cukup menenangkan keadaan?

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]