Perjuangan berterusan dari teman-teman dan para penyokong GMI memberi kekuatan semangat pada semua tahanan ISA bahawa ada orang yang masih "care' dengan nasib malang mereka......
Bagaimanakah tahanan ISA menghilangkan stress mereka?
Bicarakan dia di mahkamah......
Ini kesah sebenarnya. Isu ISA memang itdak pernah masuk dalam senarai untuk dibincangkan, tetapi ianya tiba-tiba saja disebut oleh YB Jidin Safee (BN) dan YB Siti Zailah (PAS)
" Semasa Hishamuddin terkulat-kulat mencari idea untuk menjawab soalan tentang ISA, YB Dr Lo Lo dah sedia bangun dengan soalan beliau sendiri...Ketika menanyakan soalan itu, tubuh Dr Lo Lo menggeletar kerana merasa terlalu marah dan geram dengan jawapan Menteri Dalam Negeri yang seolah-olah cuba mencari perkataan sesuai untuk mempertahankan ISA" kata Puan N, salah seorang wartawan Harakah yang berada di Parlimen ketika itu.
“If the government has proof of their activities, they should be tried in court and be given a chance to defend themselves,” she added. Hishammuddin said the ministry was reviewing the laws under its purview, including the ISA, and as long as they have yet to be amended, the existing laws remain.
ISA mengancam institusi kekeluargaan....
Setiap kali berpeluang menghadiri majlis akad nikah ,tidak kira pasangan muda atau veteran, aku akan berdoa semoga kegembiraan mereka tidak akan diganggu oleh ISA. " Kami bernikah dah enam bulan, saya kerja di Sabah dan suami di Perak... kami jarang-jarang dapat bersama.Ketika inilah kami betul-betul dapat merasai bagaimana perasaan Mak Cik...." kata As padaku sewaktu aku menghadiri majlis akad nikah adiknya, beberapa hari yang lepas. Keluarga As adalah jiranku yang paling dekat dan kami amat rapat. As, sepertimana lazim wanita berkeluarga lainnya, memegang tangan ku sambil mengucapkan kata-kata yang baik dan memintaku bersabar. Dan sebagai balasan, aku mendoakan supaya As dan suaminya akan segera dapat bertugas dinegeri atau daerah yang sama kerana perpisahan mereka adalah atas kehendak masing-masing, bukannya secara terpaksa sepertimana dipisahkan oleh ISA. Majlis pernikahan Ika yang diadakan di surau perumahan kami berjalan dengan lancar. Sebelum upacara akad nikah dijalankan, semua yang hadir kelihatan tenang mendengar khutbah nikah yang disampaikan oleh Pak Imam dengan caranya yang selamba dan tersendiri. Ada kata-kata yang menyentuh perasaan dan ada juga yang agak melucukan.
"Mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor, sekiranya suami tidak menunaikan nafkah zahir bathin selama 4 bulan dengan rela hati atau terpaksa , maka isteri dibolehkan mendapatkan fasahk dengan harga RM... " aku segera teringat kisah Puan D, bekas isteri pada salah seorang tahanan ISA yang kini masuk 8 tahun ditahan di Kem Kamunting, beliau terpaksa memohon dilepaskan kerana tidak tahan dengan tekanan hidup sebagai isteri tahanan ISA. Beliau (Puan D) mengambil masa beberapa tahun memikirkan hal tersebut dan tiga tahun yang lalu, beliau telah mendapatkan haknya yang dibenarkan oleh syariat Islam. Walaupun pasangan itu telah dipisahkan oleh lafaz cerai di Mahkamah, ianya belum cukup untuk meraih simpati dari Menteri Dalam Negeri supaya membebaskan saja tahanan tersebut yang tidak pernah dbicarakan dimana-mana mahkamah di Malaysia ini.
2002 -2009: Tag "mangsa ISA" masih tersangkut di namaku.
Tahun 2004.
Aku bersama wanita-wanita berani dari kalangan keluarga tahanan ISA yang di labelkan sebagai ahli Kumpulan Mujahidin Malaysia kemudian bila nama Mujahidin itu memberi makna yang baik,terus ditukar pada Kumpulan Militan Malaysia (KMM).Aku berdiri paling hujung disebelah kiri, cuma nampak tangan memegang badge ISA saja.Antara yang masih ku ingat ialah Suhaini, Saadah,Hendon, Naimah dan Rahmah. Semua suami mereka yang di tahan antara 2001 hingga 2005..... telah pun dibebaskan.
Aku bersama GMI membawa mereka ke KDN untuk menuntut supaya suami mereka di bebaskan.
PANAS!!!!Mereka juga aktivis anti-ISA!
Kelihatan YB Dr Zulkifly Ahmad MP Kuala Selangor, dibelakangnya Ust Badrul Amin sedang bercakap di telefon.
"Kak, thanks for coming..." kata Ginie Lim kepada saya. Seketika kemudian saya di sapa oleh Black (Amin), Kohila -PSM, sambil melambai tangan pada Aiman dan tiga orang muslimat yang sama-sama ditahan ketika demo protest turun harga barang di KLCC tahun lepas(2008).
Tahanan ISA, United Nations dan Palestine.
"Selepas balik dari United Nations ni, ada peluang tak bapa Suhaib dibebaskan?" tanya Kak Jay mengharap satu jawapan yang pasti dari ku.Sengaja ku larikan mataku dari bertembung dengan sepasang mata tajam beliau. Dalam hati berkata , bijak juga Kak Jay memerangkapku dengan soalan yang tiada jawapan ini........Namun aku yakin, soalan itu datangnya dari hati yang ikhlas.......
"Bila kita bercakap tentang ISA, sebenarnya tiada suatu perkara pun yang ada kepastian didalamnya..... Jangan kata dapat dipastikan bagaimana nasib tahanan yang sedang merengkok didalamnya, nasib Menteri yang menjaga ISA itu pun belum tentu lagi kedudukannya. tengoklah, sebelum bekas tahanan ISA Hindraf Uthayakumar dibebaskan, bekas Menterinya, Hamid Albar kena lepaskan jawatan tu dulu...." rasa macam "loyar buruk" pula jawapanku pada Kak Jay. Tapi semuanya memang berdasarkan fakta.
"Mengadukan masaalah penahann tanpa bicara yang masuk 7 tahun ke United Nations juga salah satu tindakan "try an error". Sebenarnya, jawatankuasa kerja di Human Right Council dah tahu tentang hal ini sejak tahun 2008, pada bulan Oktober mereka dah minta peluang untuk melawat tahanan tersebut d Kem Kamunting, tetapi maklumat itu samada tidak disampaikan pada Menteri Dalam Negeri ataupun di bakulsampahkan oleh SB yang begitu ramai memenuhi kementerian itu...." panjang lebar jawapanku.
United Nations(UN) hanya boleh membuat satu perbandingan fakta antara mangsa ISA dan pihak yang menahannya iaitu Menteri Dalam Negeri(KDN), kemudian membuat beberapa saranan dan cadangan yang bersifat kemanusiaan supaya samada tahanan itu dibebaskan atau dibicarakan... ..setakat itu sahaja. Kes pencabulan hak asasi ini pernah berlaku di Turki beberapa tahun yang lalu, dan sebaik saja mendapat saranan dari UN, tahanan itu telah diberikan haknya kerana di Turki tiada ISA. Tetapi di Malaysia ni lain sikit. ISA is above the law. Sebab itulah, walaup kes ini telah diketahui diperingkat antarabangsa hampir setahun lamanya, namun masih tiada sebarang tindakan positif dari Kementerian Dalam Negeri kerana semua yang bekerja di kementerian itu tidak mahu ambil kisahpun untuk memastikan tahanan tersebut dibebaskan atau dibicarakan kerana tidak mahu sebarang perkara yang boleh menjejaskan periuk nasi masing-masing.Semua kakitangan kerajaan dari Menteri hinggalah kepada budak pejabat,semuanya amat takut untuk menyebut tiga huruf ISA itu. Inilah hakikatnya kenapa ISA itu amat zalim kerana kefahaman ini telah diindoktrinasikan di minda rakyat termasuk kakitangan KDN bahawa ISA adalah satu alat untuk menjaga "keselamatan negara".Inilah faktor utama kenapa ISA itu sangat zalim dan mencabul hak asasi manusia kerana kewujudannya berjaya membina tembok ketakutan diminda rakyat!!!
Dalam hal ini, aku terus melihat nasib Palestine. Sekiranya United Nations benar-benar dihormati, maka tidaklah nasib rakyat Palestine sepertimana hari ini.... tinggal di kemah-kemah lebih 60tahun lamanya. Mereka berperang untuk mempertahankan hak iaitu tanah negara mereka dari pencerobohan Israel sepanjang hayat.Universal Declaration of Human Right telah wujud sejak tahun 1948 telah menyatakan hak-hak dan kedaulatan rakyat Palestine, namun disebabkan sokongan pelbagai kuasa besar yang zalim, sedikit-demi sedikit tanah Palestine berjaya di curi oleh Israel.....
" Ohhh... KDN tu kiranya macam Israel juga ya???" tanya Kak Jay lagi sambil membulatkan biji matanya. Aku hanya mengangkat bahu.... Tiada siapa yang tahu bagaimana rupa tempat tinggal semua tahanan ISA kerana tempat tersebut tidak pernah dibuka kepada mana-mana wartawan yang benar-benar jujur dan bebas , yang boleh membuat liputan mengenai "banduan tanpa bicara itu".
I care for you!!!!!
Semasa berada di Geneva dua minggu lepas, aku rasa hampir menangis jika lambat sedikit menerima balasan sms dari aktivis GMI @ blogger Ummuasiah. Walaupun terpisah beratus ribu kilometer, namun aku tetap merasakan beliau amat dekat padaku....
Namun, sebaik saja balik ke Malaysia, aku merasakan agak "jauh" darinya. Aku dengan urusan seharian, dan dia pula kebelakangan ini agak kurang sihat, terasa seolah-olah aku mengabaikannya pula......
Pagi tadi , aku memberanikan diri menalipon beliau setelah sms ku tidak dijawab....
"Kenapa senyap je ni... Are you ok?" tanyaku.
"Alhamdulillah... I ok je.Ni busy siket nak hantar Asiah ke sekolah.." jawabnya ceria.
"Ehhh.. nape hantar Asiah cepat sangat?" satu lagi soalan kurang pandai keluar dari bibirku.
"Pagi ni ada "court case" ....." jawab beliau lagi.
"Alamak... I tak tahu pun court case you hari ni..." jawabku dalam nada kesal.
"Ye lah... orang tak nak ambik tahu... macam mana nak tahu..." jawab Ummuasiah macam merajuk je bunyinya.
"Ohhh... Naaash!!!!!! I'm really sorry, k? I betul-betul tak ingat you ada "court case"... "jawabku dengan nada makin kesal.
"Ok... jika kes bersambung esok... I akan temankan you di court......" jawabku dan talian terputus.....
Baru teringat awal tahun lepas sebelum PRU12, pembangkang rajin mengadakan demo turunkan harga minyak dan harga barang. Ketika itu, aku hanya terlewat 20 minit ke tempat demo di KLCC dan aku mendapat sms dari Ummuasiah , beliau telah berada di trak polis untuk dibawa ke IPD Jalan Hang Tuah.Beliau adalah antara 45 yang ditahan secara rambang oleh polis pada petang Sabtu itu.
Aku masih ingat, beberapa bulan selepas itu, harga minyak telah turun sedikit-demi sedikit kepada harga asal manakala harga barang tidak jadi naik secara mendadak. Namun, mereka-mereka yang pergi demo.... terpaksa menanggung kesan perbicaraan dari tahun lepas hingga sekarang.......
Apakah yang boleh dilakukan oleh orang ramai untuk membantu menggembirakan Ummuasiah dan semua 45 orang kena tahan(OKT) itu dalam menghadapi ke mahkamah mereka ya????
Sila "BLOCK" SABTU, 1 OGOS 2009.
Bloggers bersama aktivis anti-ISA.
HIMPUNAN MANSUH ISA AKAN DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009
Isnin, 22 Jun 2009
1. Sekretariat Himpunan MANSUH sebagai penganjur Himpunan MANSUH ditubuhkan khas bagi menggerakkan rakyat menyatakan sikap terhadap akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui perhimpunan secara aman.
2. Sekretariat diwakili oleh wakil-wakil daripada anggota Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan mahasiswa. Jawatankuasa Pepandu Himpunan MANSUH diwakili oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO.
3. Hari ini Sekretariat Himpunan MANSUH ingin memaklumkan secara rasminya tarikh Himpunan Besar-besaran Mansuhkan ISA iaitu pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009.
4. Tarikh 1 Ogos 2009 dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal pada 1 Ogos 1960. Selama 49 tahun negara dinaungi kezaliman ISA. Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjarakan tanpa tempoh menentu. Sudah tiba masanya akta usang itu bukan sahaja dikajisemula tetapi dimansuhkan sama sekali.
5. Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan:
a. Bebaskan semua tahanan ISA
b. Mansuhkan ISA
c. Tutup Kem Kamunting - Kem ’Guantanamo’ Malaysia
6. Pada 3 April 2009, sebaik menjadi Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib telah membebaskan 13 orang tahanan ISA (termasuk dua orang tahanan Hindraf) dan mengumumkan untuk mengkajisemula ISA. Satu tindakan yang dikatakan bukan populis. Empat hari kemudian pada 7 April, Pilihanraya Kecil 2 Bukit 1 Batang berlangsung.
7. Pada 8 Mei 2009, 13 orang lagi tahanan dibebaskan termasuk tiga orang lagi tahanan Hindraf. Sekali lagi ini dikatakan bukan tindakan populis sedangkan sehari sebelumnya berlaku titik hitam di Perak.
8. Dalam pada pembebasan diumumkan, secara senyap-senyap empat orang tahanan baru ditahan sekitar bulan April termasuk Mas Selamat Kastari yang dilaporkan lari daripada ISA Singapura. Bahkan sebenarnya di Kem Kamunting masih terdapat seramai 14 orang tahanan ISA seperti yang dilaporkan GMI. Tiga orang daripadanya telah ditahan lebih daripada 7 tahun.
9. Cadangan untuk kajisemula ISA pula dibuat sejak 3 April 2009, lebih dari 2 bulan yang lalu. Tetapi sehingga kini, tiada sesiapa tahu bila sebenarnya kajian tersebut akan siap. Suhakam sudah mengesyorkan ISA dimansuhkan sejak 2003 lagi. Pada masa yang sama, sudah ada peruntukan undang-undang sediada yang mencukupi untuk menangani keganasan.
10. ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.
11. Kemuncak asas-asas ISA ialah elemen mengancam, mengugut dan mewujudkan rasa takut dan gerun…”climate of fear”…”under siege mentality”… sehingga merencatkan daya fikir dan teguran berani serta fitrah manusia yang bebas.
12. Atas sebab keadaan ini, atas sebab kezaliman berterusan dengan penahanan tanpa bicara, arbitrari, tanpa pembelaan dan tanpa diketahui bilakah dibebaskan, penganiayaan ke atas isteri, anak dan keluarga dan atas tuntut keadilan, maka rakyat perlu zahirkan kebenciannya terhadap ISA dan mendesak Kerajaan bertindak segera mansuhkan ISA. Tindakan populis dan berlengah-lengah oleh Kerajaan mesti dihentikan. Rakyat tidak harus terpedaya dan membenarkan amalan begini berterusan.
13. Himpunan MANSUH dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.
14. Beberapa program akan dianjurkan menjelang Himpunan tersebut. Antaranya jelajah ceramah seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum, pengumpulan tandatangan, petisyen on-line dan sebagainya.
15. Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman!
Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta – Kem Guantanamo Malaysia!
Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
Himpunan Aman Mansuh ISA, 1 Ogos 2009.
Alhamdulillah, semalam di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembley Hall telah diadakan satu sidang akhbar pemberitahuan semula pelancaran MANSUH, yang akan diadakan pada 1 ogos...bertempat di Kuala Lumpur. Dimanakah lokasi sebenar himpunan itu? .... tempat itu masih belum ditetapkan....
Walaubagaimanapun, hampir semua wakil2 politik dan NGO yang menjadi sekretariat MANSUH mengesahkan mereka tidak berminat mengadakan rally berkenaan ditempat tertutup seperti stadium kerana mutakhir ini, terlalu banyak kejadian bangunan runtuh termasuk stadium dan faktor keselamatan dari runtuhan ini akan menjadi faktor utama kenapa rally perlu diadakan di tempat awam dan dikawasan bukan bangunan.
Antara wakil yang hadir semalam ialah Saudara Arut dari PSM, Datuk Salehuddin dan Ust Badrul Amin dari PKR, Ustazah Nuridah dan Hj Mat Sabu dari PAS, En Zaid Kamarudin dan SUA Hj Nahar dari JIM, Pramesh dari CIJ, Prakash dari Kommas, Chin Hong dari DEMA , Ady dari Biro Guaman Parti Gerakan, Robert dari Kumpulan Anak Bangsa Malaysia dan wakil dari bloggers. Inilah banner himpunan MANSUH yang dicipta oleh saudara Chin Hong, salah seorang AJKGMI.
Apakah erti "HARI BAPA" kepada mereka?
Faiq, 6 tahun. Bapanya ditahan sejak Mei 2007 dan masih belum dibebaskan.
21 June ... Kenangan bersama arwah bapa.....
Duduk depan kakak Seha, Hajar, emak duduk, Alin dan aku. Paling depan Wafi dan Kak Aina.
Berdiri dari kiri Kak Timah,Abg Syafik, Hamid, Abang Din ,Azam, Ebol, Jenal, Suhaib dan Husna.
Azam, aku dan Alin
Tiba-tiba teringat arwah bapaku… Othman Bin Hassan . Arwah bapaku pernah bekerja sebagai tentera namun setelah mengalami kemalangan ketika dalam perkhidmatan, beliau meneruskan kehidupan sebagai pesara tentera dan mengerjakan sawah peninggalan arwah datuk sebelah emakku.
Mengimbau kembali ketika kecil dulu, emak sering bercerita bahawa beliau adalah orang yang paling rugi kerana tidak pernah mengenali siapakah ibu bapa mertua serta ipar-iparnya kerana arwah bapa tidak pernah memperkenalkan mereka semua kepadanya. Emak sedia maklum kerana mengetahui bahawa arwah bapa adalah seorang ”revert” yang memeluk Islam diusia belasan tahun, lari dari perkampungan asalnya di Solo, Indonesia kemudian datang ke Malaysia ,langsung berkahwin dengan emak.Melihat dari wajah kami adik beradik, dapat diagak arwah bapa berketurunan Cina. (Seorang wartawan Merdeka Review, Chen sering mengusik saya dengan mengatakan kami mungkin bersaudara!!!!Ya.... mungkin juga...)
Arwah bapa berkahwin dengan emak diusia empat puluhan , dan pasangan itu terpaksa menanti hampir sepuluh tahun untuk mendapat bayi pertama, iaitu abang sulungku, Nordin, seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi di Selangor.Sebelum kelahiran abangku, emak dan arwah bapa membela seorang anak angkat dan dua orang anak sudara seperti anak mereka sendiri. Kehadiranku memang amat ditunggu-tunggu kerana sudah menjadi lazim, setelah mendapat seorang lelaki, pastinya mereka ingin anak perempuan pula.Tiga tahun selepasku, adikku Nurhusna pula dilahirkan. Ku sangka, adik ku hanya Husna seorang, namun setelah tujuh tahun jarak usia, rupanya lahir pula adikku Norhajar, diikuti Nor Azlin dan terakhir sekali Norazam.
Diantara keenam-enam anak kandungnya, arwah bapa dikatakan amat memanjakan diriku , amat sayang pada adikku Norhajar dan amat rapat dengan adik bungsuku, Norazam.Namun yang jelasnya, aku memang manja pada arwah bapa , Hajar pula pandai ambil kesempatan mengambil perhatian bapa dari pelbagai sudut dan Azam adalah satu-satunya anak yang menjadi teman bapa ketika kami yang lebih dewasa semua telah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur.
Aku amat bersyukur kerana arwah bapa memberi nama yang menarik untuk ku. Menurut emak, dari rumah lagi arwah bapa telah menulis namaku diatas sekeping kertas. Namun, ketika tiba di pejabat pendaftaran, beliau kehilangan kertas itu. Dalam terpinga-pinga, beliau tiba-tiba teringatkan nama ”laila”... dan terus saja namaku diperindahkan dengan tambahan ”Nor” menjadi ”Norlaila”. Setelah dewasa, baru ku ketahui maksud namaku dalam bahasa Arab ialah ”cahaya malam”.Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, ada juga makna yang baik untuk namaku! Dan aku sering merasakan nama itu memberi kekuatan kepadaku dalam menjalani hari-hari mendatang....
Dalam mendidik anak-anak, arwah bapa seorang yang agak garang. Kami semua belajar membaca Al Quran dari beliau sendiri. Walaupun beliau seorang yang tidak berpendidikan tinggi, namun arwah meletakkan syarat bahawa semua anak-anak mesti pandai membaca Quran , memasuki institusi pengajian tinggi dan ada kerjaya yang baik. Alhamdulillah…. cita-cita beliau telah tercapai…..
7 tahun dikurung, masuk tahun ke 8.....
Sebulan sebelum berangkat ke Geneva 9 June lepas, aku mendapat berita dari Kem bahawa Abah Suhaib akan dibebaskan pada 13 June 2009...... maknanya ketika itu aku sedang berada di Switzerland! Aku mula berfikir ... bagaimana jika Abah dibebaskan dan ketika itu aku tidak berada di rumah? Perasaan ini mula berbelah bagi....samada perlu meneruskan niat untuk ke luar negara atau tidak.....
Walaupun fikiran terganggu dengan berita itu, aku ketepikan buat sementara waktu dan segala usaha mendapatkan penaja dan sponsor tetap diteruskan. Aku anggap berita yang disampaikan oleh seseorang itu "tidak" perlu dipercayai dan semua kerja-kerja kempen anti-ISA tetap berjalan seperti biasa.
Tanpa diduga, pada 24 Mei, nenek iaitu ibu Mat Sah @ Abah Suhaib sakit tenat dan diikuti dengan kembalinya beliau ke rahmatullah pada 27 Mei 2009. Abah Suhaib dapat pulang kerumah menziarahi nenek ketika sakit tenat dan kemudiannya dapat mencium wajah nenek buat kali terakhir sebelum di kebumikan. Pada hari pengkebumian, aku skali lagi diberi berita bahawa Abah akan dibebaskan pada 13 June.....
Aku terima berita itu dengan hati terbuka dan sebagai persediaan, Suhaib diminta berada dirumah ketika pemergianku ke Geneva "just in case" Abahnya dibebaskan dari Kem pada tarikh yang dinyatakan....
Alhamdulillah...kini ku telah selamat pulang dari Geneva namun Abah Suhaib masih juga dikurung di Kem Kamunting. Walaupun beliau telah dikurung selama 7 tahun ,namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan......
Kini penahanan tanpa bicara terhadapnya berlarutan memasuki tahun ke 8 pula.....
Dibawah ialah gambar-gambar Abah Suhaib bersama bekas-bekas tahanan ISA yang lain.Mereka semua ditahan pada tahun yang sama dengan penahanan Abah Suhaib iaitu tahun 2002, tetapi semua telah dibebaskan. Hanya Abah Suhaib yang masih di kurung. Apakah yang membezakan nasib Abah Suhaib dibandingkan dengan tahanan ISA yang lain? Hanya SB dan Menteri Dalam Negeri yang mengetahuinya!Abah Suhaib bersama Nasarudin Nasir.Mereka ditangkap dimalam yang sama iaitu 18 April 2002. Nasarudin dibebaskan pada 2006.
Bilakah ISA selesai di kajisemula?
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa protokol dan birokrasi di UN ni sangat tebal dan masih di amalkan hingga kini. Malaysia adalah salah satu negara anggotanya dan dalam pembentangan ucapan NGO minggu lepas, memanglah setiap NGO telah meluahkan hasrat yang terbuku di hati masing-masing tetapi untuk pusingan akhir, pihak kerajaan juga yang saya rasa "menang" kerana wakilnya, iaitu Duta Besar Malaysia di Switzerland, dengan mudah saja mengatakan " we appreciate all the suggestions given by our NGOs.... and for Arbitrary Detention, we are in the process of adopting it as well as on the way to review the Internal Security Act"... lebih kurang macam tu lah bunyinya........
Pastinya, sesiapa saja dari luar Malaysia yang mendengar jawapan itu, tentunya akan merasa "lega" kerana isu yang saya telah sebutkan adalah dalam proses untuk dilaksanakan dan akta Keselamatan Dalam Negeri @tahan tanpa bicara itu akan di kaji semula...... Walaupun belum ada yang berkata kepada saya seperti ini " Laila... look, they gave positive response to your testimony...." tetapi jawapan itu sudah cukup memberi satu peringatan bahawa ada banyak kerja lagi yang mesti dilakukan untuk memberitahu pada dunia bahawa akta zalim ini masih lagi di "pertahankan' oleh pemimpin yang sedang berkuasa dan didalam senyap adalah seperti sebutir bom yang kelihatan mati, tetapi tetap aktif dan masih memberi ancaman kepada kebebasan rakyat Malaysia. Satu perkara yang ingin saya kongsikan dengan anda semua ialah dua soalan mudah..... bilakah ISA akan selesai di kajisemula? Adakah pada tahun 2009 atau 2010 atau lima tahun lagi?????Begitu juga dengan isu Arbitrary Detention..... bilakah akan disampaikan maklumat itu kepada Menteri Dalam Negeri?Adakah akan disampaikan pada akhir tahun 2009 atau 2010 atau lima tahun lagi????
Geneva 09: Terus melangkah berbekalkan doa dan harapan...
"Alhamdulillah Laila dah selamat pulang. Semoga segalanya telah dilaksanakan dengan sebaiknya.Tabahkan hati dan ganjaran dari Allah akan menjadi milikmu..." Maz ,Serdang.
"Selamat kembali ke tanahair Cikgu. Semoga terus cekal dan tabah dalam perjuangan dan jihad menentang kezaliman." Bakhtiar,Penang.
"Ameen! ameen! Your getting home safely is the best gift from Geneva that I cud ever hope for! Alhamdulillah for your safe return and mabruk for the enlightening speech! Take care!" Kak Wan Fauziah JIM Ampang Jaya.
"Ana menontonnya dengan penuh bangga, syukur dan yakin Allah tidak akan membiarkan anda dan Suhaib bersendirian..." Thanaif,Doha.
Abu Dhabi , 10 Jun.
UN June 2009:Terimakasih pada semua....
Adik saya Husna, Suhaib, Syed Ibrahim Pengerusi GMI, John,Nalini, Merahhitam ,Asma dan Ummuasiah.
Terimakasih pada semua yang memungkinkan perjalanan ke UN ini jadi kenyataan terutama kepada Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang , JIM, UKP , HARAKAH dan orang perseorangan yang telah sudi mengambil sedikit bahagian dalam penyediaan kewangan untuk misi tersebut. Inilah sumber kekuatan dalam perjuangan untuk membuang akta tahan tanpa bicara itu... kerana sokongan yang berterusan dari rakyat. Selagi rakyat terus menyokong semua usaha tersebut, selama itulah akta jahat ISA akan terus digugat hingga ke tahap kritikal dan menunggu masa untuk di hapuskan dari sistem parti yang sedang berkuasa kini.
Merahhitam di ruang keselamatan pelawat di pintu utama United Nations, di Geneva, Switzerland.